SIHAT TANPA PERLU KE GIM

Assalammualaikum w.b.t.
Salam 28 Rabiulakhir 1439h

Harapnya tiada yang salah faham mengenai tajuk Yaya diatas ye. Jangan ada yang fikir, oh, tak bersenam pun boleh sihat rupanya. NO! Bukan itu maksud Yaya. Tapi bagaimana untuk mengekalkan gaya hidup sihat tanpa mempunyai keahlian gim? 

Alasan biasa yang diutarakan oleh sesetengah individu apabila ingin mengamalkan gaya hidup sihat adalah mereka mahu mengubah tahap kesihatan atau fitness level tetapi tidak mahu mengeluarkan wang untuk membayar keahlian gim. Korang tahu tak sebenarnya terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan bentuk badan atau berat yang ideal tanpa perlu ke gim?

Macam Yaya, dirumah cuma sediakan alas atau yoga matt tu. Untuk elakkan lantai licin. Dan Yaya juga ada sepasang dumbell (uih,sebut sepasang. dah macam haiwan peliharaan dah...haha). Dumbell tu just fyi, 2.5KG for each. Memang agak berat jika nak buat beberapa jenis senaman. On the way nak beli yang ringan sikit. 2KG maybe..hm.

Are you the same?


Tip No 1: Aplikasi telefon bimbit
Terdapat banyak aplikasi senaman atau fitness yang boleh dimuat turun di telefon bimbit atau tablet korang. Yang ni Yaya ada beberapa kali mention kat IG Yaya. Ada bagitau juga apa nama Apps senaman tu. Aplikasi ini biasanya sudah dilengkapi dengan senarai aktiviti harian yang korang perlu laksanakan di samping juga video yang menunjukkan contoh dan cara sesuatu senaman itu dilakukan. Antara aplikasi yang boleh dicuba adalah seperti Squat Challenge serta Emily Skye Fitness.


Tip no 2: Video senaman percuma online
Dengan adanya kemudahan internet pada hari ini, pelbagai ilmu yang dapat diperoleh secara percuma di mana sahaja anda berada. Sama seperti aplikasi senaman di telefon bimbit, terdapat juga video senaman percuma yang boleh ditonton atau dimuat turun ke gajet anda. Antara laman web yang memberikan kemudahan sebegini adalah seperti Body Rock TV dan Tone It Up. Pilihlah corak senaman yang bersesuaian dengan matlamat korang.


Tip no 3: Kegiatan luar / Beriadah
Aktiviti beriadah di luar juga adalah salah satu contoh gaya hidup sihat tanpa melibatkan gim. Terdapat pelbagai senaman yang dapat dilakukan ketika beriadah dan amat mudah serta seronok untuk dilaksanakan samada secara sendirian atau bersama kumpulan.


Tips no 4: Aktiviti yang diminati
Untuk sentiasa mengekalkan gaya hidup sihat, pastikan korang mempunyai satu aktiviti sukan yang diminati supaya tidak mudah merasa bosan dan cepat putus harapan. Aktiviti ini mungkin juga merupakan hobi yang korang anda minat seperti berenang, yoga, mendaki, berbasikal, yang mana semuanya membentuk dan membina kekuatan badan.

Dalam misi mengamalkan gaya hidup sihat, ia tidak bermaksud korang perlu menghabiskan masa hanya di gim atau melakukan perkara yang tidak digemari. Sentiasa mencuba sesuatu yang baru dan ketahui apa yang memberi impak positif kepada diri. Bila korang mula kagum dengan kebolehan diri, korang akan ingin terus-terusan buat tanpa henti. Jadikan ia sebagai satu cara hidup, bukan hanya nak menjaga badan sahaja.
(Sumber : ezdiet)

Sekian perkongsian dari Yaya. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri saya sendiri. Wallahua'lam..

Wassalam...=)

Post a Comment

6 Comments

  1. ok. yang no.3 tu biasa buat. hihihihi

    ReplyDelete
  2. ina exercise dalam rumah jugak.Pasang youtube.. tgk kalo rasa tsringin nak lasak,pilih muaythai.Best..berpeluh lencun

    ReplyDelete
  3. selalu tengok zumba dekat phone je.dan buat zumba dengan anak

    ReplyDelete
  4. fuhh terbaik.. cikyan slalu snaman kat umah jaa.. smbil pasang lagu ala ala disco.. tp kdg2 pancit jugak.. hahaha

    ReplyDelete
  5. ada mcm2 cara nk sihat... nk buat dgn x je kan yaya!

    ReplyDelete