Assalammualaikum wbt.
5 Rabiulakhir 1440h
Sekadar renungan.. <3
Atha’ bin Abu Rabah berkata: Ibn ‘Abbas RA berkata kepadanya:
"Mahukah engkau jika aku tunjukkan seorang wanita daripada kalangan penghuni syurga."
Aku menjawab: Sudah pasti !
Ibn ‘Abbas berkata: "Inilah perempuan kulit hitam yang datang berjumpa Rasulullah SAW lalu dia berkata kepada baginda:
"Mahukah engkau jika aku tunjukkan seorang wanita daripada kalangan penghuni syurga."
Aku menjawab: Sudah pasti !
Ibn ‘Abbas berkata: "Inilah perempuan kulit hitam yang datang berjumpa Rasulullah SAW lalu dia berkata kepada baginda:
"Sesungguhnya aku menghidapi penyakit sawan (lalu apabila sawan ku datang),
aurat aku akan terbuka. Doalah kepada Allah untuk diri ku."
aurat aku akan terbuka. Doalah kepada Allah untuk diri ku."
Baginda SAW menjawab: Jika engkau mahu, engkau boleh bersabar, dan untuk engkau syurga. Jika engkau mahu, aku akan mendoakan engkau. Allah akan menyembuhkan engkau.
Wanita itu berkata: "Aku akan bersabar, tetapi aku sering terbuka aurat (bila penyakit sawan datang). Berdoalah kepada Allah agar aurat aku tidak akan terbuka."
Maka Rasulullah SAW mendoakan beliau.
Wanita itu berkata: "Aku akan bersabar, tetapi aku sering terbuka aurat (bila penyakit sawan datang). Berdoalah kepada Allah agar aurat aku tidak akan terbuka."
Maka Rasulullah SAW mendoakan beliau.
Atho’ bin Abu Rabih memberitahu Ibn Juraih bahawa dia melihat Ummu Zufar (wanita di atas) yang tinggi lampai dan berkulit gelap di sisi Kaabah.
[Sahih al-Bukhari, (كتاب المرضى) Kitab Pesakit, (باب فَضْلِ مَنْ يُصْرَعُ مِنَ الرِّيحِ) Bab Kelebihan Orang Menghidap Penyakit Sawan, hadis no : 5220]
Siapakah wanita kulit hitam penghuni syurga ini?
Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani rahimahullah menyebutkan dalam Fathul Bari bahawa nama wanita ini adalah Su’airah al-Asadiyyah (سعيرة الأسدية).[1] Beliau merupakan tukang sikat kepada isteri baginda, Khadijah bte Khuwailid RA.
Kisah Ummu Zufar yang ringkas ini wajar menjadi teladan kepada Muslimah khususnya. Siapakah di antara kita yang berdoa agar dia menjadi muslimah solehah? Ya, ramai daripada kita berdoa untuk diberikan kebaikan dunia dan akhirat, dijadikan anak yang soleh/solehah, dimurahkan rezeki, diberikan suami yang soleh, tetapi adakah siapa di antara kita pernah meminta doa sebagaimana yang diminta oleh Ummu Zufar?
Dia sedar auratnya terbuka ketika diserang penyakit sawan, tetapi dia mahukan syurga, tetapi dia juga mahu maruahnya terjaga.
Bagaimana pula dengan keadaan kaum Muslimah kini, khususnya di Malaysia. Adakah masih wujud alasan untuk membuka aurat sedangkan wanita kulit hitam penghuni syurga ini pun masih berusaha menjaga auratnya walau ketika diserang penyakit sawan.
Wahai saudari ku,
Kita semua insan yang tidak sempurna. Berdoalah agar kita menjadi insan yang solehah, berdoalah agar aurat kita tertutup sentiasa, berdoalah agar kita menjadi insan yang bermaruah sebagaimana bermaruahnya Su’airah al-Asadiyyah !
Rujukan:Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari
Al-Isobah Fi Tamyiz as-Sahabah
Wallahua'lam. Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.Wassalam.=)
2 Comments
terima kasih untuk perkongsian bermanfaat.. semoga lebih ramai wanita di luar sana ( termasuk akak.. hee~ ) mengambil iktibar dan pengajaran..
ReplyDeleteSubhanallah.. perkongsian yang baik. Thanks yaya
ReplyDelete