Tuesday, 2 August 2016

CARA MENEGUR SESEORANG

Assalammualaikum wbt.


Tidak kira kita ni berada pada tahap yang mana, muda atau tua, miskin atau kaya, pengurus atau pekerja bawahan, semua orang perlu ada sikap toleransi yang baik. Perlu ada adab dalam berkata-kata. Lebih-lebih lagi jika memberi teguran mahupun nasihat pada orang lain. Tidak kira siapa benar atau salah, jika ingin menegur, biarla kena dengan caranya, jangan sampai memalukan, jangan sampai mengaibkan seseorang itu. Jika ingin menjadikan pengajaran pada orang lain pun, biarla kena dengan cara. Bercakap dengan nada yang baik, yang rendah tapi tegas dan penuh hikmah. Jangan sampai orang membenci dan tidak suka dengan cara kita. Memberi teguran pada orang yang punya bermacam jenis sikap, perlu berbagai cara juga. Disinilah kita perlu banyak membaca, banyak merujuk pada yang pakar, yang lebih berpengalaman untuk bagaimana cara menangani sikap sesetengah orang yang mungkin agak sensitif jika diberi teguran walaupun dengan cara yang baik. 

Apapun, dalam masa yang sama, diri kita tidak terkecuali. Cuba bersikap lebih terbuka, lebih positif jika ada orang lain memberikan teguran atau nasihat, ye, mungkin kita dipihak yang betul, yang benar, tapi tidak semua orang memahami situasi kita. Ambil saja teguran atau nasihat yang diberikan sebagai sesuatu yang positif. Bila ditegur,lebih baik, kita DIAM, BERTENANG dan SENYUM. InsyaAllah, semua perkara dapat diterima dan diselesaikan dengan baik.Dan paling penting, tidak ada orang yang akan terluka perasaannya.

Ingat ye! BE POSITIVE and OPEN MINDED!

Sama-sama kita amalkan dan sentiasa muhasabah diri sendiri.
Sekian,Wassalam =)

7 comments:

  1. keren Kak, kadang seseorang menolak kebenaran bukan karena ia enggan, namun karena cara kita yang salah :)

    Salam kenal yaa, follow back hehe

    ReplyDelete
  2. Cara menegur bagi saya biarlah berhemah, tak menyakitkan hati agar orang tu boleh amik teguran tu & berubah, sikit2 pun xpelah :)

    ReplyDelete
  3. yup..kita boleh menegur..org yg positif akan menerima teguran dgn hati lapang

    ReplyDelete

Popular Posts

BLOGLIST SEPTEMBER 2016