Assalammualaikum w.b.t.
Update entri sikit. Of course Yaya share perkara yang akan memberi manfaat untuk kita semua. Pasal makanan, kesihatan,diet..korang ok je kan..suka tak? hehe. Benda yang kita tahu, mestilah nak share dengan semua orang. Takkan Yaya sorang nak sihat. Nak selim melim kan.. =p haha. Gurau je.
Ok. Hari ni, Yaya share pula mengenai makanan yang baik untuk buah pinggang. Semua orang tahu buah pinggang ni antara organ paling penting dalam badan kita kan, kalau ia tak berfungsi dengan baik, haaa siap sedialah..MasyaAllah.Na'uzubilah. Mohon dijauhkan la. Mencegah lebih baik dari merawat kan. =)
Cili Benggala
Cili benggala merah adalah pilihan yang baik kerana ia rendah dengan kalium. Di samping itu, ia menambah warna dan rasa dalam hidangan selain mengandungi vitamin A, C, B6, asid folik dan serat. Ia juga mengandungi lycopene antioksida, yang melindungi terhadap beberapa jenis kanser.
Jika anda mengikuti diet untuk buah pinggang, ia adalah mudah untuk menambah cili benggala merah untuk pelan makanan anda. Makan mentah atau panggang dan campurkan ke dalam tuna, sandwich, salad ayam atau salad sayuran. Potong dadu dan masukan telur dadar atau telur hancur. Ia juga boleh diletakan bersama kebab untuk dipanggang atau campurkan bersama daging kisar untuk rasa yang lebih lazat.
Kobis
Kobis mengandungi fitokimia iaitu sebatian kimia yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran tertentu sahaja. Fitokimia bekerja untuk memecahkan radikal secara bebas. Fitokimia dipercayai mampu memerangi kanser dan menyokong kesihatan kardiovaskular.
Jika anda mengikuti diet dialisis, tambah kobis ke dalam coleslaw atau takoyaki. Kobis boleh direbus, dikukus atau dimasak di dalam gelombang mikro dan kemudian dinikmati dengan menambah mentega, keju dan lada. Ia juga boleh di hidangkan sebagai kobis gulung dan kobis sumbat.
Bunga Kobis
Satu lagi makanan sihat untuk buah pinggang ialah bunga kobis . Ia adalah sayuran cruciferous yang mengandungi vitamin C, folat dan serat. Selain itu ia mengandungi sebatian yang membantu hati meneutralkan bahan toksik.
Bunga kobis boleh dimakan mentah sebagai salad, dikukus atau direbus dan ditambah sedikit perisa untuk mejadikan ia hidangan yang lazat. Ia juga boleh dihancurkan sebagai ganti kentang lecek.
Bawang Putih
Bawang putih adalah baik untuk mengurangkan keradangan dan menurunkan kolesterol. Ia juga mempunyai antioksida dan anti-pembekuan. Jika anda mengikuti diet dialisis, gunakan serbuk bawang putih dan bukannya garam bawang putih untuk menambah rasa untuk makanan tanpa menambah natrium tambahan. Bawang putih boleh digunakan dalam banyak hidangan, contohnya daging, sayur-sayuran atau sos tomato. Rasa masakan tidak lengkap tanpa rasa bawang putih.
Bawang Merah
Satu lagi yang digunakan sebagai perasa ialah bawang. Bawang penuh dengan flavonoid, terutamanya quercetin. Flavonoid adalah bahan kimia semula jadi yang menghalang lemak dalam saluran darah dan menambah pigmentasi (warna) kepada tumbuh-tumbuhan. Quercetin adalah antioksida yang dipercayai membantu mengurangkan penyakit jantung dan melindungi daripada banyak jenis kanser. Ia juga mempunyai ciri-ciri anti-radang.
Bawang rendah kalium, ia juga mengandungi kromium, sejenis mineral yang membantu badan dengan metabolisme lemak, protein dan karbohidrat. Ia boleh dinikmati mentah atau dimasak dalam pelbagai hidangan.
Epal
Pepatah mengatakan “An apple a day keeps the doctor away”@ sebiji epal sehari boleh menjauhkan kita daripada doktor. Ia tinggi dengan serat, anti-radang, membantu mengurangkan kolesterol, mencegah sembelit, melindungi daripada penyakit jantung dan mengurangkan risiko kanser. Epal boleh dimakan mentah atau dimasak. Untuk menambah manfaat kesihatan amalkan minum cuka epal atau cider.
Kranberi
Kranberi elok untuk mencegah jangkitan saluran kencing kerana akan menyebabkan air kencing lebih berasid dan membantu mengelakkan jangkitan bakteria.
Ia juga bagus untuk melindungi daripada kanser dan penyakit jantung. Jus kranberi boleh dinikmati setiap hari untuk pemakanan tambahan atau nikmati cranberries kering ke dalam bijirin atau salad.
Beri Biru
Warna biru beri ini diperoleh daripada sebatian antioksida yang dipanggil anthocyanidins. Ia adalah yang terbaik kerana sebatian semula jadinya yang mengurangkan keradangan dan mempunyai banyak vitamin C dan serat.
Ia juga mengandungi mangan, iaitu menyumbang kepada tulang yang sihat. Tambahkan beri biru bersama bijirin pagi, jadikan sebagai minuman smoothie atau nikmati muffin beri biru.
Raspberi
Raspberi mengandungi sebatian yang dipanggil asid ellagic, yang membantu meneutralkan radikal bebas. Warna merah raspberi yang datang dari antioksida dikenali sebagai anthocyanins. Raspberi penuh dengan serat, vitamin C dan mangan. Ia mengandungi asid folik dan vitamin B.
Raspberi mempunyai ciri-ciri yang membantu menghentikan pertumbuhan sel kanser dan pembentukan tumor. Tambah raspberi segar pada bijirin, atau jadikan sebagai minuman smoothie.
Strawberi
Strawberi kaya dengan dua jenis antioksida, dan ia mengandungi banyak vitamin C, mangan dan serat. Ia bersifat anti-radang dan anti-kanser dan juga membantu menjaga kesihatan jantung.
Seperti kebanyakan beri, ia boleh dinikmati bersama bijirin atau smoothie. Tambah jem strawberi di atas kek dan ia pastinya pencuci mulut yang sangat lazat.
Ceri
Ceri mengandungi antioksida dan fitokimia yang melindungi jantung dan mengurangkan keradangan. Ceri segar sedap dimakan begitu sahaja selain dibuat pai ceri, kek keju ceri, dan juga sos ceri.
Anggur Merah
Warna merah anggur berasal daripada beberapa jenis flavonoids yang baik untuk jantung kerana ia menghalang pengoksidaan dan mengurangkan peluang pembekuan darah. Flavonoid dalam anggur ialah resveratrol yang boleh meningkatkan oksida nitric. Ia boleh merehatkan otot dalam saluran darah untuk pengaliranan yang lebih baik. Flavonoid juga membantu melindungi anda daripada kanser dan mencegah keradangan.
Memilih makanan yang berwarna merah atau ungu mengandungi flavonoid yang tinggi. Makan anggur sebagai snek atau minum jus anggur. Tambah anggur dalam salad buah-buahan atau ayam.
Putih Telur
Putih telur mengandungi protin tulen. Ia protein berkualiti tinggi dan mempunyai semua asid amino yang penting. Putih telur mempunyai kurang fosforus daripada sumber protein lain, seperti kuning telur atau daging.
Guna putih telur untuk membuat omelets atau sandwic telur. Ia juga boleh ditambah bersama smoothies atau shake. Gunakan putih telur yang direbus ditambah bersama tuna atau salad hijau.
Ikan
Satu lagi sumber protein berkualiti tinggi adalah ikan. Persatuan Diabetis Amerika dan Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan bahawa tambahkan ikan dalam pelan makanan 2 atau 3 kali seminggu. Ikan mengandungi lemak anti-radang yang dipanggil omega-3. Ia membantu mencegah penyakit seperti kanser dan penyakit jantung. Ia juga membantu mengurangkan LDL (kolestrol tidak baik) dan meningkatkan HDL (kolesterol baik). Jenis-jenis ikan yang ada omega-3 ialah ikan salmon, ikan tuna dan ikan kembung.
Minyak Zaitun
Kajian telah menunjukkan bahawa penduduk di negara yang menggunakan minyak zaitun berbanding minyak jenis lain cenderung untuk mempunyai kadar yang lebih rendah menghidap kanser dan penyakit jantung. Ini dipercayai disebabkan oleh banyak komponen baik minyak zaitun iaitu asid oleik, sejenis asid lemak anti-radang yang melindungi terhadap pengoksidaan, polyphenols dan sebatian antioksida yang mencegah keradangan dan pengoksidaan.
Gunakan minyak zaitun asli untuk lebih khasiat pengoksidaan. Minyak zaitun boleh digunakan dalam masakan atau untuk membuat salad, roti dan perapan daging.
Ok. Tu diaa.Yaya dah share dengan korang 15 jenis makanan yang dapat membuatkan buah pinggang kita sihat dan bagi mengelak dari terkena penyakit. InsyaAllah. Sedap semua makanan tu kann..lebih lebih lagi buah buahan BERI tu..aummm ^o^
Harap dapat memberi sedikit manfaat buat yang membaca ni ye. Sharing is Caring,kannn ^_^
Sekian,Wassalam.. =)
8 Comments
Yes, memang betul. Makanan tu memang berkhasiat.
ReplyDeletethanks for sharing
ReplyDeleteok semua makan cuma ada yang tak berapa gemar.. hehe..
ReplyDeleteNice sharing. Kebanyakkan Migha suka makan kecuali bawang.
ReplyDeletebanyaknya khasiat pada setiap ciptaan Tuhan kan..ALHAMDULILAH...thank you yaya for sharing..
ReplyDeleteTq for info berguna. Kena Jaga buah pinggang sebaiknya. Kalau dh rosak susah
ReplyDeletebanyakkknya info menarikk yaya!thank you yaya!
ReplyDeletebagus perkongsian ni...boleh la amalkan
ReplyDelete