RENUNGAN : KERANA TANGAN BUMI BINASA

Assalammualaikum w.b.t





Banjir kilat, tanah runtuh, Tsunami, Jerebu dan banyak lagi bencana-bencana alam yang lain yang sering kali kita dengar dan lihat melalui berita kan..malah bukan dalam berita je, kadang tu kita sendiri alami. Contoh macam banjir kilat, tanah runtuh dan Ombak besar@Tsunami. 

Adakah ini bencana alam biasa atau ia berlaku kerana bumi sudah tidak dapat bertahan lagi dengan sikap manusia yang kini lebih mementingkan kepentingan sendiri? Bumi memberi banyak manfaat dan kebaikan pada manusia tapi manusia membalasnya dengan pembinaan-pembinaan yang mengakibatkan alam flora dan faunanya terjejas, kerana pastinya dalam pembinaan tersebut banyak haiwan yang mati, yang sudah kehilangan 'tempat tinggal' dan begitu juga dengan sumber oksigen kita, pokok-pokok yang semakin banyak ditebang dan banyak pembakaran dan kilang-kilang banyak meneluarkan asap-asap beracun sekaligus mengakibatkan lapisan ozon bumi semakin menipis.

Semua faktor diatas dan banyak lagi faktor lain yang telah mengakibatkan segala bencana ini berlaku. Atau paling tepat boleh dikatakan ianya adalah 'balasan Tuhan' pada penduduk bumi yang tidak tahu untuk bersyukur dengan apa yang telah sedia ada ciptaanya. Sesungguhnya apa yang dicipta oleh Allah SWT itu banyak manfaat dan kebaikannya pada manusia, tapi sebab manusia itu selalu bersikap tamak, tergesa-gesa dan mementingkan diri sehingga memberi akibat buruk pada orang lain, alam flora dan juga fauna.

Tapi pelik kan, walau begitu banyak bencana yang telah berlaku, manusia tu masih lagi tidak mahu mengambil pelajaran dan masih lagi giat aktif membina pembinaan yang lebih gah!
Firman Allah:
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala' bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)
(Ar Ruum: 41)
Namun, walaupun begitu, ramai juga manusia yang berhijrah diatas segala bencana yang telah berlaku ke atas mereka. Semestinya hijrah dari yang tidak baik kepada yang lebih baik. Alhamdulillah.
“Barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan pada dirinya, 
maka Dia timpakan bencana kepada-Nya“. 
( HR. Al-Bukhari )
Wallahu'alam..Renung2kan..
Sekian,Wassalam..

Post a Comment

11 Comments

  1. betul tu.. semuanya berpunca dari sikap & perbuatan manusia.. hrp2 memberi pengajaran.. ;)

    ReplyDelete
  2. Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul..moga kita dapat mengambil pengajaran atas apa yang berlaku...

    ReplyDelete
  3. terlampau mengejar kemodenan dan kemajuan.
    terlupa bahawa bumi semakin tua.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nazak dah ni cik aisya...sikit lagi je tunggu mase... >,<

      Delete
  4. betul, sekarang ni banyak betul bencana alam yang berlaku.. Allah nak bagi peringatan.. Semoga kita tidak tergolong bersama mereka2 yang lalai dari mengingati-Nya..

    ReplyDelete
  5. bencana yg Allah timpakan sbg peringatan buat kita. Cuma kita je pilih, nk sedar atau pura-pura taktau..:)

    ReplyDelete