Assalammualaikum w.b.t.

Dari hari Sabtu mencari resepi yang guna bahan utamanya ROTI. Sebab apa tau, roti kat umah dah expired tapi lum 'basi' lagi..haha tolong jangan ikut macam Yaya ye..erk  daripada terbuang camtu je baik lah dibuat masak apa yang patut. Yang boleh dimakan. ^o^ Resepi puding or agar-agar la kan. Lama cari tapi xda. Banyak sebenarnya tapi xda yang Yaya nak. Yaya nak resepi yang senang, xda guna telur. Sudahnya Yaya re-create sendiri resepi yang sedia ada. Diolah dari resepi yang INI. hehe.Alhamdulillah walaupun baru 1st time cuba sedap jek. ^,^ Mak Yaya pon kata sedap. Rasa roti!


Bahan-bahan:
Roti - 8-10 keping (agak-agak je la 1 buku tu pun boleh ^o^)
20g-25g agar-agar stripe
3 cawan air
1 tin susu cair
8 sudu besar gula @ secukup rase
2 sudu besar horlick (Yaya guna 1 paket horlick 3 in 1 je..=D)
1 sudu makan butter
1 sudu kecil esen vanilla

Tambahan:
*Coklat masakan @ apa2 coklat yang korang suka..nak masuk coklat Cadbury@kit kat ke dan sewaktu dengannya pun boleh..lagi sedap+menarik+tertarik rasa..hehe (optional je)
*Coklat kit kat - 2 keping: dipotong kecil2. 
(lebih pun boleh. setakat nak buat tabur atas agar2 tu je..^,^)

Cara-cara:
- Ambil roti yang 8-10 keping@1buku tu, masuk dalam blender, campur 1 tin susu cair, horlicks dan blend sampai semua lunyai sebati..
- Gunting agar-agar kecil-kecil kemudian rendam sekejap. Toskan airnya lalu masak dengan 3 cawan air sampai agar-agar larut.
- Tambahkan gula, kacau lagi.
- Masukkan bahan-bahan yang dah diblend, esen vanilla dan gula. Kacau selalu dengan api sederhana sampai mendidih. Rasa sikit untuk tau manis ke x. Ikut rasa korang nak manis ke x ye =)
- Masukkan agar-agar dalam loyang @ bekas, Biarkan seketika sebelum hiaskan dengan coklat yang dah dipotong kecik-kecik tu atas agar-agar. 

Note: Biar agar2 tu sejuk sikit baru tabur coklat kat atas. Kalau panas-panas tuang dalam bekas da tabur coklat memang terus tenggelam la coklat tu..huhu. ok! 

Selamat mencuba! ^o^ cube la sangaaaattt ;p
Sekian,Wassalam =)