RENUNGAN : MASA LALU

Assalammualaikum w.b.t.

MASA LALU..sememangnya terlalu banyak dosa-dosa yang telah dilakukan..samada sedar atau tidak, kecil mahupun besar, yang disengaja atau tidak sengaja dilakukan..semua kerana kita terlalu jahil dalam agama..mempelajari tanpa mendalaminya..

Semua orang pernah melakukan kesilapan...tidak ada orang yang sempurna. Kita bukan MALAIKAT, yang tidak punya nafsu dan hidup semata-mata kerana Allah SWT, yang bertasbih, memuji Allah SWT berjuta, beribu tahun tanpa henti..Kita juga bukan RASUL..


“Setiap anak adam itu melakukan kesalahan, sebaik-baik yang melakukan kesalahan adalah yang bertaubat.” 
Hadith riwayat Ahmad, Tirmidzi dan Ibn Majah.



Tapi Allah SWT telah berfirman: 
“Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” 
(QS az-Zumar: 53).

SUBHANALLAH..

Allah itu Maha Pengampun..Maha Penyayang pada hamba yang sentiasa ingin berubah kepada kebaikan dan bertaubat menginsafi segala kesilapan, kesalahan dan dosa yang telah dilakukan asalkan hambaNYA itu melakukan taubat sebenar-benar taubat..asalkan hambaNYA tidak pernah sekali-kali berputus asa sentiasa mengharap pengampunan dan rahmat dari NYA.. 
Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya Rabb-mu maha luas pengampunan-Nya” 
(QS an-Najm: 33).


Jadi, apa lagi perlu ditunggu..selagi masih boleh bernafas, selagi matahari belum terbit dari barat dan selagi pintu taubat masih terbuka, segeralah bertaubat dan berjanjilah pada diri, pada Allah SWT yang kita xkan sekali-kali mengulangi kesalahan dan dosa yang telah dilakukan..INGAT, berusaha untuk berubah dan jadi yang terbaik sehabis mampu, dan jangan pernah putus asa mengharap pada Allah SWT..

Renung-renungkan...
Sekian,Wassalam

Post a Comment

31 Comments

  1. In syaa Allah sis... rajinkan diri memohon ampun daripada Maha Pengampun dan kerjakan solat sunat taubat jika berkemampuan. Aamiin.

    ReplyDelete
  2. Salam Jumaat Yaya..peringatan yang baik sebab kita semua adalah manusia yang tak mungkin terkecuali dari membuat kesilapan. Yang penting muhasabah diri dan memohon keampunan dari Allah...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, bertaubat itu berat tetapi banyak ganjarannya kannn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam....
      ye..lebih2 lagi taubat nasuha..

      Delete
  4. Semoga kisah lalu mematangkan kita

    ReplyDelete
  5. semua orang ada kisah lalu kot.. tu semua tak penting.. yg penting siapa kita sekarang.. :)

    ReplyDelete
  6. kita manusia biasa yg tak lepas dari melakukan kesilapan..taubat sebelum terlambat..moga kita sama2 dapat memperbaiki diri kita..

    ReplyDelete
  7. yaa.. aisyah jenis yg selalu kenang kisah lalu.sbb masa lalu menjadi pengajaran utk ecah untuk sekarang=)

    ReplyDelete
  8. sebagai manusia kita tak dapat lari dari melakukan kesilapan, tapi dari kesilapan kita belajar untuk memperbaiki diri. :)

    ReplyDelete
  9. Nice entry :)

    http://santanmanis.blogspot.com/2014/03/blog-santan-manis-masuk-majalah-remaja.html

    ReplyDelete
  10. semua ini kene ada niat dan istiqomah kan , kadang2 bila teringat masa silam , org kata zaman jahiliah mesti rasa mcm tak percaya , mcm tu ker aku dahulu , confirm ati rasa sayu...semoga kita kembali kepada Nya...hanya Dia sebaik2 pengampun....in sya allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul2....
      mudah2an....diampunkan dosa oleh NYA...

      Delete
  11. Istighfar setiap saat.. >_< Semoga Allah menerima taubat kita.

    ReplyDelete
  12. salam dari cahayacinta....sabar dan istiqamah selalu. seronok bila ada membeli tudung labuh hasil jahitan saya rasa ini detik terindah dalam kehidupan saya mmbantu mereka jalan benar apa lagi baik itu tutup aurat dengan sempuran

    ReplyDelete
  13. semoga kita semua dpt memperbaiki diri dan mendapat pengakhiran yg baik dlm hdup..insyaallah.

    ReplyDelete
  14. Btol tuh sis yaya semua orang ada kisah lalu . Alhamdulilah skit demi sdikit pyka cube jadi yg terbaik skrang . Tak tgk kisah dulu dah nak terus kedpan .

    *lama tak sggah sini rindu gila :)

    ReplyDelete
  15. InsyaAllah...semoga Allah terima taubat kita..

    ReplyDelete