Salam Jumaat - 3 Jamadilakhir 1435m
Dalam riwayat dari Hudzaifah Radhiyallahu ‘anhu dengan lafaz bermaksud;
“Allah telah menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari Jumaat, maka umat Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani memperoleh hari Ahad. Lalu Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperoleh hari Jumaat. Maka Allah menjadikan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, dan mereka (umat sebelum kita) berada di belakang kita pada hari kiamat. Kita datang paling akhir di dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat yang telah ditetapkan untuk mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk.”
(Hadis Riwayat Muslim r.a.)
Penghulu segala hari tiba lagi...semoga banyak manfaat yang kita boleh dapat hari ni..dan semoga hari ini menjadi lebih baik dan lebih bermakna dari hari-hari yang sebelum ni..InsyaAllah. Aminn... =)Macam dah jadi kemestian juga bagi kita pada hari Jumaat ni melakukan banyak amalan-amalan sunnah seperti yang disabdakan oleh Rasulullah saw antaranya adalah membaca Surah Al-Kahfi...tapi ini tidak bermakna hari-lain tidak digalakkan membaca cuma kelebihan sahaja dihari Jumaat yang barakah ni..
“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat,
dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.”
(Sahih, al-Hakim:3392, disahihkan oleh al-Albani)
Meh layan lagu Raihan jap...tentang Ashabul Kahfi ni ^_^
Tujuh Pemuda Yang Beriman
Melarikan Diri Kedalam Gua
Demi Menyelamatkan Iman
Rupanya 309 Tahun
Zaman Bertukar Beberapa Kurun
Di Bumi Bersejarah Urdhu
Kepada Ashabhul Kahfi
Tiada Mustahil Di Dunia Ini
Jika Kita Beriman Dan Bertakwa
Tujuh Pemuda Yang Beriman
Tulang Belulang Berserakan
Tulah Dari Binatang Tunggangan
Juga Anjing Yang Dinjanjikan Surga
Qitmir Yang Mulia
Disangka Tidur Hanya Sehari
Begitulah Kuasa Ilahi
Tercatat Sudah Dalam Sejarah
Renung2kan...
Sekian,Wassalam =)
11 Comments
siapa nak hadiah?
ReplyDeletehttp://fuzamusa.blogspot.com/2014/04/saya-nak-join-giveaway-fuza.html
confirm dpt ke cik fuza ;p
Deletesalam jumaat yaya :)
ReplyDeletesurah al-kahfi =) ecah cuba habiskan surah tu tiap hari jumaat..kalau tak sempat baca ayat 10 terkahir je. smoga kita smua dilimpahkan rahmat dan rezki daripada Allah ^^
ReplyDelete=) InsyaAllah..amin..mudah-mudahan ^_^
Deletemenarik perkongsian ni..thanks yaya :)
ReplyDeletesama2 cik puteri =)
DeleteSalam alaik :)
ReplyDeleteYap...In pernah kongsi cerita ni dulu =D
waalaikumsalam wbt..
Deleteyup..tau..pernah baca.. ^_^
jom kita amal kan :)
ReplyDelete=)
Delete