DOA PILIHAN : UNTUK IBU BAPA

Assalammualaikum w.b.t.

Doa ni sangat popular. Dari kecil lagi sudah diajar,kan. Tiap kali habis solat pasti akan baca. Tak salah rasanya Yaya nak share lagi sekali sebab baca terjemahan Al-Quran tadi, dengan takdirNYA ada baca tentang adab pergaulan @ pada ibu bapa..jadi nak kongsikan bersama.. =)
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan 'AH' dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia."

"Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan ucapkanlah "WAHAI TUHANKU, KASIHANILAH MEREKA KEDUANYA, SEBAGAIMANA MEREKA BERDUA TELAH MENDIDIK AKU WAKTU KECIL".
Surah Al-Israa' : 23-24

Sayangi dan hargai ibu bapa selagi hayat masih ada..mungkin ada ramai orang yang punya ibu bapa angkat atau yang punya ibu bapa kandung tapi 'kurang baik'..apapun, mereka adalah orang telah melahirkan kita dengan susah payah, menjaga sehingga dewasa, beri kehidupan yang baik atau tidak itu belakang kira tapi Allah dah PERINTAHkan, BERBUAT BAIK PADA IBU BAPA, JAGA DENGAN KASIH SAYANG, xkan kita nak langgar perintah Allah SWT?? 

Kesimpulannya, jika kita sekarang bukan anak yang baik, berubahlah untuk jadi anak yang baik, sekurangnya MENCUBA untuk jadi yang terbaik dan buat yang terbaik untuk mereka semampu diri kita..InsyAllah.. =) Semoga kita dapat menjadi anak yang soleh@solehah yang 'menyejukkan' perut ibu yang telah mengandungkan kita..aminn

p/s: peringatan untuk diri sendiri.

Sekian,Wassalam =)

Post a Comment

15 Comments

  1. dari kecik lagi kan kita diajar doa ni, insha Allah, sama-sama kita amalkan ^_^

    ReplyDelete
  2. tak kan pernah lupa, inshaAllah..

    ReplyDelete
  3. hari2 kita kena mendoakan ibubapa kita setiap kali selepas habis solat. ia dikira berdosa jika kita tak mendoakan ibubapa kita selepas solat huhu
    Moga2 kita menjadi anak yg solehah dan diberkati Allah selalu :)

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah tak pernah lupa hari2 berdoa untuk ibu bapa ..

    ReplyDelete
  5. ya. lately byk trkenangkan jasa my parents. sebak dan bersyukur dianugerahi parents yang mmahami. May Allah shower them with His blessing <3

    ReplyDelete
  6. Sayangi mereka selagi hayat ada..kasih sayang mereka tiada tandingan.

    ReplyDelete
  7. Doa untuk kedua ibu bapa kitakan Yaya..Selalu di baca selepas solat..Semoga Allah sentias melindungi dan merahmati kedua ibu bapa kita...

    ReplyDelete
  8. Berdoa kepada mereka, bila ada peluang minta mereka doakan kita yang lebih terperinci.InshaAllah

    ReplyDelete