Thursday, 13 December 2018

UMMU ZUFAR - WANITA HITAM PENGHUNI SYURGA

Assalammualaikum wbt.
5 Rabiulakhir 1440h

Sekadar renungan.. <3


Atha’ bin Abu Rabah berkata: Ibn ‘Abbas RA berkata kepadanya:

"Mahukah engkau jika aku tunjukkan seorang wanita daripada kalangan penghuni syurga."

Aku menjawab: Sudah pasti !

Ibn ‘Abbas berkata: "Inilah perempuan kulit hitam yang datang berjumpa Rasulullah SAW lalu dia berkata kepada baginda: 

"Sesungguhnya aku menghidapi penyakit sawan (lalu apabila sawan ku datang),
aurat aku akan terbuka. Doalah kepada Allah untuk diri ku."

Baginda SAW menjawab: Jika engkau mahu, engkau boleh bersabar, dan untuk engkau syurga. Jika engkau mahu, aku akan mendoakan engkau. Allah akan menyembuhkan engkau.

Wanita itu berkata: "Aku akan bersabar, tetapi aku sering terbuka aurat (bila penyakit sawan datang). Berdoalah kepada Allah agar aurat aku tidak akan terbuka."

Maka Rasulullah SAW mendoakan beliau.

Atho’ bin Abu Rabih memberitahu Ibn Juraih bahawa dia melihat Ummu Zufar (wanita di atas) yang tinggi lampai dan berkulit gelap di sisi Kaabah.

[Sahih al-Bukhari, (كتاب المرضى) Kitab Pesakit, (باب فَضْلِ مَنْ يُصْرَعُ مِنَ الرِّيحِ) Bab Kelebihan Orang Menghidap Penyakit Sawan, hadis no : 5220]

Siapakah wanita kulit hitam penghuni syurga ini?

Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani rahimahullah menyebutkan dalam Fathul Bari bahawa nama wanita ini adalah Su’airah al-Asadiyyah (سعيرة الأسدية).[1] Beliau merupakan tukang sikat kepada isteri baginda, Khadijah bte Khuwailid RA.

Kisah Ummu Zufar yang ringkas ini wajar menjadi teladan kepada Muslimah khususnya. Siapakah di antara kita yang berdoa agar dia menjadi muslimah solehah? Ya, ramai daripada kita berdoa untuk diberikan kebaikan dunia dan akhirat, dijadikan anak yang soleh/solehah, dimurahkan rezeki, diberikan suami yang soleh, tetapi adakah siapa di antara kita pernah meminta doa sebagaimana yang diminta oleh Ummu Zufar?

Dia sedar auratnya terbuka ketika diserang penyakit sawan, tetapi dia mahukan syurga, tetapi dia juga mahu maruahnya terjaga.

Bagaimana pula dengan keadaan kaum Muslimah kini, khususnya di Malaysia. Adakah masih wujud alasan untuk membuka aurat sedangkan wanita kulit hitam penghuni syurga ini pun masih berusaha menjaga auratnya walau ketika diserang penyakit sawan.

Wahai saudari ku,
Kita semua insan yang tidak sempurna. Berdoalah agar kita menjadi insan yang solehah, berdoalah agar aurat kita tertutup sentiasa, berdoalah agar kita menjadi insan yang bermaruah sebagaimana bermaruahnya Su’airah al-Asadiyyah !
Rujukan:Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari
Al-Isobah Fi Tamyiz as-Sahabah

Wallahua'lam. Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.


Wassalam.=)

REDHA DENGAN UJIAN ALLAH

Assalammualaikum wbt.
5 Rabiulakhir 1440h



Sebagai seorang mukmin yakinlah Allah sayangkan kita. Dengan ujian, hadirnya perasaan bergantung harap padaNya. Dengan ujian, ianya dapat melatih hati sanubari kita agar redha dengan keperitan hidup yang menusuk jiwa raga.

Hayatilah hadis di bawah ini yang menggambarkan keindahan sifat redha:

“Apabila Allah cinta kepada suatu kaum, mereka diuji. 
Barang sesiapa redha menerima ujian itu, Allah redha pula kepadanya. 
Dan barang siapa yang marah, maka Allah murka kepadanya.”

(Hadis riwayat at Tarmizi)

Ada yang tak redha apabila isterinya tidak pandai masak. Ada yang tidak redha apabila suaminya itu tidak mewah kehidupannya.

Ada yang tidak redha bila di uji dengan penyakit. Ada yang tidak redha  kerana kegagalan dalam perniagaan. Ini semua penyakit hati yang perlu dibersihkan.

Penawar penyakit ini adalah kembali pada Allah. Kita jaga solat, Allah jaga kita. Rendahkanlah suara penuh khusyuk tatkala menongkat tangan ke langit (berdoa).

Berzikirlah siang dan malam. Berjagalah malam solat tahajud menghadap wajah ke arah kiblat. Hayatilah al-Quran dari segi makna dan tafsirannya

Alunan al-Quran menjadi penawar mujarab duka lara. Hiasilah diri dengan sifat terpuji seperti sedekah, sopan, pemalu, berlumba lumba mengejar kebaikan dan rendah diri.

Cucilah jiwa ini dengan majlis ilmu. Barangsiapa yang menempah jalan menuntut ilmu yang benar, insyaAllah syurga ganjarannya.

Ujian ini pencuci dosa. Jangalah putus asa wahai insan. Sesungguhnya redha itu ajaib. Tawakal itu ajaib.

Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam samada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti atau kesusahan mengingatkan apa yang telah berlaku hinggakan tikaman duri yang mencucuknya, melainkan Allah menghapuskan sebahagian daripada dosanya.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: مَا مِنْ مُسْلِمٍ يُشَاكُ شَوْكَةً فَمَا فٌوْقَهَا إِلَّا كُتِبَتْ لَهُ بِهَا دَرَجَةً وَ مُحِيَتْ عَنْهُ بِهَا خَطِيْئَةً – مسلم

Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya,

”Tidaklah dari seorang Muslim yang tertusuk duri hingga apa-apa yang lebih berat darinya, kecuali dicatat baginya derajat dan dihapus darinya dengan hal itu kesalahan

(Hadis Riwayat Muslim)

Dari hadis ini, para ulama berkesimpulan bahwa segala musibah yang menimpa seorang Muslim, maka itu akan mendatangkan balasan berupa pahala dan pengampunan terhadap dosa.

Jangan memberontak dan marah tatkala ujian yang menimpamu. Redhalah dengan ujianmu. Redhalah dengan keperitan jiwamu. Semoga ujian ini menjadi pengasah jiwamu.

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan? …..”

(Surah Al-Ankabut: 2-3)

Kesimpulannya , apabila kita sabar dan redha ujian di dunia ini yakinlah Allah SWT akan redha pada kita di dunia dan akhirat.  Jika dipilih mendapat redha Allah tidak ada balasan yang terbaik melainkan syurga. Aamiin. InsyaAllah =)

Monday, 10 December 2018

SKYTROPOLIS INDOOR THEME PARK, GENTING HIGHLAND

Assalammualaikum wbt.

Musim cuti sekolah ni bawa anak-anak pergi mana ibu-ibu bapa-bapa sekalian?? Jika ada kesempatan, boleh bawa mereka berseronok di Skytropolis Indoor Theme Park, Genting Highland ni. Memang menarik. Lepas tu boleh la pula pergi shopping di sana atau naik cable car.













Lokasi bertempat di :
Level 1, First World Plaza

Waktu Operasi:
10 pagi - 10 malam

Harga tiket bagi setiap permainan:
Hari biasa (Ahad - Khamis) : RM10
Hari Minggu (Jumaat - Sabtu, Cuti Umum, Cuti Peristiwa, Cuti Sekolah) : RM15

Pass Preview : Membolehkan anda mempunyai pengalaman tanpa had berdasarkan permainan yang tersedia.

Skytropolis Funland Preview Pass : RM50

PAKEJ JIMAT!


Dapatkan pakej kombo di mana-mana lokasi dibawah : - Skytropolis Funland ticketing counter (Level 1, First World Plaza) - SnowWorld ticketing counter (Level 2, First World Plaza) - SeniKome Péng Hēng (Level 4, First World Plaza) * Tertakluk kepada Terma dan Syarat * Kesemua pas masuk adalah dalam mata wang Ringgit Malaysia termasuk 10% duti hiburan (entertainment tax). * Harga adalah berdasarkan permainan yang ada.

PARK MAP

Untuk maklumat lanjut, boleh juga lawati laman sesawang dibawah ini ye =)


Selamat bercuti! Hati-hati dijalan raya.
Sekian, Wassalam =)

Friday, 30 November 2018

ETIKA BUANG 'HAJAT'

Assalammualaikum wbt.

Sekadar perkongsian UMUM disini.. =)


Haa...cuba cek betul-betul perkara yang kita lakukan tiap hari bila berada didalam tandas, mahupun ketika sebelum dan selepas keluar daripada tandas. Lebih lebih lagi bab BERLAMA-LAMA dalam tandas. Tu kadang ada yang sampai bawa buku, majalah, surat khabar bagai semua tu buat apa lah. Pelik Yaya tau. Nak melepas tu, melepas je la, ni macam da jadi tandas tu LIBRARY pulak! adess..siapa makan cili dia terasa pedas. Opss! Maaf ye. ^o^ Tapi Yaya memang pantang benda ni. Sebab memang tak suka berlama-lama dalam bilik air. =p

Sama-sama perbaiki apa yang tidak patut kita lakukan ye.

Sekian, Wassalam =)

12.12 ??

Assalammualaikum wbt.


Fenomena 11.11 terasa baru je habis..akan datang 12.12 pula..haha kalau macam ni tiap bulan pun boleh jadi. Tahun depan, 1.1 dan begitulah seterusnya. Bab menghabiskan duit bagi kat depa kan..baguih! ^o^

Nak tanya juga, berapa da habis masa 11.11 hari tu?? =P

Monday, 19 November 2018

SALAM MAULIDUR RASUL 1440M

Assalammualaikum wbt.
Salam 11 Rabiulawal 1440h


Tak salah jika dikatakan manusia terbesar adalah Nabi Muhammad SAW

Sebab Nabi Muhammad SAW bukan hanya kenal kepada Tuhannya, kerana bahkan dicinta. Bukan hanya sekedar dekat , tapi menjadi tak berjarak.

Nabi Muhammad SAW mensyukuri bahkan ketika hanya makan roti gandum kasar dan tidak pernah mencela makanan apapun. Nabi Muhammad SAW membesarkan apapun dan memuliakan siapapun, bahkan si kafir.

Dalam sebuah hadis diceritakan bahwa Nabi Muhammad SAW berdiri, menundukkan kepala tanda penghormatan kala jenazah seorang yahudi dilewatkan di depan rumah dan berkata para sahabatnya yang berada disana " tatkala kalian melihat jenazah, berdirilah (untuk menghormatinya )

Nabi Muhammad SAW membesarkan bahkan binatang. Bukankah kita pernah mendengar Nabi Muhammad SAW meminta kepada pemilik seekor unta untuk tidak membebankan padanya tugas berat karena ia sudah tua.

Kitapun pernah mendengar kisah bahwa Nabi Muhammad SAW pernah mencondongkan sebuah gelas kepada seekor kucing tatkala Nabi Muhammad SAW melihat kucing itu berusaha minum namun air di gelas tak mampu dicapainya.
Dari : Ustadzah Halimah Alaydrus

Selawat dan salam ke atas baginda SAW junjungan besar SAW contoh terbaik sepanjang zaman. Sohibul Azman . Terima Kasih Ya Rasulullah untuk nikmat iman dan islam . Syafaatkan kami di akhirat nanti.

Kerinduan padamu takkan pernah padam selamanya padamu Ya Habiballah . 


Moga-moga kita semakin teguh berpegang kepada Sunnah Nabi SAW dan mengikut jejak langkah Baginda SAW.

Sekadar perkongsian. Mari perbanyakkan selawat ke atas Nabi muhammad SAW. ^_^

Wednesday, 14 November 2018

SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE

Assalammualaikum wbt.
Memperkenalkan

SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE 
untuk pencerahan dan kesegaran feminin wanita

SUMBER AYU

Pasti korang dah biasa dengar nama SUMBER AYU ni kan. Antara jenama produk yang telah lama berada di pasaran yang lebih tertumpu pada kebersihan feminin wanita. Dan Yaya antara pengguna yang menggunaan produk SUMBER AYU ni sejak dari zaman remaja lagi. Eh. Sekarang pun remaja lagi..hehe. Tapi produk yang Yaya biasa guna tu jenis pembersih yang biasa. Suka dengan pembersih SUMBER AYU ni, bukan hanya kerana harga yang lebih rendah daripada pembersih intim jenama lain, tapi juga disebabkan ia wangi (mempunyai beberapa haruman) yang sekaligus membuatkan si pemakai merasa yakin untuk bergerak lebih aktif!

SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE

Pernahkah anda tertanya-tanya, mengapa kulit di sekitar kawasan intim anda lebih gelap berbanding kawasan kulit badan yang lain? Sudahkah anda mencuba pelbagai kaedah yang berbeza untuk mencerahkan warna kulit di kawasan intim anda tetapi belum ada yang berkesan? 

Adakah masalah ini membawa kepada kurang keyakinan diri dan menimbulkan masalah apabila bersama suami? Usah bimbang lagi! Kini dengan adanya Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White ianya dapat membantu anda mengurangkan masalah kulit gelap di area Miss V anda. 

Anda tidak perlu berasa malu apabila menghadapi masalah di bahagian intim anda. Sudah pastinya anda tidak berseorangan, kerana terdapat ramai dikalangan wanita diseluruh dunia yang mempunyai kegelapan warna kulit di bahagian intim. Pelbagai faktor-faktor yang menyumbangkan kepada perubahan warna yang boleh menyebabkan kegelapan di bahagian intim seperti faktor usia, ketidakseimbangan hormon, penambahan berat badan, pemakaian baju yang ketat dan kebiasaan bercukur. Walaubagaimanapun, sudah tentu sekali anda berasa diri anda kurang tertarik dan akan timbul perasaan kurang selesa. Dengan adanya Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White, ia bukan sahaja mencerahkan kulit di kawasan intim tetapi ia juga dapat melonjakkan tahap keyakinan diri anda. 

3 EKSTRAK TERPILIH


Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White dimana kandungannya bukan sekadar 1, bahkan 3 ekstrak pemutih semulajadi yang membantu meringankan dan mencerahkan tona warna kulit. Ekstrak tersebut adalah LICORICE, BENGKOANG dan SUSU. Sejak berabad yang lalu, licorice sudah digunakan bukan sahaja oleh masyarakat Asia malah digunakan oleh masyarakat Yunani dan Mesir kerana keberkesanannya untuk mendapatkan tona kulit yang cerah. Manakala bengkoang mengandungi vitamin B1 dan C dimana ia dapat membantu memperlahankan proses penuaan dan memberikan kulit yang lebih sihat dan cerah bersinar. Susu pula bermanfaat untuk mengurangkan perubahan warna, memperbaiki tona kulit yang tidak sekata dan sekaligus mencerahkan kulit.  

TAHAP KANDUNGAN pH 3.5

Dengan memilih pencuci feminin yang mempunyai tahap keseimbangan kandungan pH 3.5 sehingga 4.5, ianya dapat menyumbangkan tahap keselesaan yang lebih kepada golongan wanita moden hari ini. Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White mengandungi tahap pH 3.5 yang berada dalam linkungan pH normal feminin iaitu dianatara 3.5 hingga 4.5, bagi memastikan kawasan feminin berada dalam keadaan yang selesa . Ia mengandungi bahan antiseptik semulajadi bagi mengelakkan bakteria jahat, bau yang kurang menyenangkan dan kegatalan.

Selain daripada kayu rapet dan ekstrak manjakani sebagai ramuan tradisional, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White kini juga menggandakan kuantitinya untuk memberikan faedah yang lebih besar. Kayu Rapet dan ekstrak manjakani merupakan bahan semulajadi yang dapat membantu mengetatkan kawasan feminin dan ini dapat memberikan keyakinan yang tinggi kepada wanita moden serta memberikan perkahwinan yang lebih mesra. 

Tambahan pula, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White adalah bebas alergen dengan wangian yang sederhana. Selain itu, ia juga memberikan keselesaan bagi pengguna yang berkulit sensitif dan memberikan kesegaran sepanjang hari. Bagi menghargai kepentingan pengguna yang beragaman Islam, Sumber Ayu 3X Pearly White diiktiraf HALAL.

Apabila ramuan-ramuan ini dibentuk menjadi 1, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White dapat membantu mengurangkan kegelapan kulit dengan cara mengurangkan pembentukan melamin dan seterusnya dapat membantu pertumbuhan semula kulit. Ianya juga dapat mengetatkan kawasan feminin dan mengawal kandungan pH disekitarnya. 

HARGA MAMPU MILIK

Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White kini dengan pembungkusan klasik yang diilhamkan mengikut bentuk badan wanita dan terdapat penambahbaikan dengan tekstur yang lebih lembut dan pekat. Produk ini boleh didapati dengan harga mampu milik dan didatangkan dengan 2 saiz berbeza iaitu 90ML dengan harga RM9.20 dan 200ML dengan harga RM15.50.

TAHUKAH ANDA?!

SUMBER AYU rangkaian produk penjagaan diri yang berkualiti tinggi dengan bangganya dibawakan kepada anda oleh WIPRO UNZA. Rangkaian Produk SUMBER AYU ini boleh didapati di pasaraya besar, pasar raya dan juga farmasi.

LATAR BELAKANG WIPRO UNZA

Sejak tahun 1980 WIPRO UNZA telah berjaya membina portfolio yang luas sebagai jenama penjagaan diri dan produk isi rumah di pasaran Asia. Mempunyai ibu pejabat di Singapura, WIPRO UNZA telah mengeluar dan memasarkan jenama ke seluruh 50 wilayah di dalam Asia Tenggara, China dan kawasan lain.

Antara jenama terkemuka daripada 24 jenama keluaran WIPRO UNZA adalah ENCHANTEUR, SAFI EVERSOFT, DASHING, CARRIE, ROMANO dan AIKEN

Kebanyakan produk WIPRO UNZA kini berdiri teguh setanding jenama hebat yang lain sebagai peneraju pasaran disebabkan jenama yang terhasil direka khusus dan diciptakan untuk pengguna Asia.


Jadi, bagi yang masih mencari produk pembersih intim wanita, korang bolehla cuba Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White ni. Seriously VERY RECOMMENDED, ok. =)

Sekian, Wassalam.

Tuesday, 13 November 2018

ADAB DALAM MEMBACA AL-QURAN

Assalammualaikum wbt.
5 Rabiulawal 1440m

ADAB MEMBACA AL-QURANUL KAREEM

Nasihat, dari Dr Muhd Al-Muhaysini

1. Jangan engkau berikan (fokus membaca) Al-Quran pada lebihan waktumu (yakni bila free baru baca). Malah khususkan untuknya waktu tertentu, yang mana tiada seorang pun yang akan mengganggumu.

2. Sebelum membaca Al-Quran, perbaharuilah wudukmu, hadaplah ke arah kiblat dan mulakan dengan Isti'azah (bacaan A'udzubillah), kemudian Basmalah (bacaan Bismillahirrahman..) dan ingatilah ganjaran kelebihan membaca Al-Quran.

3. Hendaklah kekuatan suaramu sederhana, tidak terlalu kuat sehingga engkau kepenatan dan terganggu dan tidak terlalu perlahan sehingga engkau bosan dan mengantuk. Hendaklah laju bacaanmu itu juga sederhana, tidak terlalu laju sehingga terpotong-potong ayat (kerana sering tersilap) dan tidak juga terlalu perlahan sehingga engkau rasa jemu

4. Al-Quran memiliki wibawa dan kehormatan. Sesiapa yang mengagungkan Al-Quran di dalam hatinya, Allah agungkan kedudukannya di kalangan manusia. Maka jangan engkau putuskan bacaanmu dengan perbualan bersama orang lain

5. Generasi salaf dahulu apabila mereka menetapkan untuk membaca satu surah, mereka tidak akan memutuskannya sehingga sempurna bacaan satu surah tersebut. Ini adalah di antara adab dengan kalam Allah. Dan sebahagian orang memutuskan ayat (untuk bercakap dengan orang)

6. Apabila engkau telah memulakan bacaanmu, maka janganlah engkau menoleh kepada sesiapapun. Jika seseorang ingin berbicara denganmu, berikan isyarat dengan tanganmu meminta maaf. Ini merupakan sikap memuliakan kitab Allah

7. Jika engkau perlu untuk menghentikan bacaanmu untuk berbicara dengan seseorang (yang mengajakmu berbicara), jangan terus (berhenti untuk) menjawabnya. Malah hendaklah dia menunggu sehingga engkau berhenti di hujung ayat, pada tempat berhenti yang sesuai

8. Hendaklah engkau menggerakkan lidahmu ketika membaca Al-Quran, adapun bacaan dengan mata sahaja, tidak memadai dan tidak dianggap sebagai membaca

9. Di antara tanda hilangnya rasa hormat kepada kalam Tuhanmu ialah apabila engkau baru membaca sedikit ayat-ayat Al-Quran, kemudian engkau sambung pula dengan melihat Twitter, Telegram, Facebook dan ini, dan itu, kemudian sambung, kemudian semak lagi, dan seterusnya

10. Aku menasihatkanmu agar engkau pergi ke sebuah masjid yang jauh, yang tidak ada orang mengenalimu. Dan bagi wanita, agar pergi ke tempat, bilik atau ruangan yang terasing. Supaya kamu dapat bersendirian bersama kitab Tuhanmu, lalu engkau menikmati kemanisannya dan mentadabburi ayat-ayatNya

11. Seburuk-buruk pendampingmu ketika membaca Al-Quran, ialah 'handphone'mu. Maka, aku menasihatkanmu, agar engkau meninggalkan ia di rumah atau di dalam kenderaan (dalam keadaan yang selamat). Dan engkau pergi membaca Al-Quran bersendirian, supaya Syaitan tidak mengganggumu melaluinya (yakni telefon itu)

12. Semasa engkau membaca, engkau akan melalui ayat-ayat tentang rahmat dan ancaman. Berhentilah, pada sebahagian dari ayat-ayat tersebut. Angkatlah kedua tanganmu dan mintalah kepada Allah dari kelebihanNya. Baginya, terdapat kesan kepada hati yang sangat besar

13. Jika engkau (menghadapi masalah) perlahan membaca Al-Quran atau engkau tak mampu membaca dengan baik, ketahuilah bahawa ganjaran pahala engkau digandakan. Maka, bagi engkau, ganjaran pahala sebanyak dua kali (1 kerana membaca, 1 kerana usaha dalam susah). Dan aku pesan kepada engkau supaya muat turun rakaman bacaan Al-Quran di dalam handphone dan (belajar membaca dengan) ikuti (rakaman bacaan) itu

14. Habiskan bacaan engkau pada penghujung surah adalah lebih sempurna dan lebih baik dari menghabiskan di penghujung juz-juz. Ibn Umar dahulu, jika membaca pada satu-satu surah, dia tak akan berhenti sehinggalah dia menghabiskannya

15. Jangan engkau sibukkan (fokus) untuk menghabiskan juz-juz, daripada (yang sepatutnya, iaitu fokus) kepada tadabbur dan apa-apa yang sebenarnya membantu engkau untuk mengulang-ulang sesuatu ayat sama ada 2 kali dan 3 kali dan 10 kali, sehinggalah hatimu menjadi lembut kerana ayat itu


Semoga Allah menerima (usaha ini) dari kami dan dari engkau.

Aamiin. Wallahua'lam..

Friday, 9 November 2018

M A T A

Assalammualaikum wbt.
Salam Jumaat 1 Rabiulawal 1440m

Sekadar perkongsian di hari Jumaat di awal bulan Rabiulawal yang mulia ini.

Suatu hari isteri Abu Lahab membawa batu besar untuk dilemparkan ke Baginda Nabi Muhammad. Pada saat itu Sayyidinna Abu Bakar Ash-Shiddiq RA sedang bersama Baginda Nabi Muhammad SAW.


Lalu datanglah isteri Abu Lahab dan menanyakan keberadaan Baginda Nabi Muhammad SAW. Sayyidinna Abu Bakar Ash-Shiddiq RA kebingungan karena Baginda Nabi Muhammad SAW ada di depan matanya tetapi isteri Abu Lahab tak dapat melihat keberadaan Baginda Nabi Muhammad SAW.

Akhirnya istri Abu Lahab pergi kerana dia tidak menemukan yang dicari.

Setelah ia pergi, Sayyidinna Abu Bakar Ash-Shiddiq RA bertanya kepada Baginda Nabi Muhammad SAW:

"Yaa Rasulullah... Bagaimana bisa Engkau tidak terlihat oleh isteri Abu Lahab yang jelas-jelas ada di depan matanya. ?"

Lalu Baginda Nabi Muhammad SAW berkata : 

"Bagaimana bisa ia melihatku wahai Abu Bakar, sepasang mata yang BUTA. Sepasang mata yang KOTOR. Sepasang mata yang memandang orang lain dengan MENGHINA ". 

Karena itu, JANGAN jadikan MATA kita, sepasang mata yang melihat sesuatu yang TIDAK di benarkan. JANGAN jadikan MATA kita menjadi sepasang mata yang melihat hal-hal yang di HARAM kan, agar kelak ALLAH سبحانه وتعالى jadikan MATA kita dapat MELIHAT wajah Baginda Nabi Muhammad SAW.

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ

آمِــــــــــيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِــــــــــيْنَ 
Aminn Ya Robbal'alamin.


Kredit : fotodakwah.com

Semoga bermanfaat. Sekian, Wassalam.
Tausiyah :
 AL HABIB UMAR BIN HAFIDZ
اللهم صل على سيدنا محمد واله وصحبه وسلم


Thursday, 8 November 2018

ORANG YG TAK TERSENTUH API NERAKA

Assalammualaikum wbt.

Sekadar perkongsian.

ORANG YG TAK TERSENTUH API NERAKA

Rasulullah SAW bersabda :

‎ﻋَﻦِ ﺍﺑْﻦِ ﻣَﺴْﻌُﻮﺩٍ، ﻋَﻦِ ﺍﻟﻨَّﺒِﻲِّ - ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ - ،ﻗَﺎﻝَ : ﺃَﻻَ ﺃُﺧْﺒِﺮُﻛُﻢْ ﺑِﻤَﻦْ ﺗُﺤَﺮَّﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﺍﻟﻨَّﺎﺭُ؟ ﻗَﺎﻟُﻮﺍ : ﺑَﻠَﻰ ﻳَﺎ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠﻪِ، ﻗَﺎﻝَ : ﻋَﻠَﻰ ﻛُﻞِّ ﻫَﻴِّﻦٍ، ﻟَﻴِّﻦٍ، ﻗَﺮِﻳﺐٍ، ﺳَﻬْﻞٍ

"Maukah kalian aku tunjukkan orang yang Haram baginya tersentuh api neraka?" 

Para sahabat berkata, "Mahu, wahai Rasulullah!" 

Baginda menjawab: 

"(yang Haram tersentuh api neraka adalah) Orang yang Hayyin, Layyin, Qarib, Sahl."

(H.R. At-Tirmidzi dan Ibnu Hiban)

kredit: alhikmahjkt

1. HAYYIN

Orang yang memiliki ketenangan dan keteduhan lahir mahupun batin. Tidak mudah memaki, melaknat serta tenang jiwanya..

2. LAYYIN

Orang yang lembut dan santun, baik dalam bertutur-kata atau bersikap. Tidak kasar, tidak ikut hawa nafsu sendiri. Lemah lembut dan selalu menginginkan kebaikan untuk sesama manusia

3. QARIB

Akrab, ramah diajak bicara, menyenangkan bagi orang yang diajak bicara. Dan murah senyum jika bertemu.

4. SAHL

Orang yang tidak mempersulit sesuatu. Selalu ada cara untuk selesaikan setiap permasalahan.

Mudah- mudahan Kita Semua Tergolong Didalam Golongan Orang-Orang Yang Diberkati Dan Dirahmati Serta Dikasihi Allah S.W.T Di Samping Orang-Orang Yang Kita Sayang. Aamiin.

Sekian,Wassalam.

POST PERKARA YANG BERKAITAN AGAMA SUDAH DIGELAR USTAZ / USTAZAH?

Assalammualaikum wbt.
Salam 30 Safar 1440m

Saja nak tanya pendapat korang yang membaca ni. Tak kira yang baca entri kat blog Yaya ni ke, or entri blogger lain, atau baca post-post dan status-status orang yang 'UP' di page laman sosial mereka. Salah ke kita share atau berkongsi post mengenai hal-hal yang berkaitan dengan agama sedangkan kita bukan orang yang baik mahupun sempurna?

Selalu je dengar orang kata, "eleh, beria cakap mengenai agama padahal diri sendiri pun tak lah baik mana."

Dari situ kita boleh tahu kebanyakan orang kita sekarang, akan tengok terlebih orang yang memberi nasihat itu daripada apa yang dinasihatkan atau perkara yang disampaikan oleh kawan tersebut. Betul tak?

Macam Yaya sendiri, kalau yang follow blog or insta Yaya, mesti perasan Yaya lebih banyak post mengenai hal-hal agama. Bukan nak tunjuk konon diri tu baik atau alim atau mungkin ada yang menyangka berpura-pura tunjuk baik atau apa-apa sahajalah tapi tujuan utama Yaya cuma 1. Demi Allah SWT. 

Kita sedar kita bukanlah baik mana, jadi sebab itu post perkara-perkara ilmiah, berkongsi segala info yang berkaitan agama, mana yang Yaya ada terbaca or dengar ceramah agama, yang mana boleh Yaya sampaikan sekali, Yaya akan kongsi. Tak mahulah nanti kat akhirat ditanya, ilmu yang kita dapat, mana pergi?ada amalkan atau tidak, ada sebarkan atau tidak buat mereka yang tidak mengetahui, Allahu. Tak mahulah begitu kan. Yaya pun kalau boleh, andai umur tak panjang, blog dan laman sosial yang ada, tidak ditutup. Supaya ilmu dan peringatan yang Yaya share tu, dapat sedikit sebanyak dikongsi dengan orang yang membaca atau TERbaca sekalipun.

Tidaklah mengaku diri kita ini alim. Jauh sekali seorang wali. Tetapi apakah salah untuk kita bicara tentang agama dan percakapan ulama?

Adakah salah untuk kita kongsi ilmu yang baik, dan menyuruh masyarakat untuk menjauhi perkara yang buruk atau yang tidak mendatangkan faedah?

Atau ada yang merasa, kita perlu jadi SEMPURNA dulu? Jika begitu, maka amat lah sikit orang yang sebarkan kebaikan kerana TIADA manusia yang sempurna di muka bumi Allah ini selain dari Nabi junjungan kita yang mulia Muhammad SAW.

Imam Said bin Jubair pernah berkata: “Jika seseorang tidak mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran sehingga keadaan dirinya sempurna, maka tidak akan ada seorang pun yang akan mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran.”

Imam Malik amat bersetuju dengan kenyataan Imam Said bin Jubair ini dan sebagai tanda sokongannya, beliau menambah: “Dan siapakah antara kita yang lengkap dan sempurna?” (al-Jami' Li Ahkami al-Quran, Imam Qurthubi)

Sekarang beritahu, ada tak orang yang SEMPURNA?

Wallahua'lam. Sama-sama kita muhasabah diri sendiri. Pegang KANTA PEMBESAR untuk lihat kesalahan diri sendiri, bukan nya melihat kesalahan orang lain. Maaf jika ada terkasar bicara dan kata-kata atau ada tersilap informasi. Segala yang baik datang dari Allah SWT dan yang buruk itu dari diri Yaya sendiri.

Sekian, Wassalam..

Monday, 5 November 2018

TIDAK KHUSYUK ?

Assalammualaikum wbt.
Salam 27 Safar 1440m

Tidak khusyuk dalam solat? Ada yang pernah mengalami begini. Baik mengaku!! Yaya sendiri mengaku kadang (or selalunya..huhu) kurang khusyuk. Allahu. Banyak fikir masalah dunia, beginilah.. =(


Apa yang perlu dilakukan kalau kurang khusyuk? Jom, sama-sama kita berusaha untuk khusyuk dalam solat disamping itu, dapat juga memperbaiki mutu solat kita seharian. InsyaAllah.

Panduan untuk mendapat khusyuk di dalam solat mengikut Imam al-Ghazali

Menurut Imam al-Ghazali, untuk menghadirkan khusyuk di dalam solat, ada enam perkara yang perlu kita lakukan semasa mengerjakan solat :

Pertama - Hudhur al-Qlabi (حضور القلب) :
Iaitu menghadirkan hati kita ketika menunaikan solat iaitu dengan membuang dari hati segala yang tidak ada kena-mengena dengan solat kita.

Kedua - at-Tafahhum (التفهم) :
Iaitu berusaha memahami iaitu melakukan usaha untuk memahami segala perkara yang dilakukan di dalam solat sama ada perbuatan atau yang dibaca/diucapkan.

Ketiga - at-Ta’dziem (التعظيم) :
Iaitu merasai kebesaran ALLAH iaitu dengan merasai diri terlalu kerdil di hadapan ALLAH.

Keempat - al-Haibah (الهيبة) :
Iaitu merasa gerun terhadap keagungan ALLAH dan siksaanNya.

Kelima - ar-Raja’ (الرجاء) :
Iaitu sentiasa menaruh harapan besar kepada ALLAH mudah-mudahan solat yang dikerjakan akan diterima dan diganjari oleh ALLAH.

Keenam - al-Haya’ (الحياء) :
Iaitu merasa malu terhadap ALLAH di atas segala kekurangan dan kecacatan yang terdapat di dalam solat.


Selamat menunaikan ibadah solat dengan kusyuk dan sabar, semoga kita memperolehi kemenangan di dunia dan Akhirat. Aamiin. InsyaAllah.

Sekian,Wassalam =)

Sponsor