5 CARA YANG MENYEGARKAN UNTUK MEMBANTU ANDA MINUM LEBIH BANYAK AIR

Assalammualaikum w.b.t.           

Air boleh menjadi nutrien yang paling penting dalam kehidupan kita. Setiap sistem dalam badan kita bergantung kepada air dan fungsinya- untuk membuang sisa, untuk mengawal suhu badan, untuk pelincir sendi, dan bermacam-macam lagi.

Bukan sahaja air memainkan peranan penting dalam kesihatan am kita, ia juga merupakan komponen utama untuk mengurangkan dan mengekalkan berat badan. Wahhhh!! Did You Know That??!

Ramai yang berpendapat banyak lagi air minuman yang lebih menarik di pasaran untuk diminum di Malaysia( Pepsi, Cola, 100 Plus, Air mangga, tembikai, Teh tarik dll). Tetapi, dengan semua daya tarikan seperti fizz, warna, pemanis, datanglah kalori. Ada penyelesaian bagi mereka yang nak minum air yang berperisa.^_^


Menambah Infusion Flavor
Air berperisa yang mempunyai buah dan / atau rasa herba diselitkan ke dalamnya. Kebanyakan air berperisa ada di antara 10 dan 20 kalori setiap hidangan dan minum dengan benar2 sejuk akan membantu anda untuk membakar kalori. (Badan anda menggunakan kalori untuk memanaskan air sejuk itu.) 

Cara untuk membuat:
1.Bahan- bahannya: Bekas air, buah-buahan dan / atau herba dan air. Anda boleh menggunakan mineral atau air yang ditapis.
2. penuhkan bekas anda dengan air sejuk.
3. Potong buah-buah yang dipilih dan herba ke size kecil- ini berbeza-beza bergantung kepada saiz bekas dan pelbagai buah-buahan yang anda gunakan. Untuk rasa yang sedikit gunakan sedikit sahaja buah, untuk rasa yang lebih mantap gunakan banyak.
4. Letakkan potongan kepingan buah ke dalam bekas. Goncang sedikit, sejukkan selama satu jam sehingga semalaman supaya rasa boleh menyerap kedalam air.
5. Enjoy!

* Berminat dengan STEVIA? Boleh klik SINI *

**Tambahan++ : bagi pengguna STEVIA macam Yaya ni boleh letakkan 1 titik terus ke dalam air (di cara no.4) kemudian, baru goncang sedikit air tu.

Antara kegemaran ramai adalah:


Tembikai dan Mint
Nanas dan Mangga
Tembikai susu dan tembikai
Papaya, Mango dan Mint
Oren dan nanas
Timun dan Lime
Lemon dan Blueberry
Strawberry dan Mint

Dapat sesuatu...? Alhamdulillah..Moga bermanfaat. Sama-samalah kita amalkan ye.
Sekian,Wassalam..=D

Post a Comment

21 Comments

  1. Azwar suka minum air lemon, tapi takboleh selalu minum katanya tak bagus sangat. heheeh

    ReplyDelete
  2. teringin nak cuba tapi mls nak buat.ahahah..ada sesiapa sudi buatkan?

    ReplyDelete
  3. just leh telan air +lemon ja. hat len kurang skt.

    ReplyDelete
  4. hari2 minum air kosong.. skrg xminum rsa pelik hahaha

    ReplyDelete
  5. penah buat tp perut x leh tahannnnn

    ReplyDelete
  6. pls support

    https://www.youtube.com/watch?v=yE9yAMpggWc

    ReplyDelete