MOVIE REVIEW : JUMANJI - WELCOME TO THE JUNGLE

Assalamualaikum wbt.

Review ringkas dari Yaya untuk filem ni iaitu filem JUMANJI. Yang berdurasi hampir 120minit bersamaan dengan 2 jam..hehe. Ringkas je. Nak tahu sinopsis dan jalan cerita kena pergi menonton filem ni, ok. 


Seperti yang korang pernah tengok filem JUMANJI yang sebelum ini, berkaitan dengan satu permainan yang menggunakan papan sebagai objek utama yang mana permainan itulah terjadi nya suatu pengembaraan oleh sesiapa yang bermain. Bila sudah bermain memang menjadi sesuatu yang mustahil untuk mereka menghentikannya melainkan salah seorang dari mereka yang menamatkan permainan tersebut.

Sebelum 'pengembaraan' bermula

Well, apa yang Yaya dapat lihat disini, konsep jalan cerita memang tidak berubah. Suatu permainan yang tidak boleh dihentikan dan hanya akan berhenti jika mereka menamatkan permainan. Cuma untuk filem JUMANJI kali ini, ia mengikut edaran masa yang semakin maju dan berteknologi. Dah takda lah permainan dalam papan tapi dalam bentuk video games yang mana semua yang terlibat dengan permainan tu, membawa watak yang mereka pilih sebelum permainan bermula.

Antara babak dalam filem ini


Gambar bulat kecil tu la menunjukkan orang yang melakonkan watak tersebut dalam dunia sebenar

Kesimpulannya, movie ni best!👍kalau minta bagi rate boleh lah dalam 8.5/10 Yaya bagi. Very recommended buat sesiapa yang nak tengok tapi belum ada kesempatan, kan. Boleh la korang pergi layan movie ni.

Hensem pula tengok mamat sebelah kanan tu 😍

Lakonan yang baik, jalan cerita filem pun ok. Ada juga kebaikan yang boleh kita ambil contoh. Elemen kekeluargaan, persahabatan juga diselitkan didalam filem ini. Jalan cerita yang best, ada masa kita rasa suspen, ada masa kita rasa sedih, yang paling best lawak jenaka yang mereka selitkan dalam filem ini juga bukan lawak mengarut macam filem lain yang pernah ditayangkan sebelum ini. (Korang dapat agak yang mana yang Yaya maksudkan tu tak? hehe =p)


Selamat menonton ye.
Sekian, wassalam =)

Post a Comment

7 Comments

  1. itulah, ramai yang cakap sedap jumanji ni.. takpe, next weekend ina serang..

    ReplyDelete
  2. Wah..best..kak min pun plan nak gi tengok

    ReplyDelete
  3. thanks for sharing.. nak pegi tgk la pas nih !

    ReplyDelete
  4. Alex time slamat kenapa ade family?
    Spatutnya dia ade dlm bilik dia..
    N ayah dia trkjut ank dia yg kena telan dulu dh balik.. Ke sy yg trlps ape2

    ReplyDelete
  5. Ingt lg masa cikna hbis upsr cikgu buatkn panggung wayang marathon cerita jumanji ni 2week b'turut2...;-)

    ReplyDelete