BAHAYA MINUM AIR SEJUK KETIKA BERBUKA

Assalammualaikum wbt

Tadi Yaya dah share engenai air kelapa yang elok diminum waktu berbuka puasa. Sekarang Yaya share pula, bahaya atau keburukan minum air sejuk waktu berbuka puasa.


Setelah seharian kita menahan lapar dan dahaga, sudah pasti kita mahu sesuatu yang menyegarkan. Salah satunya adalah dengan mengambil air sejuk. Dengan air sejuk rasanya tubuh akan kembali segar. Tapi, tahukah anda apabila kita berbuka dengan mengambil air sejuk kesihatan kita boleh terganggu.

Menurut kajian, minum minuman sejuk ketika berbuka puasa boleh menyebabkan kejang pada perut. Selama 14 jam perut dalam keadaan kosong apabila diisi dengan air sejuk, maka perut akan terkejut dan menyebabkan penguncupan. Inilah yang menyebabkan kita terdedah dengan penyakit ulser.


Selain itu, apabila kita sering mengambil air sejuk, berat badan kita akan bertambah. Mengapa demikian? Kerana air sejuk boleh membekukan lemak yang ada di darah kita. Sehingga menyebabkan peredaran darah tidak lancar. Apabila darah tidak lancar maka proses pembakaran lemak dan metabolisme tubuh akan terganggu. Dan ini boleh menyebabkan badan menjadi gemuk. Ketika kita sudah makan dan mengambil minuman sejuk, maka air sejuk itu boleh menyempitkan usus dan menggangu proses pencernaan. Akibatnya perut boleh menjadi buncit.

Oleh itu, untuk kita terhindar dari gangguan kesihatan sepanjang berpuasa, alangkah baiknya kita atur pola pemakanan kita. Biasakan ketika berbuka puasa bermula dengan meminum air putih yang tidak sejuk. Lalu kita juga boleh mengambil makanan yang bersifat manis seperti kurma dan manisan. Selepas 5-10 minit, barulah kita boleh mengambil air sejuk kerana keadaan perut sudah stabil.


Tapi, ada juga sesetengah kajian mengatakan air sejuk boleh juga membantu kita untuk mengurangkan berat badan kerana ia boleh meningkatkan metabolisme badan dan ini boleh membantu membakar lemak dalam badan kita. Hm. Bagi Yaya pula, semua ni bergantung dengan keadaan metabolisma dalam badan seseorang itu, tinggi atau tidak untuk membantu bagi membakar lemak didalam badan, betul tak?

Wallahua'lam.

Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.

Sekian,Wassalam..

Post a Comment

6 Comments

  1. Macam tarot, selalu minum air masak atau air mineral. Air sejuk minum waktu malam

    ReplyDelete
  2. aku pernah terbaca satu post daripada seorang doktor. dia kata air sejuk ni, bila kita minum je, air tu terus akan ikut suhu badan kita. takde istilah air sejuk dalam badan.

    ReplyDelete
  3. patut cepat mengah dan perut macam nyut2.. tapi i is kenot tahan godaan air sejuk. kenoooot..

    ReplyDelete