Assalammualaikum w.b.t.

MASA LALU..sememangnya terlalu banyak dosa-dosa yang telah dilakukan..samada sedar atau tidak, kecil mahupun besar, yang disengaja atau tidak sengaja dilakukan..semua kerana kita terlalu jahil dalam agama..mempelajari tanpa mendalaminya..

Semua orang pernah melakukan kesilapan...tidak ada orang yang sempurna. Kita bukan MALAIKAT, yang tidak punya nafsu dan hidup semata-mata kerana Allah SWT, yang bertasbih, memuji Allah SWT berjuta, beribu tahun tanpa henti..Kita juga bukan RASUL..


“Setiap anak adam itu melakukan kesalahan, sebaik-baik yang melakukan kesalahan adalah yang bertaubat.” 
Hadith riwayat Ahmad, Tirmidzi dan Ibn Majah.



Tapi Allah SWT telah berfirman: 
“Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” 
(QS az-Zumar: 53).

SUBHANALLAH..

Allah itu Maha Pengampun..Maha Penyayang pada hamba yang sentiasa ingin berubah kepada kebaikan dan bertaubat menginsafi segala kesilapan, kesalahan dan dosa yang telah dilakukan asalkan hambaNYA itu melakukan taubat sebenar-benar taubat..asalkan hambaNYA tidak pernah sekali-kali berputus asa sentiasa mengharap pengampunan dan rahmat dari NYA.. 
Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya Rabb-mu maha luas pengampunan-Nya” 
(QS an-Najm: 33).


Jadi, apa lagi perlu ditunggu..selagi masih boleh bernafas, selagi matahari belum terbit dari barat dan selagi pintu taubat masih terbuka, segeralah bertaubat dan berjanjilah pada diri, pada Allah SWT yang kita xkan sekali-kali mengulangi kesalahan dan dosa yang telah dilakukan..INGAT, berusaha untuk berubah dan jadi yang terbaik sehabis mampu, dan jangan pernah putus asa mengharap pada Allah SWT..

Renung-renungkan...
Sekian,Wassalam