RENUNGAN: WAHAI ISTERI....

Assalammualaikum w.b.t.

Wahai isteri.....
andai kita direzekikan oleh Allah SWT mendapat suami yang "buta agama" atau jahil agamanya....jangan sesekali kita menyesal kerana firman Allah SWT :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah ; Ayat 216)

Wahai isteri.....
berbahagialah kerana itu bermakna Allah memilih kita untuk membimbing seorang insan yang bergelar suami. Suami bukan lagi jahil sekiranya dia berusaha meningkatkan lagi pengetahuan agamanya. Mungkin ada sebab Allah menjodohkan kita dengannya. Setiap kejadian ada hikmahnya. Hanya Allah yang Maha Mengtahui.

“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu berdukacita (bersedih hati terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.”
(Surah Ali Imran ; Ayat 139)

Wahal isteri.....
andai kita direzekikan oleh Allah SWT mendapat suami yang kurang didikan agamanya, janganlah kecundang. Jangan sesekali kita cuba banding-bandingkan suami kita dengan suami orang lain. JANGAN. Tak perlu memilih yang sempurna kerana hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Tiada salahnya pun andai kita mendidik suami kita 

“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada golongan Mukmin (orang-orang yang beriman) akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan balasan bahawa mereka akan beroleh Syurga.” (Surah At-Taubah ; Ayat 111)

Maka, bersabarlah wahai para isteri. Jangan berhenti berdoa pada Allah SWT. Sesungguhnya Allah Azza wa jalla itu Maha Mendengar.

“Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar."
(Surah At-Taubah ; Ayat 129)

(sumber: FB)
Sekian,Wassalam..

Post a Comment

20 Comments

  1. even tak kahwin lagi.. huihui. tapi bagus untuk diguna pakai bila dah berumah tngga nnti. hoho.thanks for sharing ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak yaya pon xkawen lg..baik utk 'kgunaan' dri sdri d mse depan..heeee =D

      Delete
  2. Ibu masih perlu dihormati oleh si suami, isteri jangan jadikan suami menderhaka pada ibunya

    ReplyDelete
  3. cik yaya dah ada berkenan di hati ke?

    ReplyDelete
  4. Hmph dan ada juga suami kerana dia SUAMI,dia susah menerima nasihat/teguran isteri dan isteri pun dah tak tahu nak buat apa. Mampu berdoa je kan :(

    ReplyDelete
  5. inshaAllah akan ingat pesanan ini.. :)

    ReplyDelete
  6. Allahuakhbar...manusia bisa berubah...hanya kita sebagai isteri jangan berhenti berdoa yang baik2 untuk suami ..

    ReplyDelete
  7. Jodoh itu dariNya dan dia maha mengetahui apa yang terbaik buat hambanya...

    ReplyDelete
  8. one day... this is my future, our future...
    peringatan yg baik,,hehe

    ReplyDelete
  9. betul...sama2 mendidik :)

    ps: dh update mengenai testimoni...hihi...jom cuba!!

    ReplyDelete