RESEPI : SPAGHETTI CARBONARA MUSHROOM

Assalammualaikum wbt.

Hari ni nak share resepi biasa je. Untuk buka la sedap makan ni..hehe

SPAGHETTI CARBONARA MUSHROOM

Bahan-bahan :

1 bungkus spaghetti (ikut berapa org makan)
1 bungkus isi ayam
1 labu bawang besar dicincang
1 cawan susu segar
Garam dan lada sulah secukup rasa
1 tin sos carbonara prego
3 ulas bawang putih dicincang
6 biji cendawan butang
Sedikit daun parsley (optional)

Cara-caranya :

1. Rebus spaghetti seperti biasa tambah sedikit minyak dan garam.
2. Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
3. Masukkan ayam, kacau hingga masak. Nina gunakan sosej sebab ayam tak ada. Hee
4. Masukkan sos carbonara kacau bersama ayam tadi.
5. Masukkan mushroom gaul hingga sebati.
6. Bila dah pekat masukkan susu segar sedikit demi sedikit supaya nampak berkrim.
7. Masukkan garam dan lada sulah sebagai perasanya. 
8. Akhir sekali, letakkan daun parsley di atas sos tadi. Untuk daun parsley boleh beli yang fresh atau serbuk. Janji wangi sos carbonara tu.

Ok. Itu sahaja. Selamat mencuba! dan selamat menjalani ibadah puasa.
Sekian, Wassalam =)

Post a Comment

2 Comments