PLACE REVIEW : THE PEACE KARAOKE & CAFE

Assalammualaikum w.b.t.

Hari ni nak review satu tempat iaitu Pusat Istirehat Keluarga atau nama yang popular biasa korang semua dengar ialah Pusat Karaoke. Amboi, panggil pusat istirehat keluarga skema betul ayat tu kan..haha.

Okay. Tempat yang Yaya review ni lokasi nya adalah di Centro, Klang. Untuk orang Klang/Shah Alam tahulah (mungkin) sebelum ni pusat karaoke di sini adalah Pusat Karaoke 'NEWAY'. Agak popular juga sebab NEWAY ni ada banyak cawangan dia bukan hanya kat Selangor je. Yaya tak ingat bila kali terakhir Yaya pergi NEWAY tu, boleh tahan juga harga dia. Siap ada makanan sekali so, agak berpatutan juga la dengan harga tu. Bilik karok nya tu pun ok, setting suara pun ok, sepanjang Yaya pernah pergi sana lah. Tak tahulah kalau orang lain punya pengalaman yang berbeza.

Eh, Yaya bukan nak cerita pasal NEWAY tapi Pusat Karaoke yang baru tak baru jugalah yang telah ambil alih NEWAY tu. Tak tahu pula sebab musabab NEWAY tu pindah tempat. Mungkin da kurang orang pergi Centro tu kot. Centro tu banyak office je kat part atas tu, part bawah @ ground floor je banyak tempat makan la, tempat beli barang la.

Untuk pertanyaan or booking boleh la call number diatas ni =)

Nama pusat karaoke baru tu adalah THE PEACE. Pekerja nya pun ramai melayu je tengok berbanding dengan pengurusan sebelum ni yang ramai chinese. Hmm. Tempat dan deko yang menarik korang boleh tengok bila datang sana. Deko luaran la maksud Yaya sebab ianya bertemakan ARMY atau Tentera. Tentera negara man tu kurang pasti lah sebab baju dan pakaian lain je dari yang Yaya pernah tengok tentera Malaysia pakai..haha mungkin yang zaman dedulu kot. Agak menarik juga lah disitu, for sure ramai yang datang sana tidak akan melepaskan peluang untuk mengambil gambar dengan patung-patung askar tersebut. Salah satu nya Yaya..hehe

Always FAT GIRL=(
Penat hakak tahan perut tu.. lol =p

Itu dikawasan luar sahaja, bila masuk bilik, ok juga, besar. Rasanya owner baru takda ubah apa apa saiz bilik karaoke tu, sama juga yang digunakan oleh pusat karaoke yang sebelum ini. Cuma yang tak best masa Yaya pergi dengan adik beradik Yaya tu (kakak dan kakak ipar Yaya), settings suara or muzik di bilik waktu itu agak sedikit menghampakan. Well tak boleh nak complain banyaklah. Sesuai dengan harga dia..hehe nak tahu berapa? Hari Ahad macam ni, Yaya pergi time lunch hour juga la dalam 11++ pagi Amik 2 jam untuk tiga orang sekali dengan makan total RM36 lebih kurang. Kalau tak silap Yaya. Maksud tiap sorang Rm12 gitu. 


Makan tengahari pula yang ada cuma Mee Goreng Mamak (mamak yang dapat nama..huhu), Nasi goreng Cina dan Nasi Goreng Kampung. Makan tu memang banyak gila la. Sepinggan tu boleh kongsi 2 orang. Tapi jangan tanya pasal rasa ye. Biasalah, korang nak sedap pergilah tempat karok yang mahal dan bertaraf 5 bintang tu..haha. Lagi sedap 'cikedis' yang dia sediakan dalam bilik tu. =p

Kesimpulannya, if korang nak tempat karaoke yang mampu milik, tapi bilik ok, besar jugalah, tempat ni Yaya boleh suggest tapi kalau nak sound nya best, better cari tempat lain la. Ini berdasarkan apa yang Yaya dan kakak2 Yaya lalui la. Tak tahu mungkin orang lain ada yang ok ke kot kan. Nak tahu korang boleh pergi terjah sendiri. Bukan mahal pun, harga yang berpatutan. =)

Moga ada manfaat yang korang boleh dapat ye buat yang tengah search mengenai tempat istirehat yang ada kat bandar Klang ni..hehe. Sekian, Wassalam =)

Post a Comment

5 Comments

  1. Haiiii! blogger baru ke! salam kenal.
    Cikza ngan suami memang hantu karaoke!
    kalu boleh nak cari bilik selesa tapi harga berbaloi murah.
    Thanks info ye.

    http://cikza.com/2017/12/asam-pedas-muar-ikan-tenggiri/

    ReplyDelete
  2. Waww best. makanan portion banyak banyak boleh kongsi. save bajett.

    ReplyDelete
  3. pusat isterehat keluarga tu bukan skema dear tapi sedap sikit didengar..cuba cakap karaoke,mcm2 org fikir..huhu,,btw nasi tu nampak sedap sangat

    ReplyDelete
  4. Wahh menarik. Siap tema army gitewww. Btw yaya u tak gemuk pun, slim je la :p

    ReplyDelete
  5. Lama tak lepak dan karok.. Hehehe..

    ReplyDelete