Friday, 25 September 2015

HARI TASYRIQ

Assalammualaikum w.b.t.

Hari ni hari 11 Zulhijjah..jangan memandai korang nak pose tau..rajin plak tetibe..haha.. Ok sekadar perkongsian pada yang masih belum tahu atau mungkin macam Yaya..dah lupa tentang apa itu Hari Tasyriq..selepas 10 Zulhijjah..info memang agak panjang,tapi ini ILMU kan..jadi rajin2 la membaca ye.. =)

Hari Tasyriq’ adalah pada tarikh 11, 12, dan 13 Zulhijjah. Ada juga yang menyatakan, bahawa hari Tasyriq meliputi empat hari, hari Aidil Adha dan 3 hari selepas itu.

Abu Ubaid berkata: “Ada dua pendapat ulama tentang ajorit penamaan hari-hari tersebut dengan hari Tasyriq: Pertama, dinamakan hari Tasyriq kerana kaum muslimin pada hari itu menjemur daging korban untuk dibuat dendeng. Kedua, kerana kegiatan berkorban, tidak dilakukan, kecuali setelah terbit matahari.” (Lisanul Arab, 10:173).
Keutamaan Hari Tasyriq
Allah SWT berfirman yg bermaksud,
Ingatlah Allah di hari-hari yang terbilang.”
(QS. Al-Baqarah: 203)

Yang dimaksudkan dengan “hari-hari yang terbilang” adalah tiga hari selepas Aidil Adha, iaitu hari Tasyriq. Ini merupakan pendapat Ibnu Umar dan majoriti ulama. Sementara Ibnu Abbas dan Atha berpendapat bahawa “hari-hari yang terbilang” jumlahnya empat hari; Aidil Adha dan 3 hari selepas itu. (Lathaiful Ma’arif, Hal. 314).

Allah Ta’ala mengistimewakan Hari Tasyriq, dengan Allah SWT jadikan hari ini sebagai waktu istimewa untuk berzikir. Sehingga Allah perintahkan kaum muslimin untuk memperbanyak zikir di hari ini.

Dalam hadis dari Abdullah bin Qurth radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah SAW bersabda:
“Hari yang paling agung di sisi Allah adalah hari qurban (AidilAdha) kemudian hari al-qarr.”
(HR. Abu Daud 1765, Ibnu Khuzaimah 2866).
Yang dimaksudkan hari ‘Al-Qarr’ adalah tarikh 11 Zulhijah. Ini berdasarkan keterangan Ibnu Khuzaimah, bahawa Abu Bakar mengarahkan: “Hari ‘al-qarr’ adalah hari kedua setelah hari qurban”

Pendapat pertama adalah disepakati merupakan yang lebih ‘Adzhar’ (lebih kuat) bagi Ibn Umar, Al-Imam Al-Hafiz Ibnu Rajab dan kebanyakan para ulama. Sesungguhnya 3 hari tersebut adalah merupakan hari Tasyriq. Ini dijelaskan dalam sebuah hadis;
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda : 
“Hari-hari Mina adalah 3 (hari), sesiapa yang bersegera (meninggalkan Mina) pada 
hari yang kedua maka tidaklah berdosa dan sesiapa yang melambatkan (meninggalkan Mina) 
pada hari yang kedua maka tidaklah berdosa.”
(Hadis Imam Abu Daud, Tirmizi, Nasaie dan Ibnu Majah).

Amalan Pada Hari-Hari Tasyriq
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, La ilaha illah, Allahu Akbar Allahu Akbar wa lillahil hamd… 
Bersempena dengan Hari Raya Aidil Adha dan Hari-Hari Tasyriq, berikut dibawa amalan pada Hari-Hari Tasyriq moga boleh dipraktikkan agar meraih banyak manfaat.

Hari-hari Mina adalah hari-hari yang ditentukan sebagaimana firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Dan sebutlah kamu akan Allah (dengan takbir semasa mengerjakan Haji) Dalam beberapa hari Yang tertentu bilangannya…”
(Al-Baqarah 2: Ayat 203)
1. Hari-Hari Untuk Makan Dan Minum
Di Hari Tasyriq kita dilarang untuk berpuasa. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menyebutnya sebagai hari makan dan minum, serta banyak berzikir kepada Allah. Dari Nubaisyah al-Hudzali radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam bersabda:

“Hari Tasyriq adalah hari makan, minum, dan banyak mengingat Allah.”
(HR. Muslim, Ahmad, Abu Daud, Nasa’i).

Daripada Nubaisyah Al-Huzali bahawasanya, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda:
“Hari-hari (berhimpunnya jemaah haji) di Mina adalah hari-hari 
untuk makan dan minum dan berzikir.”   
(Imam Muslim r.a.)

Dan dalam riwayat Imam Ahmad bin Hanbal :  “Sesiapa yang berpuasa (pada Hari Tasyriq) maka hendaklah dia berbuka, kerana sesungguhnya hari tersebut adalah hari-hari untuk makan dan minum.” 

2. Mengingati Allah SWT
Allah Ta’ala memerintahkan supaya berzikir dan mengingatinya pada hari Ayyam Ma’dudat sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Sesungguhnya hari-hari tersebut adalah hari-hari untuk makan, minum dan berzikir.” 

Perihal mengingati Allah yang dituntut untuk dilakukan pada hari-hari Tasyriq adalah pelbagai antaranya:
* Mengingati Allah Ketika Solat Fardhu
Dituntut melakukan Takbir setiap selesai Solat Fardhu dengan bertakbir sehinggalah akhir hari Tasyriq sebagaimana yang dilakukan oleh para sahabat. Berdasarkan amalan Umar bin Khattab radhiyallahu ‘anhu, bahawa beliau dulu bertakbir setelah Solat Subuh pada tarikh 9 Zulhijjah sehingga setelah Zuhur pada tanggal 13 Zulhijjah. (Ibn Abi Syaibah dan al-Baihaqi dan sanadnya disahihkan al-Albani)

Demikian juga dari Ali bin Abi Talib radhiyallahu ‘anhu, bahawa beliau bertakbir setelah Solat Subuh pada tarikh 9 Zulhijjah sehingga Asar tanggal 13 Zulhijjah. Beliau juga bertakbir setelah Asar. (HR. Ibn Abi Syaibah dan al-Baihaqi. Al-Albani mengatakan: “Sahih dari Ali”).

* Mengingati Allah Ketika Menyembelih Korban
Mengingati Allah dengan membaca basmalah dan bertakbir ketika menyembelih binatang korban kerana waktu untuk sembelihan hady (bagi yang mengerjakan haji) dan udhiyah (bagi yang tidak mengerjakan haji) boleh dilaksanakan sepanjang hari-hari Tasyriq hingga hari Tasyriq berakhir. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Di setiap hari Tasyriq, boleh menyembelih.”
(HR. Ahmad, ibn Hibban, Ad-Daruquthni, dan yang lainnya)

Imam As-Syafie dan satu riwayat daripada Imam Ahmad berdasarkan hadis marfu’ (yang sanadnya sampai kepada Rasulullah); “Setiap hari-hari Mina adalah (hari) untuk sembelihan.”

* Mengingati Allah Ketika Makan Dan Minum
Mengingati Allah ketika makan dan minum. Sesungguhnya disyariatkan ketika makan dan minum untuk membaca basmalah pada permulaan dan mengucapkan hamdalah ketika pengakhiran kerana terdapat hadis daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam: “Sesungguhnya Allah meredhai ke atas hambaNya yang apabila selesai makan dan minum memujiNya (dengan mengucapkan hamdalah).” 

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Sesungguhnya Allah redha terhadap hamba yang makan sesuap makanan kemudian memuji Allah, atau minum seteguk air dan memuji Allah kerananya.”
(HR. Muslim 2734)

Dari Nubaisyah al-Hudzali radhiyallahu ‘anhu, pula bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Hari Tasyriq adalah hari makan, minum, dan banyak mengingat Allah.”
(HR. Muslim, Ahmad, Abu Daud, Nasa’i).

* Mengingati Allah Ketika Melontarkan Jamrah
Berzikir dengan bertakbir ketika melontarkan Jamrah (batu-batu) pada hari-hari Tasyriq. Dan ini dikhususkan pada yang mengerjakan ibadah haji.

* Mengingati Secara Mutlaq
Mengingat Allah dengan memperbanyakkan takbir secara mutlaq. Disunatkan  untuk memperbanyakkan berzikir pada hari-hari Tasyriq. Sesunguhnya Saidina Umar mengucapkan takbir di Mina di dalam kubahnya (khemah), orang ramai mendengarinya lalu turut mengucapkan takbir maka bergemalah Mina dengan takbir. (HR. Bukhari sebelum hadis no.970)

Doa Mengingati Allah SWT
Doa adalah seafdhal-afdhal zikir mengingati Allah SWT. Doa juga merupakan bentuk mengingat Allah yang sangat agung. Mengandungi pujian dan harapan manusia kepada Tuhannya. Sehingga, hari ini menjadi hari yang istimewa untuk memperbanyak doa.Dan ramai ulama menganjurkan untuk memperbanyak berdoa pada hari tersebut. Sebahagian ulama salaf menggalakkan membaca doa berikut:
Ikrimah (murid Ibn Abbas) berkata:
“Disunatkan untuk berdoa pada hari-hari Tasyriq.”
Doa ini antara doa yang terbaik dan diriwayatkan bahawasanya doa ini yang paling banyak nabi baca dan apabila nabi berdoa. Baginda akan turut serta membacakan doa ini kerana doa ini menghimpunkan 2 kebaikan di dunia dan akhirat. Al-Hasan berkata: “Kebaikan di dunia ialah ilmu dan ibadah, manakala kebaikan di akhirat ialah syurga.”  Dan kata Sufian pula: “Kebaikan di dunia ialah ilmu dan rezeki yang baik.” 

Sesungguhnya Ziyad Al-Jasshas meriwayatkan dari Abu Kinanah al-Qurasyi, bahawa beliau mendengar Abu Musa al-Asy’ari telah berkata di dalam khutbahnya pada hari Al-Nahr (Aidil Adha) :

“Selepas hari Al-Nahr (Aidil Adha) terdapat 3 hari yang Allah sebutkan 
sebagai Ayyam Ma’dudat (hari yang ditentukan/terbilang) yang tidak akan 
ditolak padanya doa, maka angkatlah keinginan kamu kepada Allah (dengan berdoa).”   

Sama-sama kita bermuhasabah, sentiasa mengingati Allah SWT pada setiap masa dan ketika, setiap pergerakan dan diam sepanjang hari Al-Nahr dan hari-hari Tasyriq sebagai bukti syukur pada Allah Ta’ala.

Adakah dengan menyambut Hari Raya Aidil Adha kali ini dapat meningkatkan lagi amal ibadah kita sebagai wasilah untuk mendekatkan diri kepadaNya.?

Semoga Allah SWT memudahkan kita untuk sentiasa istiqamah dalam menggapai ampunan-Nya dan moga Allah menerima segala pengorbanan yang diserahkan sebagai bukti manifestasi cinta pada Allah SWT dan RasulNya.

Sumber dari : https://shafiqolbu.wordpress.com/2012/10/27/amalan-pada-hari-hari-tasyriq/

Selamat beramal...
Sekian,Wassalam =)

Wednesday, 23 September 2015

SALAM AIDILADHA 1436H

Assalammualaikum w.b.t.


Genap hari ni 9 Zulhijjah 1436h bersamaan dengan 23 September2015..esok adalah hari raya yang kali ke-2 bagi seluruh umat Islam..untung kan..kita raya 2 kali..ngeee tapi Selangor cuti sehari je..huuuu xde nak wat entri panjang2 sangat..juz nak wish SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA @ HARI RAYA HAJI @ HARI RAYA QURBAN (banyak nama buleh...^,^) bagi yang melakukan ibadah qurban tu, semoga segala amal, niat baik dterima Allah SWT..amin.InsyaAllah.. ^_^
For sharing.... =>

*Klik untuk tumbesaran*



*Sumber gambar: fb ikim.fm* ^_^

Siapa puasa hari ni angkat tangan, nak tengok sikit? hhee...Alhamdulillah...yang berpuasa atau yang xdapat berpuasa pun, sentiasa basahkan lidah anda dengan Zikrullah ye..mudah2an segala amal ibadah kita seharian diterima Allah SWT. InsyaAllah..amin ^_^
(repost entri =p)
Sekian, Wassalam =)

Saturday, 19 September 2015

SEKADAR RENUNGAN : SURAT CINTA TENTANG SOLAT

Assalammualaikum w.b.t.

~ Surat Cinta Tentang Solat ~

🌼Bila engkau anggap solat itu hanya sebagai kewajiban, maka kau akan terburu-buru mengerjakannya  & tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya.

🌼Anggaplah solat itu Pertemuan yg kau nanti dgn Tuhanmu.

🌼Anggaplah solat itu sebagai cara terbaik kau Bercerita dengan Allah.

🌼Anggaplah solat itu sebagai kondisi terbaik untuk kau berkeluh kesah dgn Allah SWT.

🌼Anggaplah solat itu sebagai seriusnya kau dlm bermimpi.

🌼Bayangkan ketika "Azan berkumandang," tangan Allah melambai kepadamu utk mengajak kau lebih dekat denganNya.

🌼Bayangkan ketika kau "Takbir," Allah melihatmu, Allah tersenyum untukmu dan Allah bangga terhadapmu.

🌼Bayangkanlah ketika "Rukuk," Allah menampung badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau merasakan damai dalam sentuhan-Nya.

🌼Bayangkan ketika "Sujud," Allah mengalas kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut di kedua telingamu: "Aku mencintaimu wahai hambaKu."

🌼Bayangkan ketika kau "Duduk di antara 2 sujud," Allah berdiri gagah di depanmu, lalu mengatakan: "Aku tak akan diam apabila org mengusikmu."

🌼Bayangkan ketika kau memberi "Salam," Allah menjawabnya, lalu kau jadi manusia berhati bersih.

Masya Allah.. sungguh nikmat solat yg kita lakukan. Tak akan sia2 org yg menyebarkannya. Maka sebarkan lah wahai teman2 ku. Allahuma, saksikan lah......

Renungan bersama..
Sekian,Wassalam...

Friday, 18 September 2015

SEKADAR RENUNGAN : HARGAI SELAGI MASIH ADA..

Assalammualaikum w.b.t.

SEORANG SUAMI MENGAJAK ISTERINYA MAKAN SEPERTI BIASA.

"JOM SAYANG KITA PERGI MAKAN KAT SATU TEMPAT TU, SEDAP SANGAT MAKANANNYA DAN TEMPAT YANG SANGAT ISTIMEWA PULA."

ISTERINYA PADA MULANYA DIAM DAN TIBA-TIBA BERKATA:

"SAYA SEBENARNYA LEBIH RELA ABANG AJAK SEORANG WANITA LAIN UNTUK MAKAN ISTIMEWA DENGAN ABANG..""

SUAMINYA TERKEJUT DAN BERTANYA SIAPA WANITA TERSEBUT. ISTERINYA MENJAWAB, "AJAKLAH MAK ABANG."

"ABANG DAH TERLALU LAMA TAK MELUANGKAN MASA BERBUAL DAN MAKAN DENGAN MAK ABANG."
"SAYA SUDAH SELALU ABANG LAYAN SETIAP HARI TAK PERNAH TERLUPA..ABANG PERGILAH LAYAN MAK ABANG PULA."

SUAMINYA TERKEJUT BERCAMPUR SEDIH DAN AMAT TERHARU. DIA TELEFON IBUNYA DAN MENGAJAK IBUNYA. IBUNYA TERKEJUT TAPI SANGAT GEMBIRA. IBUNYA INGINKAN KEPASTIAN APAKAH BENAR HANYA MEREKA BERDUA SAHAJA..SI ANAK MENGIAKAN.

DIA PUN MEMBAWA IBUNYA MAKAN  BERSAMA-SAMA DI TEMPAT ROMANTIK DAN ISTIMEWA ITU. MEREKA BERBUAL PANJANG. IBUNYA TERSENYUM PUAS DAN SANGAT GEMBIRA DAPAT MAKAN SERTA BERCAKAP-CAKAP PANJANG DENGAN ANAKNYA..

SI ANAK BERTANYA PADA IBUNYA. "OK KE MAK?"
"MAK SERONOK KE?"

JAWABNYA IBUNYA, "YA ANAKKU.SUSAH-SUSAH BAWA MAK KE SINI. SERONOK DAPAT BERCAKAP-CAKAP DENGAN KAMU."

"NANTI SAYA BAWA MAK LAGI YA?”

JAWAB IBUNYA, "NANTI MAK PULA YANG AKAN BELANJA DAN AJAK KAMU KE SINI..

SETELAH ITU MEREKA PUN PULANG. SI ANAK TERLALU SIBUK DENGAN KERJAYANYA. SIBUK DENGAN ISTERI DAN ANAK-ANAK SETIAP HARI..TIDAK SEMPAT LUANGKAN MASA UNTUK MENELEFON  IBUNYA YANG KESEORANGAN.

JUMPA JARANG-JARANG SEKALI. SATU HARI DALAM KESIBUKAN DIA TERKEJUT MENDENGAR IBUNYA SAKIT. DIA KELAM KABUT MENINGGALKAN KERJA KERANA DIA MASIH SAYANG IBUNYA. APABILA SAMPAI DI HOSPITAL IBUNYA TELAH MENINGGAL DUNIA.

DIA SANGAT SEDIH DAN MENYESAL KERANA MENGABAIKAN IBUNYA. TIDAK BERAPA LAMA KEMUDIAN, DIA MENDAPAT KAD DARI TEMPAT MAKAN ISTIMEWA ITU. TEMPAT MAKAN  UNTUK DIA DAN ISTERINYA SUDAH DIBAYAR...

MEREKA PUN MAKAN. MASA MAKAN DIA DAPAT SEKEPING NOTA DARIPADA ORANG YANG MENEMPAH TEMPAT ITU. RUPA-RUPANYA TEMPAHAN DIBUAT OLEH ARWAH  IBUNYA. 

KATA IBUNYA, "TERIMA KASIH GEMBIRAKAN MAK, WALAUPUN HANYA SEKALI LUANGKAN MASA KAT MAK". MAK NAK BALAS DAN TUNAIKAN JANJI MAK. MAK DAH TEMPAH KHAS BUAT KAMU DAN ISTERI KAMU. SELAMAT BERGEMBIRA WAHAI ANAKKU."

LELAKI TADI DAN ISTERINYA MENANGIS TERESAK-ESAK. ITULAH MAK.....

YA ALLAH, TIDAK TERBAYAR PENGORBANAN MAK. TAK PERLU LAYAN MAK TIAP-TIAP HARI SEBAB KITA SANGAT-SANGAT SIBUK DENGAN KEHIDUPAN. TAPI SEKURANG-KURANGNYA BUATLAH SESUATU DAN GEMBIRAKAN HATI MAK, SEBELUM MAK PERGI....
MALAM HARI BERDOA DAN MENANGISLAH PADA ALLAH MOHON KEBAIKAN BUAT MAK...KADANG-KADANG ADA ORANG BERASA HEBAT BARU KHIDMAT SIKIT KAT MAK. BARU BAGI SEDIKIT SUMBANGAN KAT MAK, DAH RASA MEMADAI .SEBENARNYA KITA BELUM BUAT BAIK KAT MAK....

KITA CUMA BARU NAK BALAS JASA MAK...ITU PUN TAK TERBALAS SAMPAI BILA2.

MAK TUMPANGKAN KITA DALAM PERUT DIA SELAMA 9 BULAN
MAK BERSABUNG NYAWA NAK BAGI KITA LIHAT DUNIA NI NAK BAGI KITA PERGI TADIKA
NAK BAGI KITA PERGI KE SEKOLAH RENDAH
NAK BAGI KITA PERGI KE SEKOLAH MENENGAH
NAK BAGI KITA BELAJAR DI UNIVERSITI
NAK BAGI KITA BEKERJA
NAK BAGI KITA BERKAHWIN
NAK BAGI KITA ADA ANAK
BUKAN NAK BAGI LUPAKAN DIA..... 

MAK MANDIKAN KITA DARI BARU LAHIR SEHINGGA 6 TAHUN. MAK TUKARKAN PAMPERS ATAU LAMPIN DARI BARU LAHIR SEHINGGA 3 TAHUN.
MAK MENYUSU SEHINGGA 2 TAHUN
MAK SUAP MAKAN SEHINGGA UMUR 3 TAHUN
MAK SIAPKAN MAKAN MINUM PALING KURANG 17 TAHUN.
MAK BASUH BAJU DAN SETERIKA  BAJU KITA SELAMA 17 TAHUN.
MAK DUKUNG 3 TAHUN.
MAK CUCI NAJIS 5 TAHUN.

MAK BERDOA BUAT KITA SELAGI MAK BERNYAWA. MAK SAYANG KITA SAMPAI KE AKHIRAT....TIADA KESUDAHAN....KITA PULA SAYANG MAK, MACAMANA YA..?????

JADILAH ANAK SOLEH/SOLEHAH WAHAI ANAK-ANAK YANG MASIH ADA MAK. INI BUKAN PILIHAN.

TAPI PERINTAH ALLAH SWT PERINTAH RASULULLAH SAW YANG WAJIB DAN TERAMAT BESAR TUNTUTANNYA.

HARGAILAH MAK KITA..SAYANGILAH MAK. MINTA MAAF KAT MAK. BUAT BAIK KAT MAK....CAKAP ELOK2 DENGAN MAK. JAGALAH HATI MAK....KUNJUNGILAH MAK ....BERBUALLAH DENGAN MAK. HUBUNGILAH MAK WALAU SIBUK MACAMANA SEKALIPUN👵





Terkesan sungguh hati ni bila membaca.....sudah kah kita gembirakan Mak kita....jika belum, buatlah...

Sekadar pedoman buat kita semua,tidak kira anda seorang ISTERI, SUAMI lebih-lebih lagi jika anda seorang ANAK...😭😭😭😭😭

Sekian,Wassaalm...

Tuesday, 15 September 2015

PILIH KAWAN

Assalammualaikum w.b.t.

Dalam bersahabat atau berkawan ni memang tidak patut kita memilih kawan.. Namun,tak dinafikan, memang sehingga sekarang masih ramai dari kita yang memilih kawan..nak kawan yang boleh memberi banyak manfaat, yang kaya/berharta, yang cantik/hensem, yang popular je kalau ada kawan yang kurang berharta, kurang rupa xnak dah kawan..
Kalau bagi Yaya, lebih pentingkan kualiti pada satu2 sahabat/kawan tu. Kualiti bermaksud, lebih kurang macam input la,apa yang ada pada kawan tu, kalau dia punya lebih ilmu dari kita, kita jangan segan silu untuk bertanya lebih pada dia, dan kawan tu pula,jika dia seorang kawan/sahabat yang baik, pasti dia tidak akan keberatan untuk berkongsi ilmu dengan kita, 


Atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas ni la, kita diGALAKKAN untuk memilih kawan..tapi adalah lebih baik juga jika nak pilih kawan pon,seeloknya sesama kaum la (jantina)..itu lebih baik untuk mengelakkan fitnah. Almaklumlah, kita di hujung hari dunia..hanya menunggu masa...~~

Renung2kan..
Sekian,Wassalam =)

Tuesday, 8 September 2015

REPUBLISHED ENTRY : DHUHA...

Assalammualaikum w.b.t.

KELEBIHAN SOLAT DHUHA

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha.
Waktu untuk melakukan solat Dhuha ni biasanya dari pukul 8pagi sampai pukul 12 tengahari hingga pukul 1 atau dari matahari naik sepenggalah dan sampai waktu tengahari tergelincir iaitu sebelum masuk waktu Zohor.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”
Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : 
” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikannya sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani )

Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi, lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : 
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: 
“Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Sama2 kita amalkan Solat Dhuha ni semampu kita. Faham. Pagi2 semua orang akan sibuk bersiap pergi kerja, kelas, tapi sekurang2nya kita berusaha untuk mencari sedikit masa lakukan solat Dhuha ni. Bukan lama pun kan, dalam 10minit siap dah. Memang Yaya xnafikan kelebihannya, semoga kita semua sentiasa dilimpahkan nikmat kurnia dari-Nya ..

Doa lepas selesai solat Dhuha..

Sekian,Wassalam =)

Popular Posts