CHECKLIST HARIAN UNTUK TURUN BERAT

Assalammualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. Dapat teruskan rutin mingguan di hari Sabtu pagi tadi dengan berjogging. Tapi cuma dapat buat 5.6KM je (biasa 8++KM) sebab nak kena rushing pergi mengajar anak kakak office Yaya tu. Yez! Dah jadi CIKGU TUISYEN tak bertauliah dah Yaya laa ni..hahaha. Tapi nasib mengajar budak 5 tahun je..so not too hard la. Yaya ni bukan pandai benau pon. Setakat ABC, 123 ok la..^o^ Ok. Dah. Sambung balik ikut TAJUK ENTRI ni..hehe

Hari ni Yaya nak share tentang KESIHATAN atau lebih kepada CARA UNTUK MENDAPAT & MENGEKALKAN BERAT BADAN yang sihat @ ideal. Checklist ni bertujuan nak memudahkan dan membantu anda untuk pastikan anda punya progres nak kurus tu sentiasa berada di landasan yang betul. Mari membaca....hehe

1. Pastikan Anda Mengambil Sarapan Yang Betul


Sarapan sememangnya satu hidangan yang sangat penting. Salah satu sebab ialah ianya menentukan tabiat pemakanan kita sepanjang hari. Kalau kita boleh jaga apa yang kita makan masa sarapan, memang senang sangat nak turun berat. 

2. Rancang Pemakanan Anda Setiap Hari

Kadang-kadang nak dapatkan pemakanan yang sihat dan baik memang mencabar, sebab tu kalau kita dah rancang siap-siap, boleh jimatkan masa dan pastikan kita akan sentiasa ikut pelan nak kurus tu. Bungkuskan siap-siap makanan sihat untuk lunch dari rumah atau kalau nak lagi best dan jimatkan masa kita boleh dapatkan servis makanan sihat dari ezdiet atau foodforabs atau dahmakan.

3. Elakkan Makanan Bergoreng & Minuman Manis


Apabila makanan digoreng dalam minyak secara menyeluruh, ianya bertindak macam span yang menyerap minyak dan lemak dalam kadar yang sangat tinggi. Memang kalori sangat tinggi dan buatkan kita sangat susah nak turun berat.

Sama juga untuk air, air manis ni bukan je meningkatkan pengambilan kalori, air manis ni pon tak berapa elok untuk kesihatan jangka panjang kita. Banyak sangat kelebihan minum air kosong, siap menjimatkan duit lagi.

4. Cukupkan Minum Air Kosong Sekurangnya 3 Liter 

Air kosong bertindak macam minyak petrol kepada fungsi pembakaran dalam badan kita. Lagi kerap kita minum air kosong, membuatkan proses pembakaran sentiasa berjalan pada tahap yang optimum so badan kita dapat membakar simpanan-simpanan lemak dalam badan kita dengan lebih baik. 

Oh ye,hari tu Yaya ada terbaca kat satu artikel ni macamana nak tahu berapa banyak liter air yang kita perlu minum dalam sehari mengikut berat badan kita. Tak semua orang sama pengambilan airnya,ok. Cara pengiraannya: BERAT ANDA (KG) / 25 = ? Akan dapatlah jumlah liter air yang diperlu dalam badan korang tu. Macam Yaya, perlu minum sekurangnya 2.8liter sehari..huhu..Rasanya paling bnyk Yaya bole minum pun 1.5liter je.. =p

5. Berhenti Makan Apabila Sudah 80% Kenyang


Badan kita mengambil masa untuk hantar signal kepada otak, untuk bagitahu yang kita dah kenyang dan cukup makan. Sebab tu jangan makan dengan terlalu laju dan berhenti bila dah rasa macam 80% kenyang so kita dapat elakkan dari terlebih makan. 

6. Tidur Yang Mencukupi

Bila kita kurang tidur, buatkan kita rasa kurang bertenaga dan susah nak fokus. Tidur pada awal malam jugak boleh elakkan kita dari rasa lapar sebelum tidur. Seeloknya dapatkan tidur 8 jam setiap hari untuk pastikan badan kita sentiasa berada pada tahap yang optimum.

Ok. Itu sahaja 6 checklist yang Yaya dapat kongsikan dengan korang. Pastikan korang yang tengah nak jaga pemakanan ni, ikut, buat setiap hari tau. Yang penting, kawal portion makanan yang diambil. 

Jom, kita sama-sama jaga pemakanan kita untuk dapatkan berat badan yang ideal. Anyway, FYI, Yaya tengah nak buat semula rutin yang dah lama tinggal...huhu >,< Apa korang agak..? Boleh baca entri lama Yaya ni --> Xtahulah dapat kembalikan berat Yaya yang dulu or x..sama-sama usaha ok! hiks! ^o^

Post a Comment

12 Comments

  1. Yg no 4 tu mmg dugaan utk sy :(

    ReplyDelete
  2. wahhh..sharing terbaik ni..sis irda ni baru balik jalan dari tasik titiwangsa andnow di library,usha blog jap..nak kurus cam yaya juga lah..:)nice to know u dear.follow your site..

    ReplyDelete
  3. Bab tido tu rsa nya, dh ada ank ni mcm x bpe nk tdo je. Siang pn x bpe blh tdo.. Erm...

    ReplyDelete
  4. good sharing yaya tp kan no 6 tu kekadang xdpt nk cukup huhu

    ReplyDelete