Thursday, 24 November 2016

BEST FRIEND WEDDING - MISS D

Assalammualaikum w.b.t.

Entri yang lepas wedding BFF Yaya, Miss N. Sebab nama panggilannya bermula dari 'N'..for NONEY..hehe Sekarang nak up pula pasal wedding another BFF Yaya pula iaitu Miss D. For Dessy..Bukan Dessy Ratnasari penyanyi seberang tu ya anak anak..haha Tapi BFF Yaya ni memang asal dari negara Jiran kita..orang minang. Wedding dia ni pun bertemakan minang. Mana boleh tinggalkan tradisi kan. Kita ni je yang sibuk wedding nak ala ala inggeris la, yang lain grand grand semua tu menghabiskan duit je tak pasai-pasai haaaa nampak sangat pembaziran + show off disitu.. opss! Ada yang terasa ke? Jangan mara naaa =p

Ok.Back to member wedding. Member Yaya, Dessy ni Yaya da lama kenal da. Kitorang sama sekolah dulu. Dari sekolah rendah lagi tau. Tapi rapat since masuk sekolah menengah. Itupun waktu Form 3, sekolah pagi, sama kelas. Semenjak dari situlah kami rapat. Then bila da habis sekolah, masing-masing dah kerja, ada life sendiri, so renggangla sikit. Itu perkara biasalah kan. Nak buat camana. Masing2 ada life sendiri. Mulanya ramai kitorang tengok member-member lain yang dah get married dulu. And now, tiba sudah giliran dia menghabiskan zaman bujangnya.Cewahhh! Adakah selepas ini giliran saya..?? Tettt!! hahaha biarlah masa yang menentukan,ye. Meh, layan sikit je gambar yang Yaya sempat snap on the wedding day. ^^

My partnet in crime on that day..haha..spend whole day together even she's married already..haihh..
^o^

Tak dapat bergambar dengan pengantin, bergambar dengan pengantin dalam gambar je la..hukhuk..pengantin very busy..kami dah nak balik baru dapat spend masa sikit untuk sessi bergambar..huuu



Team zaman sekolah dedulu..Mengimbau kembali kenangan ketika di sekolah..pergh!Macam banyak je nak diceritakan,kan geng?! ^o^ Masing-masing pun Yaya tengok makin bertambah SIHAT WALAFIAT! hiks!^,^

WAJIB la amik gambar dengan pengantin ok!hehe santeq sangat awok tauu!Banyak baju persalinan dia.Yang dalam gambar ni baru baju persalinan ke-2.Ada 3 baju persalinan semuanya kalau tak silap Yaya.hehe

Masa ni da lepas dari majlis member tadi. So,ada masa sikit kami habiskan la bersama.Ewahh.Berdating kiter.hiks. Thank you so much lalink coz sudi spend your time and money for me..ahaks. spend money la sebab member ni belanja Yaya mamam one of my fevret food-SUSHI KING!- aumm ^o^ 

Ok. That's all for now. Next entri Yaya pula pasal satu CHARITY RUN yang Yaya join baru-baru ni. Tunggu ye. Terima kasih sebab sudi singgah blog Yaya.

Sekian,Wassalam.. =)

Tuesday, 22 November 2016

BEST FRIEND WEDDING - MISS N

Assalammualaikum w.b.t

Yaya lupa la..selalu kata takda apa nak update kan. Tapi sebenarnya ada..haha. Bila tengok kat 'Gallery' handphone ni ada banyak no gambau. So walaupun perkara da lepas, Yaya nak up jugakla..baru ada selit 'berita' TENTANGYAYA dalam blog Yaya sendiri ni kan. Yaya tau ada yang 'STALKER' Yaya ni.. sebab kat FB dengan IG Yaya ramai stalk. Tak tau pasai apa ntah.. ^o^ Samada sebab suka or tak suka tu Wallahua'lam la kan. Tapi takpa la.Tak kisah pun. Yaya takda up pasal perkara xelok or mengundang kontroversi cukup la kan..hehe

Anyway, gambar-gambar kat bawah ni adalah masa awal tahun ni sebenarnya. My best friend wedding. Yang berlangsung di Putrajaya..Bulan Februari 2016. Lama betul simpan baru sekarang nak up entri pasal ni kan..sampai pengantin nya da pregnant 4++ bulan da..haha adeii Next time bole up pula pasal bestis Yaya tu dengan new baby dia..hik2 =p Sekarang korang layan je la gambar THROWBACK ni ea.. ^,^

Di sekitar majlis pernikahan yang berlangsung di Negeri Sembilan.Haa laa..bf Yaya ni orang nogori..^o^




Cantik kan pengantin.. ^_^
Tak mekap lagi cantik. Natural beauty.. mmuaa




Ramai yang tak tahu banyak dugaan yang datang sebelum majlis bermula. Pengantin perempuan yang kurang sihat tetiba pada pagi majlis..huhu Alhamdulillah semua berjalan lancar bila tiba waktu majlis lepas tengahari tu. ^_^ 

Kat bawah ni pula masa majlis persandingan yang berlangsung kat Putrajaya.. =)

Kelass tak kelasss kooo...siap kereta kuda lagi..
Ala2 Cinderella gitu ^o^





Dengan pengantin... aummm...^o^

-Model comei yang meletopsss, Dida Alyahya- ^_^

Pari-pari yang mengiringi Bidadari..
hahaha

Ada lagi beberapa gambar Yaya lupa nak up.Nanti Yaya update semula. Nak tunjuk, special nye majlis persandingan BF ni..yela, buat kat taman..siap datang naik kuda tau masa nak naik pelamin tu..Yaya pun dapat merasa sekali naik.Haha.gatai.
Buat masa ni,ini je gambau yang sempat Yaya snap guna handphone..

selfie sket =P

Next entri ni,Yaya up pula wedding BF Yaya lagi sorang. Ok..Terima kasih kerana sudi singgah blog Yaya ni. Sekian,Wassalam.. =)

Monday, 21 November 2016

SOAL JAWAB TENTANG SOLAT : BUAT BAIK TAPI TAK SOLAT

Assalammualaikum w.b.t.

Soalan :

Seorang muslim yang meninggalkan solat tetapi berpuasa, membayar zakat dan sebagainya, adakah puasa dan amalannya itu akan diterima kerana dia seorang muslim?.Bagaimana pula jika ia hanya bersolat hanya pada bulan ramadhan sahaja sedangkan bulan-bulan lain ia tidak menunaikan solat?

Jawapan :

Ulama' mengatakan tidak ada gunanya kebaikkan bagi sesiapa yang meninggalkan solat, walaupun ia mengeluarkan zakat, berpuasa dan mengerjakan Haji. Didalam sebuah hadith Nabi saw, bahawa Buraydah berkata, Rasulullah saw bersabda :

"Barangsiapa yang tidak bersolat Asar, 
maka amalannya menjadi gugur"
[hadith riwayat Al-Bukhaari]

Hadith ini menunjukkan bahawa apabila seseorang itu tidak melakukan amalan Solat, maka segala kebaikan yang dilakukan tidak dapat memunafaatkannya, iaitu sia-sia belaka.

Menurut Shiekh Ibn Utsaimin (fataawa al-Siyaam, ms.87) :
Barangsiapa yang meninggalkan solat maka tidak sah puasanya, dan tidak diterima darinya! Sesungguhnya orang yang meninggalkan Solat itu kafir dan murtad, kerana Allah swt berfirman :

"Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran) dan 
mendirikan sembahyang serta memberi zakat, 
maka mereka itu adalah saudara kamu yang seagama" 
[Al-Taubah: ayat-11]

Didalam Fataawa Al-Lajnah Al-Daaimah (fatwa no:102), ketika menjawab soalan mengenai apakah hukumnya orang yang hanya berpuasa didalam bulan Ramadhan sahaja, katanya:

"Solat adalah salah satu rukun Islam, dan ia merupakan rukun yang terpenting selepas mengucap 2 kalimah syahadah, ia merupakan Fardu Ain. Dan barangsiapa yang meninggalkannya kerana menafikan ianya wajib, atau tidak melakukannya kerana lalai dan malas, maka ia menjadi kafir."

Mengenai mereka yang berpuasa dibulan Ramadhan dan hanya bersolat dibulan Ramadhan sahaja, itu adalah menipu Allah, dan sangat malang bagi mereka yang mengenal Allah hanya didalam bulan Ramadhan, maka tidak sah puasa mereka jika mereka tidak bersolat selain dari bulan Ramadhan, bahkan menjadikan mereka itu kafir iaitu kufur yang besar, walaupun mereka tidak menafikan Solat itu wajib, menurut pandangan ulama' yang lebih sahih" [Fatawa Al-Lajnah Al-Daa'imah - 10/140].

Waallhua'lam..

Dapat sesuatu? ALHAMDULILAH. Moga bermanfaat..Sekadar renungan kita bersama. Yang baik, kita ikut, yang tidak baik itu hindarilah seeloknya..

Sekian, Wassalam.. =)

Friday, 11 November 2016

NIKMAT SYURGA UNTUK WANITA SOLEHAH

Assalammualaikum w.b.t. & Salam Jumaat 11 Safar 1438h

Jika LELAKI SOLEH mendapat BIDADARI di Syurga, maka WANITA SOLEHAH mendapat apa di Syurga? Kita sering mendengar tentang lelaki mendapat bidadari di syurga, lalu wanita dapat apa?

Setiap manusia tentu mempunyai harapan terbaik tentang nantinya setelah ia mati, iaitu menginginkan tempat yang paling indah, mendapat kebahagiaan kekal dan kenikmatan yang tidak ada habisnya. Tentu manusia boleh berharap dan bertujuan seperti itu kerana memang syurga Allah SWT sangat indah dan itulah alasan mengapa manusia dalam hidupnya mengamalkan perbuatan baik dan beribadah dengan taat agar boleh mencapai syurga nantinya di hari akhirat. Lalu, kalau bidadari syurga adalah apa yang akan di perolehi oleh lelaki, yang menjadi pertanyaan adakah wanita akan mendapat juga kenikmatan tersebut?

Penyiksaan api neraka tentu menjadi hal yang dijauhi oleh manusia manapun kerana mereka tidak akan mahu terjerumus ke tempat itu, tapi sayang, kerana kebanyakan manusia hanya ingin masuk syurga dan berangan-angan tanpa benar-benar menjalankan ibadah dengan baik.

Beramal soleh pun tidak, malah menempuh jalan yang tidak sesuai dengan perintah Allah SWT sehingga pada akhirnya tujuan akhir adalah neraka. SYURGA bukan untuk orang-orang sembarangan, SYURGA adalah ganjaran bagi hamba-hamba Allah yang selama hidupnya beriman dan bertakwa di mana larangan Allah dijauhi dan segala perintah-Nya dipatuhi.

Perihal lelaki dapat bidadari di syurga dan apa yang akan di perolehi oleh wanita solehah?, Ramai sekali yang menanyakannya. Ketika seorang muslim yang beriman dan hidup benar di dunia, saat meninggal ia pun boleh masuk syurga yang berhiaskan sunga-sungai, beraneka jenis buah-buahan yang disukai,manusia, kebun yang cantik, istana yang terbina dari emas dan mutiara menujukkan kemewahan yang di mana di dalamnya ada permadani, bantal dan tempat tidur dari permata dan emas. Alam syurgalah yang paling indah dan tidak ada tempat yang dapat menandinginya.SUBHANALLAH

Terdapat banyak ayat-ayat al-Quran di jelaskan oleh Allah SWT bahawa di dalam syurga bakal ada bidadari-bidadari cantik yang menjadi isteri para kaum Adam yang diciptakan oleh Allah SWT secara langsung yang tidak pernah di sentuh oeh manusia dan jin.

Mereka adalah yang dimuliakan dan di dalam syurga ada banyak kenikmatan yang boleh dinikmati di atas tahta kebesaran dan kepada mereka bakal diedarkan gelas yang sudah diisi khamar dari sungai yang mengalir. Warna khamar yang putih dan rasanya sedap. Di sisi mereka akan ada bidadari-bidadari yang memiliki mata jelita seolah mereka merupakan telur burung unta yang dengan baik tersimpan.ALLAHUAKBAR.

Disebutkan oleh Allah SWT bahawa nanti di syurga akan ada bidadari bermata jeli dengan rupa cantik sebagai ganjaran bagi orang-orang yang beriman supaya anak-anak Adam boleh dengan semangat beribadah kepada Allah dan hidup makin soleh di dunia meski penuh dugaan dan ujian.

Para wanita mendapatkan apa di syurga kelak? Wanita diciptakan dengan sifat pemalunya maka dengan begitu, kaum hawa tidaklah didorong oleh Allah SWT untuk beramal soleh dengan menyebutkan ganjaran yang akan membuat para wanita ini merasa malu ketika mendengar atau membacanya. Namun, bukan bererti para wanita solehah tidak akan mendapatkan ganjaran apapun. Bagi yang sudah berkahwin di dunia tapi si suami masuk neraka, atau wanita solehah yang tidak berkahwin maka kelak di syurga mereka akan mendapat pasangan laki-laki romantis, tampan dan perkasa , di pertemukan dengan lelaki bujang ahli syurga atau lelaki soleh ahli syurga yang mana isterinya ahli neraka.

Secantik-cantiknya bidadari di syurga, tetaplah lebih cantik para wanita solehah yang selama di dunia hidup dengan amal soleh, melakukan ketaatan dan ibadah yang dilakukan selama masih hidup di dunia. Jadi, lelaki mendapat bidadari di syurga, lalu wanita solehah akan di pertemukan dengan lelaki ahli syurga yang belum berkahwin atau lelaki ahli syurga yang masuk syurga tanpa isterinya kerana isterinya masuk neraka. Wallahu a’lam.

Dapat sesuatu? ALHAMDULILAH. Moga bermanfaat..Sekadar renungan bersama ^_^
Sekian, Wassalam.. =)

Thursday, 10 November 2016

SEKADAR RENUNGAN : CARILAH ALLAH DI SETIAP MARTABAT WUJUD

Assalammualaikum w.b.t.

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan:

“Wahai para pecinta! Wahai para pencari! 
Waspadalah, jangan sampai kalian kehilangan 
Rabb Yang Maha Benar, 
sebab jika kalian kehilangan Dia, 
bererti kalian telah kehilangan segala-galanya..''

Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Agung mewahyukan kepada Nabi ʽIsâ a.s : “Wahai ʽIsâ, waspadalah, jangan sampai engkau kehilangan Aku, sebab jika engkau kehilangan Aku, bererti engkau telah kehilangan segala-galanya, tetapi jika engkau menjumpai Aku, bererti engkau telah menjumpai segala-galanya.”

Nabi Mûsâ a.s mengatakan kepada Tuhannya dalam munajatnya kepada-Nya: “Wahai Tuhanku, nasihatilah aku!” Maka Dia lalu menjawab: “Aku menasihatkan kepadamu agar bertawakal kepada-Ku dan mencari-Ku.”

Percakapan ini diulang empat kali, setiap kali dengan permintaan yang sama dari Mûsâ a.s dan jawapan yang sama pula dari Tuhannya. Allah tidak mengatakan kepadanya agar mencari dunia, ataupun mencari akhirat.

Seolah-olah Dia mengatakan kepadanya:

“Aku menasihatkan kepadamu agar 
taat kepada-Ku dan tidak membangkang kepada-Ku.”
“Aku menasihatkan kepadamu agar mencari kedekatan-Ku.”
“Aku menasihatkan kepadamu agar 
mengukuhkan keesaan-Ku (tauhîd) dan bekerja demi Aku.”
“Aku menasihatkan kepadamu agar berpaling dari segala sesuatu selain Aku.”


Dapat sesuatu? ALHAMDULILAH. Moga bermanfaat..Sekadar renungan bersama ^_^
Sekian, Wassalam.. =)

Wednesday, 9 November 2016

HOMEMADE MARIE COOKIES AND CAKE BY YM

Assalammualaikum w.b.t. & Salam 8 Safar 1438m

Tengok last entri Yaya..amboi..10 Oktober 2016. Hampir sebulan xde update apa apa lepas tu kan..huhu. Almaklumlah, sibuk sikit dengan kerja kat office, lepas tu nak online kat rumah pun tak dapat sebab takda WIFI @ BROADBAND etc. Yang ada cuma line internet telefon yang macam hareee =_= Memang tak dan la nak update semua. Terima kasih buat yang sudi singgah blog Yaya ni walau sekejap ^,^

Jangan lupa kalau singgah tu tinggalkanlah 'tapak' tu sekali ye supaya Yaya tau korang ada singgah, InsyaAllah Yaya akan singgah balik ^_^

Sebelum ni memang takda cerita menarik pun yang Yaya nak share tapi ada banyak INFO yang Yaya boleh share dengan korang tapi tu la masalahnya tersimpan je buat DRAF.Hahaha =p Hari ni dah ok sikit, ada masa nak update blog and of course ada INFO yang Yaya akan share tapi esok lusa ye. Yaya da SCHEDULE dah..haha bole x? >,< Hari ni Yaya nak UP PROJEK BARU Yaya..ngeeee =D

PROJEK KUIH. haha adei mesti korang bosan Yaya asyik dengan projek kuih je dari time raya yang lepas lagi..kan hehe Tapi ni bukan sebarangan kuih tau. Ni kuih HOMEMADE yang Yaya buat dengan tangan sendiri. Ingat senang ke den ni nak buat..perlu usaha yang KERASS tahu?!! haha Tapi kuih ni senang je nak buat pun. Yaya jual kat orang yang malas nak beli bahan dan membuatnya.. =p

Kalau korang rajin dan perasan sebelum ni dalam entri kat blog Yaya ni ada juga UP pasal Resepi BISKUT @ KEK BATIK. Bagi yang belum pernah baca, boleh klik kat link yang Yaya bagi kat bawah ni ye ^_^:


Mana yang follow Yaya kat FB dengan IG pun boleh dapat #ResepiBiskutBatik Yaya ni.. ^,^ Kalo nak lagi, nanti Yaya akan UP lagi #ResepiKuihBatik ni ye..haha dah kenapa nak update banyak kali resepi dia kan (^o^") ahaha sila abaikan (" =,=)

FYI, #HomeMadeMarieCookiesCakeByYM ni ada 2 PERISA. MILO dan KOKO. Apa beza MILO dan KOKO? Perisa MILO tu agak manis jika nak dibandingkan dengan perisa KOKO. Tapi boleh je nak adjust tahap kemanisan tu..ikut selera kome la.Lagi satu, warna nya juga berbeza. Perisa KOKO lebih gelap dari perisa MILO

Dan kalau ditanya apa mana satu BEST SELLER of course it's belong to 'ENCIK' KOKO.walaupun 'kulit'nya gelap tapi manis didalam mulut..haha xdela manis sangat dan tak pahit juga..takkan nak makan kuih yang rasa pahit lak kan..^o^ 

#HomeMadeMarieCookiesCakeByYM ni juga didatangi dengan 2 saiz dan harga berbeza. Sila lihat jadual dibawah ye anak-anak... ^o^

PERISA KOKO: 
BALANG/BEKAS KECIL (25++ biji) = RM10
BALANG/BEKAS BESAR (45++ biji) = RM15

PERISA MILO:
BALANG/BEKAS KECIL (25++ biji) = RM13
BALANG/BEKAS BESAR (45++ biji) = RM20

Yaya buat juga COD tapi ini khas untuk warga Malaysia Klang dan Shah Alam je la. FREE DELIVERY kalau dalam kawasan Yaya tau. Ewah,da macam hakak kawasan la pulak kan..haha =p Boleh tengok dalam jadual di bawah juga. Kalau takda dalam senarai akan dikenakan cas penghantaran.

Area Klang: Bukit Kuda, Kampung Kuantan, Padang Jawa, Kampung Jawa, Klang Parade, Bukit Raja (lama), Bandar Baru Klang
Area Shah Alam: Alam Avenue, Seksyen 7,16,17,18

Nota: 
1) Disebabkan #HomeMadeMarieCookiesCakeByYM ni Yaya hanya akan buat jika ada tempahan, perlu 1-2 hari masa (if tempahan tak banyak) jadi korang kalau nak order perlu inform awal ye. Tak mau esok nak hari ni baru order tau.Tapi contoh kalau nak order hari ni pun perlu beritahu awal pagi ok. Contohnya la. 

2) Tempahan perlu disertakan dengan dengan 50% deposit coz Yaya tak suka nak berurusan dengan BACKOUT BUYER. Waste my time and money (more important =p) <--ini just untuk orang yang Yaya tidak kenal la, mana2 fren Yaya or yang kenal tak perlu depo (kalo korang xbayo den cari smpai lubang cacing..hahahaa just kid. ^o^)

3) Kesemua lokasi di atas hanya dapat Yaya delivery hari Sabtu dan Ahad. Hari biasa pun boleh tapi malam sahaja. Tengok juga time Yaya masa tu ok or x. Maaf ye sebab Yaya tak dapat ikut time korang coz Yaya not fulltime buat #HomeMadeMarieCookiesCakeByYM ni huhu >,< Doakanlah Yaya bole buat fulltime ye ngeee..hahaha =p

Ok. Done. Rasanya ini je Yaya update pasal #HomeMadeMarieCookiesCakeByYM ni..ada lagi nanti Yaya akan update lagi..korang Follow la Yaya kat FB dengan IG ye.. ^_^ Semuga urusan kita semua dipermudahkan dan semakin dimurahkan rezeki kita bersama ye, Aminnn..


Sekian,Wassalam.. =)

Popular Posts