Thursday, 25 August 2016

Wednesday, 24 August 2016

SEGMEN BLOGLIST AZHAFIZAH.COM SEP & OCT 2016

Assalammualaikum w.b.t.

Segmen bloglist Azhafizah.com Sep & Oct 2016 kembali untuk lagi untuk menggantikan bloglist bulan Julai & Ogos. Bagi yang tak sempat sertai bulan Jun hari tu, boleh cuba sertai bulan Ogos ni. Kalau sudi, berminat dan nak memeriahkan segmen ni jemputlah sertai ramai-ramai ye. Segmen simple je. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

KLIK BANNER UNTUK SERTAI SEGMEN

TAMAT : 29 OGOS 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Sep & Oct 2016
2. Copy coding yang disediakan dan paste di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Sep & Oct 2016

Terima kasih atas sokongan semua ^__^
Read more: http://www.azhafizah.com/2016/08/segmen-bloglist-azhafizahcom-sep-oct.html#ixzz4I8dJUCpl

Tuesday, 23 August 2016

SEGMEN 12 JAM BLOGLIST #22 MIALIANA.COM

Assalammualaikum w.b.t.


Pencarian bloglist bagi bulan September dan Oktober 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Ogos 2016, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #22 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Ogos 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Monday, 22 August 2016

ALLAH DO AND GIFT THINGS..

Assalammualaikum w.b.t.
Salam Isnin. 19 Zulkaedah 1437
SUBHANALLAH. ALHAMDULILLAH. LAILAHAILLALLAH. ALLAHUAKBAR

Dapat sesuatu....?Alhamdulillah..
Sharing is Caring kannn ^o^

Saturday, 20 August 2016

CHECKLIST HARIAN UNTUK TURUN BERAT

Assalammualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. Dapat teruskan rutin mingguan di hari Sabtu pagi tadi dengan berjogging. Tapi cuma dapat buat 5.6KM je (biasa 8++KM) sebab nak kena rushing pergi mengajar anak kakak office Yaya tu. Yez! Dah jadi CIKGU TUISYEN tak bertauliah dah Yaya laa ni..hahaha. Tapi nasib mengajar budak 5 tahun je..so not too hard la. Yaya ni bukan pandai benau pon. Setakat ABC, 123 ok la..^o^ Ok. Dah. Sambung balik ikut TAJUK ENTRI ni..hehe

Hari ni Yaya nak share tentang KESIHATAN atau lebih kepada CARA UNTUK MENDAPAT & MENGEKALKAN BERAT BADAN yang sihat @ ideal. Checklist ni bertujuan nak memudahkan dan membantu anda untuk pastikan anda punya progres nak kurus tu sentiasa berada di landasan yang betul. Mari membaca....hehe

1. Pastikan Anda Mengambil Sarapan Yang Betul


Sarapan sememangnya satu hidangan yang sangat penting. Salah satu sebab ialah ianya menentukan tabiat pemakanan kita sepanjang hari. Kalau kita boleh jaga apa yang kita makan masa sarapan, memang senang sangat nak turun berat. 

2. Rancang Pemakanan Anda Setiap Hari

Kadang-kadang nak dapatkan pemakanan yang sihat dan baik memang mencabar, sebab tu kalau kita dah rancang siap-siap, boleh jimatkan masa dan pastikan kita akan sentiasa ikut pelan nak kurus tu. Bungkuskan siap-siap makanan sihat untuk lunch dari rumah atau kalau nak lagi best dan jimatkan masa kita boleh dapatkan servis makanan sihat dari ezdiet atau foodforabs atau dahmakan.

3. Elakkan Makanan Bergoreng & Minuman Manis


Apabila makanan digoreng dalam minyak secara menyeluruh, ianya bertindak macam span yang menyerap minyak dan lemak dalam kadar yang sangat tinggi. Memang kalori sangat tinggi dan buatkan kita sangat susah nak turun berat.

Sama juga untuk air, air manis ni bukan je meningkatkan pengambilan kalori, air manis ni pon tak berapa elok untuk kesihatan jangka panjang kita. Banyak sangat kelebihan minum air kosong, siap menjimatkan duit lagi.

4. Cukupkan Minum Air Kosong Sekurangnya 3 Liter 

Air kosong bertindak macam minyak petrol kepada fungsi pembakaran dalam badan kita. Lagi kerap kita minum air kosong, membuatkan proses pembakaran sentiasa berjalan pada tahap yang optimum so badan kita dapat membakar simpanan-simpanan lemak dalam badan kita dengan lebih baik. 

Oh ye,hari tu Yaya ada terbaca kat satu artikel ni macamana nak tahu berapa banyak liter air yang kita perlu minum dalam sehari mengikut berat badan kita. Tak semua orang sama pengambilan airnya,ok. Cara pengiraannya: BERAT ANDA (KG) / 25 = ? Akan dapatlah jumlah liter air yang diperlu dalam badan korang tu. Macam Yaya, perlu minum sekurangnya 2.8liter sehari..huhu..Rasanya paling bnyk Yaya bole minum pun 1.5liter je.. =p

5. Berhenti Makan Apabila Sudah 80% Kenyang


Badan kita mengambil masa untuk hantar signal kepada otak, untuk bagitahu yang kita dah kenyang dan cukup makan. Sebab tu jangan makan dengan terlalu laju dan berhenti bila dah rasa macam 80% kenyang so kita dapat elakkan dari terlebih makan. 

6. Tidur Yang Mencukupi

Bila kita kurang tidur, buatkan kita rasa kurang bertenaga dan susah nak fokus. Tidur pada awal malam jugak boleh elakkan kita dari rasa lapar sebelum tidur. Seeloknya dapatkan tidur 8 jam setiap hari untuk pastikan badan kita sentiasa berada pada tahap yang optimum.

Ok. Itu sahaja 6 checklist yang Yaya dapat kongsikan dengan korang. Pastikan korang yang tengah nak jaga pemakanan ni, ikut, buat setiap hari tau. Yang penting, kawal portion makanan yang diambil. 

Jom, kita sama-sama jaga pemakanan kita untuk dapatkan berat badan yang ideal. Anyway, FYI, Yaya tengah nak buat semula rutin yang dah lama tinggal...huhu >,< Apa korang agak..? Boleh baca entri lama Yaya ni --> Xtahulah dapat kembalikan berat Yaya yang dulu or x..sama-sama usaha ok! hiks! ^o^

Wednesday, 17 August 2016

GIVEAWAY CASH RM100 BY SHIRA LOKMAN

Assalamualaikum
hye semua ^_^ 

*sticky post*

Jom join Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman !

Syarat :

1. Follow blog atau google +


2. Follow instagram *jika ada 

3. Follow twitter *jika ada


4. Like sahaja fanpage 
Cara mudah :

1. Follow SEMUA syarat.
2. Buat entry bertajuk "Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman !"
3. Letak banner dekat entry. 
4. Backlink kan ke sini.
5. Publish!
6. Tinggalkan link entry giveaway anda di ruangan komen entry ini sahaja.


Special untuk anda?

Wang tunai RM30 x1 
Wang tunai RM20 x1 
Tapak Iklan free selama sebulan x1 
Topup RM5 x1 
[SyiraLokman]


(TOP REFERRAL)
 Wang tunai RM50 x1 
[nurfuzie] 


Pemilihan pemenang : pemilihan 100% secara random oleh Syira sendiri (penganjur) :)

jom ramai2 memeriahkan Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman !  ^_^
InsyaAllah lepas ni mungkin ramai akan follow anda juga :)
Bersama merapatkan ukhwah ^_^


Mula : 1 Ogos 2016 
Tamat : 21 Ogos 2016

p/s ; kalau nak join jangan komen kat entri Yaya tau.. Tapi entri Cik Syira ni..hikhik =p

Thursday, 4 August 2016

MELALUI PENULISAN...

Assalammualaikum wbt.

Sungguh tidak ku sangka. 
Ada juga mengenali diriku ini. Hanya melalui penulisan. 
Ku mampu ungkapkan. Bait bait kata dalam contengan saja. 
Ada yang kata ianya PEMBERI SEMANGAT
Namun tak lebih dari SEKADAR CONTENGAN
Aku cuba buatkan contenganku memperluaskan DAKWAH. 
Wujud sebuah kata-kata indah. Dari hati terus pada penulisan. 
Ada yang memahami jiwa seseorang. Melalui membaca penulisan. 
Hebat sungguh ciptaan MAHA ESA. Ku mampu sebarkan sedikit ilmu. 
Ilmu ALLAH yang harus ku sebarkan. Hanya MAHA ESA menilai kebaikanku. 
Sebar dakwah melalui contengan. Memperluaskan medan dakwah. 
Menceritakan pelbagai kisah. Kisah yang dapat memberi pengajaran. 
Memberi teladan buat manusia lain. 
Ada yang menerima dengan PEMIKIRAN JERNIH
Ada yang tak terima TERASA TANPA KATA...

Wassalam...
#copypaste
#TheTarbiyyah
#deepfromthishearttoo
#salam1Zulkaedah

Tuesday, 2 August 2016

CARA MENEGUR SESEORANG

Assalammualaikum wbt.


Tidak kira kita ni berada pada tahap yang mana, muda atau tua, miskin atau kaya, pengurus atau pekerja bawahan, semua orang perlu ada sikap toleransi yang baik. Perlu ada adab dalam berkata-kata. Lebih-lebih lagi jika memberi teguran mahupun nasihat pada orang lain. Tidak kira siapa benar atau salah, jika ingin menegur, biarla kena dengan caranya, jangan sampai memalukan, jangan sampai mengaibkan seseorang itu. Jika ingin menjadikan pengajaran pada orang lain pun, biarla kena dengan cara. Bercakap dengan nada yang baik, yang rendah tapi tegas dan penuh hikmah. Jangan sampai orang membenci dan tidak suka dengan cara kita. Memberi teguran pada orang yang punya bermacam jenis sikap, perlu berbagai cara juga. Disinilah kita perlu banyak membaca, banyak merujuk pada yang pakar, yang lebih berpengalaman untuk bagaimana cara menangani sikap sesetengah orang yang mungkin agak sensitif jika diberi teguran walaupun dengan cara yang baik. 

Apapun, dalam masa yang sama, diri kita tidak terkecuali. Cuba bersikap lebih terbuka, lebih positif jika ada orang lain memberikan teguran atau nasihat, ye, mungkin kita dipihak yang betul, yang benar, tapi tidak semua orang memahami situasi kita. Ambil saja teguran atau nasihat yang diberikan sebagai sesuatu yang positif. Bila ditegur,lebih baik, kita DIAM, BERTENANG dan SENYUM. InsyaAllah, semua perkara dapat diterima dan diselesaikan dengan baik.Dan paling penting, tidak ada orang yang akan terluka perasaannya.

Ingat ye! BE POSITIVE and OPEN MINDED!

Sama-sama kita amalkan dan sentiasa muhasabah diri sendiri.
Sekian,Wassalam =)

Popular Posts