TINGKATAN PUASA

Assalammualaikum w.b.t.
Salam 6 Ramadhan 1439h

Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin menerangkan tingkatan dalam berpuasa. Shaumul Umum, Shaumul ‎Khusus, dan Shaumul Khususil khusus.
Karya/Kredit art : @dakwat.putih

Puasa orang awam (orang kebanyakan)
- Puasa orang awam adalah menahan makan dan minum dan menjaga kemaluan dari godaan syahwat.

Tingkatan puasa ini menurut Al-Ghazali adalah tingkatan puasa yang paling rendah. Kerana jika puasanya hanya kerana menahan makan dan minum serta tidak melakukan hubungan suami isteri di siang hari, maka sabda Rasulullah saw puasa orang ini termasuk puasa yang merugi iaitu berpuasa tapi tidak mendapatkan pahala melainkan sedikit.

Puasa para Shalihin (orang soleh)
- ‎Puasanya golongan ini adalah selain menahan makan dan minum serta syahwat juga menahan pendengaran, pandangan, ucapan, gerakan tangan dan kaki dari segala macam bentuk dosa.

Menurut Al- Ghazali, seseorang tidak akan mencapai kesempurnaan dalam tingkatan puasa kedua ini kecuali harus melewati enam hal sebagai prasyaratnya;
  1. Menahan pandangan dari segala hal yang dicela dan dimakruhkan.
  2. Menjaga lidah dari perkataan yang sia-sia, berdusta, mengumpat, berkata keji, dan mengharuskan berdiam diri.
  3. Menggunakan waktu untuk berzikir kepada ALLAH serta membaca Al-Quran.
  4. Menjaga pendengaran dari mendengar kata-kata yang tidak baik.
  5. Mencegah anggota tubuh yang lain dari perbuatan dosa. Tidak berlebih-lebihan dalam berbuka, sampai perutnya penuh makanan.
  6. Hatinya sentiasa diliputi rasa cemas (khauf) dan harap (raja) kerana tidak diketahui apakah puasanya diterima atau tidak oleh ALLAH.

Puasa para Nabi, Shidiqqin, Muqarrabin.
- Puasa golongan ini adalah ‎puasanya hati dari kepentingan jangka pendek dan fikiran-fikiran duniawi serta menahan segala hal yg dapat memalingkan dirinya pada selain ALLAH SWT.

Wallahua'lam.


Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.

Sekian,Wassalam..

Post a Comment

3 Comments

  1. kita ni memang da label pun manusia biasa. cubalah sedaya upaya untuk dapatkan kualiti berpuasa yang sebenarnya =D

    ReplyDelete