5 MAKANAN YANG MEMBANTU MENGURANGKAN LEMAK DI BAHAGIAN PERUT

Assalammualaikum w.b.t.
Salam 19 Syawal

Ok. Hari tu Yaya da share pasal makanan yang boleh membakar lemak..now, Yaya nak share pula makanan yang boleh MEMBANTU menghilangkan lemak kat perut tu. =)

Terdapat pelbagai kajian yang membuktikan makanan-makanan berikut dapat membantu mengurangkan lemak di bahagian perut dan juga memberi impak positif kepada jantung anda.

1. Kekacang
Berdasarkan kepada satu hasil kajian terkini, mereka yang mengamalkan ¼ cawan badam selama 6 bulan mempunyai kadar pengurangan berat badan 62% lebih banyak berbanding mereka yang tidak mengamalkan pengambilan sebarang kekacang dalam diet seharian. Selain itu, pengambilan pelbagai jenis kekacang juga memberikan rasa kenyang lebih lama daripada memakan snek tradisional seperti keropok atau jajan.

2. Ubi Keledek
Ubi keledek kaya dengan antioksida yang membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah dan mengurangkan ketahanan insulin seterusnya menghindari kalori berlebihan ditukarkan kepada lemak di bahagian perut. Selain keledek, lobak merah, anggur dan sayuran kekacang juga tinggi dalam kandungan antioksida dan patut diamalkan dalam diet harian.

3. Bijirin Penuh
Kandungan serat dalam bijirin penuh adalah sangat tinggi dan akan memberikan rasa kenyang lebih lama di samping mengurangkan pengambilan kalori dalam diet seharian. Satu kajian terkini mendapati, mereka yang mengambil 3 hidangan atau lebih karbohidrat berbijirin penuh sehari seperti oat dan roti gandum penuh mengalami pengurangan lemak di bahagian perut sebanyak 10% jika dibandingkan dengan mereka yang mengambil jumlah hidangan yang sama tetapi dalam bentuk karbohidrat yang diproses contonhnya nasi putih dan pasta.

4. Limau Gedang (Grapefruit)
Buah limau gedang mengandungi serat boleh larut di mana ia mengambil masa yang lama untuk dihadam seterusnya membantu anda merasa kenyang dengan kuantiti kalori yang sedikit. Dalam satu kajian, responden yang mengamalkan pengambilan limau gedang selama 6 minggu mendapati mereka bukan sahaja kehilangan hampir satu inci ukuran pinggang tetapi tahap kolestrol juga menurun. Wahhh ^o^

5. Salmon
Ikan salmon mempunyai kandungan protein yang tinggi untuk membina otot, di mana ia mempercepatkan kadar metabolisma badan anda dan membakar lebih banyak kalori walaupun semasa anda duduk di meja atau memandu kereta. Pengambilan ikan sebanyak 2 hidangan dalam seminggu juga disarankan untuk kesihatan jantung anda.

Macam sedap tengok ikan salmon camtu kan..nyum2..hehe. Ok. So dah tahu kan antara makanan yang boleh MEMBANTU korang menghilangkan lemak kat perut tu. 

Rasanya takda masalah dengan makanan yang Yaya nyatakan kat atas ni. Semua sedap kot..rugi la kalau tak makan,kan.. 

Yaya just share info. Nak ikut atau tidak itu terpulang pada diri masing masing tau. Ini bukan paksaan untuk sihat..hehe. Tapi takkan Yaya soran je nak fit ni >,< Mestilah nak ajak korang semua sekali,kan... ^,^

Harap bermanfaat ye. Sama sama kita amalkan =)
Sekian,Wassalam.

Post a Comment

8 Comments

  1. terima kasih info ni yaya...rasanya memang nak kurangkan lemak di perut ni...huhuhu...tp kdg2 jaga makan..tapi kalau sedap xfikir dah makanan..apa masuk je

    ReplyDelete
  2. waa.. salmon boleh kurangkan lemak dalam badan ye ? sedap tu.. dah boleh la baibai kan ayam.. hee~

    ReplyDelete
  3. limau gedang paling xsuka mkn pahit betul... hahaha

    ReplyDelete
  4. Sedapnya kekacang...haha...memang boleh kurus la kan

    ReplyDelete
  5. grapefruit tu kna jaga, terutamanya kalau makan dengan ubat. sbb dia popular sbb banyak sangat interaction dengan ubat2 lain..

    ReplyDelete
  6. info yang menarik...btw saya dah follow awak...selamat berkenalan ^^

    ReplyDelete
  7. Perut mama pun perlu dicantas sikit ni dh kembung haha.. jom yaya Kita hi murni

    ReplyDelete