Thursday, 24 April 2014

RENUNGAN: KUATKAN IMAN!

Assalammualaikum w.b.t.

Setiap hari, setiap masa berusaha untuk menguatkan iman..pelbagai amalan diamalkan, solat awal waktu, solat sunat, berpuasa, membaca Al-Quran, sentiasa berusaha juga untuk berzikir dan berselawat samada secara lisan mahupun didalam hati. Juga menjaga lidah@mulut dari banyak berkata-kata mengenai perkara-perkara yang tidak berfaedah@ yang tidak memberi manfaat pada orang lain, menjaga pandangan agar tidak memandang perkara-perkara yang diharamkan, dan lain-lain amalan yang wajib mahupun sunat dilakukan tetapi adakalanya IMAN yang ada didalam diri tetap ada masanya naik dan ada masa juga turun. Kadangkala menjadi kuat dan kadangkala menjadi lemah. ALLAHUAKBAR! Kerana itu Rasulullah saw mengajarkan kepada kita sebuah doa agar Allah SWT menetapkan hati kita dalam ketaatan.



 “Ya Allah Yang membolak-balikan hati-hati manusia, balikanlah hati kami untuk taat kepada-Mu.” 
amin...
(Muslim no. 2654)
Antara cara menguatkan IMAN:
1. Perbanyakkan membaca Al-Quran
"Dan Kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang menjadi ubat dan rahmat bagi orang-orang yang beriman."
(Al-Isra' : 82)

2. Rasakan keagungan Allah SWT seperti yang digambarkan dalam Al-Quran dan Sunnah
Jangan sampai kita termasuk orang yang disebut ayat ini, 
"Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan semestinya, padahal bumi dan seluruhnya dalam genggaman-Nya pada hari kiamat dan langit digulung dengan tangan kanan-Nya." 
(Az-Zumar: 67)
3. Carilah ilmu syar'i
Firman Allah SWT: 
Sesungguhnya yang takut kepada Allah diantara hamba-hambaNYA ialah orang-orang yang berilmu
(Al-Fathir: 28)
4. Ikutilah halaqah dzikir
Dari Abu Sa’id al-Khudry, Rasulullah saw pernah ditanya : 
“Hamba yang bagaimana yang paling tinggi derajatnya di sisi Allah kelak di hari Kiamat?” 
Rasulullah saw menjawab : “Mereka yang banyak berdzikir kepada Allah”. 
Aku bertanya : “Wahai Rasulullah, bagaimana dengan yang berperang di jalan Allah?” 
Rasulullah saw menjawab : “Sekalipun ia membunuh orang kafir dan orang musyrik sehingga berlimpah darah, tetap orang yang berdzikir lebih mulia derajatnya” 
(HR. Tirmidzi).
5. Perbanyakkan amal soleh
Suatu ketika Rasulullah saw. bertanya, “Siapa di antara kalian yang berpuasa di hari ini?” Abu Bakar menjawab, “Saya.” Lalu Rasulullah saw. bertanya lagi, “Siapa di antara kalian yang hari ini menjenguk orang sakit?” Abu Bakar menjawab, “Saya.” Lalu Rasulullah saw. bersabda, “Tidaklah amal-amal itu menyatu dalam diri seseorang malainkan dia akan masuk surga.” 
(Muslim)
Firman Allah swt., “Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam, dan pada akhir-akhir malam mereka memohon ampunan (kepada Allah). Dan, pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bagian.”
(Adz-Dzariyat: 17-19)

6. Banyak ingat pada kematian dan hadirkan perasaan takutkan mati dalam keadaan su'ul khatimah

Dari Abdullah Ibn Umar:
Aku bersama dengan Rasulullah, kemudiannya datanglah kepadanya seorang lelaki dari kalangan al-Ansar dan memberi salam ke atas Nabi SAW, kemudian berkata: Wahai Rasulullah, siapakah mukmin yang terbaik? Nabi menjawab: “Mereka yang terbagus akhlaknya.” Dia bertanya lagi, “Maka siapakah mukmin yang paling cerdik?” Nabi menjawab: “mereka yang paling banyak mengingati mati dan yang terbaik ialah yang melakukan persediaan untuk selepas itu. Itulah orang yang paling cerdik.” 
(Muhammad bin Yazid, Sunan Ibn Majah, Dar al-Fikr, Beirut, jil. 2, hlm. 1423, No. hadith: 4259)

7. Ingat akan kedatangan dan kedahsyatan hari Kiamat
8. Berinteraksi dengan ayat-ayat dari Al-Quran berkaitan fenomena alam.
Aisyah pernah berkata, “Wahai Rasulullah, aku melihat orang-orang jika mereka melihat awan, maka mereka gembira karena berharap turun hujan. Namun aku melihat engkau jika engkau melihat awan, aku tahu ketidaksukaan di wajahmu.” Rasulullah saw. menjawab, “Wahai Aisyah, aku tidak merasa aman jika di situ ada azab. Sebab ada suatu kaum yang pernah diazab keranan angin, kaum yang melihat azab seraya berkata, ‘Ini adalah awan yang akan menurunkan hujan kepada kami’.”
(Muslim no. 899)

9. Perbanyak munajat pada Allah SWT dan pasrah kepada-NYA
10. Tinggalkan angan-angan
11. Mengagungkan hal-hal yang terhormat disisi Allah SWT.
Firman Allah SWT:
“Dan barangsiapa mengagungkan apa-apa yang terhormat di sisi Allah, maka itu adalah lebih baik baginya di sisi Rabb-nya.” 
(Al-Hajj: 30)
12. Bersikap tawadhuk
Rasulullah saw. bersabda, 
“Merendahkan diri termasuk bagian dari iman.” 
(Ibnu Majah no. 4118)
13. Perbanyak amalan hati
Hati akan hidup jika ada rasa mencintai Allah, takut kepada-Nya, berharap bertemu dengan-Nya, berbaik sangka dan ridha dengan semua takdir yang ditetapkan-Nya. Hati juga akan penuh dengan iman jika diisi dengan perasaan syukur dan taubat kepada-Nya. Amalan-amalan hati seperti itu akan menghadirkan rasa khusyuk, zuhud, wara’, dan mawas diri. Inilah halawatul iman (manisnya iman)

14. Sering menghisab diri
Firman Allah SWT:
“Hai orang-ornag yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang diperbuatnya untuk hari esok (akhirat).” 
(Al-Hasyr: 18)
15. Berdoa pada Allah SWT agar diberi ketetapan iman
Perbanyaklah doa kerana doa adalah kekuatan yang luar biasa yang dimiliki seorang hamba. Rasulullah saw. berwasiat, “Iman itu dijadikan di dalam diri salah seorang di antara kamu bagaikan pakaian yang dijadikan, maka memohonlah kepada Allah agar Dia memperbaharui iman di dalam hatimu.” 
 “Saat seseorang paling dekat dengan Rabb-nya ialah ketika ia dalam keadaan sujud, maka perbanyaklah doa.” (Muslim no. 428)


Sumber:
*http://www.dakwatuna.com/
*http://abdisuhamdi.wordpress.com/

Wednesday, 23 April 2014

1ST GIVEAWAY SULAMAN LACE HEAVEN

Assalammualaikum w.b.t.


http://fuzamusa.blogspot.com/2014/04/sulamanlaceheaven-1stga.html


Semua dijemput untuk sertai GIVEAWAY ini, tapi kenalah ikut syarat-syarat berikut:
  1. Follow blog Fuza, Follow Instagram Sulaman Lace Heaven, dan Follow blog Mia Liana
  2. Buat satu entri bertajuk 1st Giveaway Sulaman Lace Heaven
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri kalian ke dalam ruangan komen INI.
  5. Pemilihan pemenang adalah melalui random.org
  6. Giveaway ini akan TAMAT pada jam 11.30 malam 12 Mei 2014
Sila klik pada banner untuk join. Jom....
Hadiah yang disediakan pun menarik..memang sesuai dengan Yaya..hehe sesuaiii la sangaaatt ;p 

Sekian,Wassalam =)

WORDLESS WEDNESDAY: CARE OF ANIMAL

Assalammualaikum w.b.t.



^_^

Friday, 18 April 2014

DOA PILIHAN : BERTEMU JODOH

Assalammualaikum w.b.t.


Sememangnya jodoh itu rahsia Allah..kita takkan pernah tahu siapa yang akan menjadi pasangan kita..andai telah tiba masanya, kita perlu redha dan terima dengan hati terbuka dan juga perlu yakin dengan jodoh yang diberi oleh Allah..bahagia atau tidak, kekal atau tidak tidak perlulah kita fikir, yang penting, kita berusaha menjadi pasangan yang terbaik untuk jodoh kita tu..untuk ISTERI perlu ingat ye, SYURGA ITU DIBAWAH TELAPAK KAKI SUAMI.....

Doa dibawah ni khas untuk wanita..kita perlu berusaha juga kan..semoga ditemukan dengan lelaki yang baik, soleh, yang boleh membimbing dan dapat menjadikan kita BIDADARI didalam syurga. INSYAALLAH. 
Aminn... =)

Friday, 11 April 2014

BERPALING DARI PERKARA TIDAK BERMANFAAT

Assalammualaikum w.b.t.
Salam Jumaat..
Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya sambil berkata: "Bagi kami amal kami dan bagi kamu pula amal kamu selamat tinggallah kamu kami tidak ingin berdamping dengan orang-orang yang jahil".


Thursday, 10 April 2014

3RD ANNIVERSARY GIVEAWAY BY CHIPMUNKANDBARNEY

Assalammualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. Pejam celik, pejam celik. Tanggal 8 April 2014 maka genaplah tiga tahun. Bersempena birthday blog yang ke tiga tahun ini, I dengan sukacitanya menjemput anda dan anda untuk memeriahkan lagi giveaway ini. 

Syarat-syaratnya adalah seperti berikut :
1.    Follow SINI, Like SINI dan Add To Google+ SINI.
2. Buat satu entri yang bertajuk 3rd Anniversary Giveaway by ChipmunkandBarney.
3.   Copy code yang disediakan dan paste di ruangan HTML.
4.   Tinggalkan URL Penyertaan di ruangan anda di ruangan komen. 

Untuk hadiah-hadiah yang ditawarkan, uolls boleh lihat di SINI. Dan InsyaAllah, hadiah-hadiah tersebut mungkin akan bertambah. 

Tarikh Tutup : 11 May 2014 (11.59 malam)

Entri atas ni copy paste seperti yg dikehendaki oleh Cik Aisya kita ni tapi Yaya was-was ayat yang atas tu nak copy jugak ke....hehe sebab itu adalah ayat cik Aisya..bukan ayat Yaya taip.. =D Apapun semua syarat Yaya dah penuhi...hehe 
HAPPY 3RD ANNIVERSARY Cik Aisya..! ^_^

Jemput kengkawan sekalian memeriahkan lagi GA yang dianjur Cik Aisya ni ye..gud luck semua! =D
Sekian,Wassalam =)

SUAMI PILIHAN

Assalammualaikum w.b.t.

Amboi tajuk memang xboleh bla Yaya ni..hehe..sesaja je...buat pengetahuan AM... ^o^
WAJIB ada pada calon suami pilihan....hehe
p/s: tengah cari calon...agagag ;p

Friday, 4 April 2014

ASHABUL KAHFI

Assalammualaikum w.b.t.

Salam Jumaat - 3 Jamadilakhir 1435m
Dalam riwayat dari Hudzaifah Radhiyallahu ‘anhu dengan lafaz bermaksud;
“Allah telah menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari Jumaat, maka umat Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani memperoleh hari Ahad. Lalu Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperoleh hari Jumaat. Maka Allah menjadikan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, dan mereka (umat sebelum kita) berada di belakang kita pada hari kiamat. Kita datang paling akhir di dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat yang telah ditetapkan untuk mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk.” 
(Hadis Riwayat  Muslim r.a.)
Penghulu segala hari tiba lagi...semoga banyak manfaat yang kita boleh dapat hari ni..dan semoga hari ini menjadi lebih baik dan lebih bermakna dari hari-hari yang sebelum ni..InsyaAllah. Aminn... =)

Macam dah jadi kemestian juga bagi kita pada hari Jumaat ni melakukan banyak amalan-amalan sunnah seperti yang disabdakan oleh Rasulullah saw antaranya adalah membaca Surah Al-Kahfi...tapi ini tidak bermakna hari-lain tidak digalakkan membaca cuma kelebihan sahaja dihari Jumaat yang barakah ni..
“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, 
dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” 
(Sahih, al-Hakim:3392, disahihkan oleh al-Albani)

Meh layan lagu Raihan jap...tentang Ashabul Kahfi ni ^_^
Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh Pemuda Yang Beriman
Melarikan Diri Kedalam Gua
Demi Menyelamatkan Iman
Rupanya 309 Tahun
Zaman Bertukar Beberapa Kurun
Di Bumi Bersejarah Urdhu
Kepada Ashabhul Kahfi
Tiada Mustahil Di Dunia Ini
Jika Kita Beriman Dan Bertakwa
Tujuh Pemuda Yang Beriman
Tulang Belulang Berserakan
Tulah Dari Binatang Tunggangan
Juga Anjing Yang Dinjanjikan Surga
Qitmir Yang Mulia
Disangka Tidur Hanya Sehari
Begitulah Kuasa Ilahi
Tercatat Sudah Dalam Sejarah

Renung2kan... 
Sekian,Wassalam =)

Thursday, 3 April 2014

RENUNGAN : TIPU DAYA SYAITAN

Assalammualaikum w.b.t.

Bila terbaca, muhasabah diri untuk seketika. Adakala ia berlaku pada diri kita. ALLAHUAKBAR. ASTAGHFIRULLAHALA'ZIM. Banyakkan Istighfar. Kembali pada ALLAH SWT. Sesungguhnya kita hanya hambaNYA yang kerdil, hina, serba kekurangan dan segala yang baik itu datang dari-NYA. Sama-sama kita edit balik diri kita dan niat kita pada Allah SWT.

Tipu daya syaitan terhadap manusia supaya meninggalkan ibadat kepada Allah ada tujuh perkara menurut Imam Ghazali iaitu:
1. Syaitan melarang manusia taat kepada Allah. Sedangkan orang-orang yang dipelihara Allah akan menolak ajakannya dan mengatakan: ‘Aku mengharapkan pahala dari Allah. Untuk itu, aku harus mempunyai bekalan di dunia ini demi akhirat yang kekal.’
2. Syaitan sentiasa memujuk manusia agar tidak mentaati Allah. Dia menghasut manusia dengan mengatakan : ‘Nanti sahajalah, kalau sudah tua nanti barulah, masa masih panjang dan kita masih muda atau sebagainya lagi.’ ; Orang-orang yang terpelihara akan menolaknya dengan mengatakan: ‘Kematianku bukan berada ditanganmu. Jika aku menundakan amalanku hari ini untuk esok, sehingga amal hari esok perlu aku kerjakan. Sedangkan setiap hari aku mempunyai amal berlainan.
3. Syaitan sentiasa mendorong manusia untuk bersegera dalam melakukan amalan kebaikan. Kata syaitan: ‘Cepat beramal agar engkau dapat mengejar dan mengerjakan amalan-amalan lain.’ ; Orang-orang yang selamat akan menolaknya dengan mengatakan: ‘Amal yang sedikit tetapi sempurna lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi tidak sempurna.’
4. Syaitan akan menyuruh manusia untuk menjalankan amalan yang baik secara sempurna agar tidak dicela oleh orang lain. Mereka yang dipelihara oleh Allah akan mengatakan: ‘Bagi saya, penilaian cukup hanya dari Allah swt dan tidak ada manfaatnya beramal kerana manusia (orang lain).
5. Syaitan membisikkan pujian kepada orang yang beramal: ‘Betapa tinggi darjatmu kerana dapat beramal soleh dan betapa cerdik dan sempurnanya dirimu.’ ; Mendengar pujian ini, orang yang baik akan mengatakan bahawa: ‘Semua keagungan dan kesempurnaan itu hanyalah kepunyaan Allah dan bukan kekuatan atau kekuasaanku. Allah yang melimpahkan taufik kepadaku untuk dapat beramal sehingga Dia meredhai dan memberikan pahala yang besar. Sekiranya tanpa kurniaanNya, apalah erti amalanku ini, jika dibandingkan dengan nikmat Allah yang telah diberikan kepadaku, disamping dosaku yang bertimbun pula.’
6. Dengan gagalnya jalan kelima, syaitan akan menerapkan cara yang keenam. Cara ini lebih berat jika dibandingkan dengan cara-cara yang terdahulu dan manusia tidak akan menyedarinya kecuali orang-orang yang cerdik dan berfikir. Syaitan berbisik dalam hati manusia: ‘Bersungguh-sungguhlah engkau beramal dengan sir (kejahatan), jangan sampai diketahui oleh orang lain .’ ; Begitulah syaitan mencampur-baurkan amalan seseorang dengan penipuannya yang sangat tersembunyi. Dengan ucapannya itu syaitan bermaksud untuk memasukkan sedikit perasaan riak. Orang-orang yang dipelihara Allah akan menolak ajakannya dengan mengatakan: ‘Hai malaun (yang dilaknat), engkau tidak henti-henti menggodaku dan merosakkan amalanku dengan pelbagai cara. Dan kini, kau berpura-pura seolah-olah akan memperbaiki amalanku, padahal engkau bermaksud merosakkannya. Aku adalah hamba Allah dan Allah yang menjadikanku. Jika berkehendak, Allah akan menjadikan aku mulia atau hina. Semuanya itu adalah urusan Allah. Aku tidak khuatir, amalanku diperlihatkan atau tidak kepada orang lain, sebab itu bukan urusan manusia.’
7. Gagal dengan cara itu, syaitan akan meneruskan godaannya dengan cara lain lagi. Dia mengatakan: ‘Hai manusia, janganlah engkau menyusahkan diri sendiri dengan beramal ibadat kerana jika Allah telah menetapkan kamu sebagai orang yang berbahagia pada hari azali kelak, maka meninggalkan ibadat pun tidak akan memberikan sebarang mudharat. Engkau tetap menjadi orang yang berbahagia dan sebaliknya jika Allah menetapkan kamu sebagai seorang yang celaka, maka tidak ada gunanya engkau beribadat kerana engkau tetap akan celaka.’ 
Orang-orang yang dipelihara oleh Allah sudah pasti akan menolak godaan itu dengan mengatakan: ‘Aku hanyalah hamba Allah. Wajib bagiku menuruti perintahNya. Allah Maha Mengetahui, menetapkan sesuatu dan berbuat apa sahaja sesuai dengan kehendakNya. Walau bagaimanapun keadaanku, amalanku tetap bermanfaat. Jika aku ditetapkan sebagai orang yang berbahagia, aku akan tetap beribadat untuk memperbanyakkan pahala. Sebaliknya, jika aku ditetapkan sebagai orang yang celaka, aku akan tetap meneruskan perbuatan ibadat agar tidak menjadi sebuah penyesalan bagiku. Sekiranya aku masuk neraka, padahal aku taat, itu adalah lebih aku sukai daripada aku masuk neraka kerana melakukan maksiat.
Tetapi tidak akan demikian akibatnya kerana janji Allah pasti terbukti dan firmanNya pasti benar ; Allah telah menjanjikan pahala kepada sesiapa sahaja yang taat kepadaNya. Barangsiapa mati dalam keadaan beriman dan taat kepada Allah, dia tidak akan dimasukkan ke dalam neraka, melainkan syurgalah tempatnya. Jadi, masuknya seseorang ke dalam syurga bukan kerana kekuatan amalan yang telah didirikan, tetapi kerana janji Allah yang suci murni dan pasti! Kelak, orang-orang yang berbahagia dan beruntung akan mengatakan; Segala puji bagi Allah yang membuktikan janjiNya dengan syurga, Semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada kita.’
Sesungguhnya dalam mentaati Allah, terlalu banyak godaan dan tipu daya syaitan yang perlu kita lalui. Bandingkan segala permasalahan dan perbuatan kepada keadaan tersebut dan pohonlah perlindungan Allah swt agar terlindung dan terpelihara dari kejahatan syaitan. Sesungguhnya segala sesuatu itu berada di bawah kekuasaan Allah dan kepadaNyalah kita mengharapkan taufiq dan keredhaan. Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung.
(kalau la boleh wat cenggini..^,^)

Note: Segala info di atas hanya lah perkongsian yang Yaya share daripada blog SINI
Sekian,Wassalam..

Wednesday, 2 April 2014

Popular Posts