GOLONGAN ORANG YANG DIDOAKAN MALAIKAT - 3 & 4

Assalammualaikum w.b.t.
Berada Dalam Saf Hadapan

Nu'man bin Basyir RA berkata, aku mendengar Rasulullah saw bersabda maksudnya:
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf pertama, atau yang ada di barisan-barisan pertama."
(HR Ahmad)

Dalam sebuah hadis lain Nabi saw bersabda:
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk orang-orang di saf pertama."
(HR an-Nasa'i dan Ibnu Majah)

Berdasarkan dua buah hadis di atas, Rasulullah saw menjelaskan bahawa Allah SWT dan para malaikat mengucapkan selawat kepada orang-orang yang berada dalam saf hadapan ketika menunaikan solat berjemaah.

Selalu kita lihat apabila ketika hendak solat berjemaah di masjid mahupun di surau sebelum iqamah mahupun sesudahnya, tidak ramai yang mahu tampil ke hadapan. Kebanyakan para jemaah lebih selesa berada di belakang.. Sebagaimana dalam suasana kehidupan manusia, biasanya mereka bersaing mengejar kelebihan dan keutamaan, namun dalam merebut pahala dan keutamaan dalam solat, keadaan mereka menjadi sebaliknya. Mereka berebut untuk mundur dan berada di barisan belakang.

Dalam sebuah hads diriwayatkan oleh Sayidatina Aisyah RA, sabda Nabi saw:
"Suatu kaum sentiasa terlambat untuk mendapatkan barisan pertama hingga Allah mengakhirkan mereka di neraka."
(HR Abu Dawud)

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, sabda Nabi saw bermaksud:
Sebaik-baik saf barisan lelaki yang paling depan, dan yang terburuk ialah yang paling belakang, dan sebaik-baik barisan perempuan yang terakhir, dan yang terburuk ialah yang paling depan.
(HR Muslim)

"Andaikata manusia mengetahui apa yang ada dalam panggilan azan dan memenuhi saf paling hadapan, kemudian mereka tidak berjaya mendapatkannya (saf yang paling depan itu) kecuali jika mereka berlumba untuk mendapatkannya, pasti mereka akan berlumba."
(HR Bukhari)

Kelebihan solat di saf pertama:
1) Menjaga kesempurnaan saf pertama sebagaimana saf para malaikat.
2) Allah SWT dan para malaikat-Nya berselawat kepada mereka yang berada di saf-saf paling hadapan.
3) Rasulullah saw memohon keampunan sebanyak 3 kali ke atas mereka yang berada dalam saf pertama.
Apakah kerugian yang lebih besar berbanding dengan kerugian apabila kita dibelakangkan oleh Allah? Jadi wahai Hamba Allah sekalian (terutama kaum Adam), berlumba-lumbalah datang awal ke masjid untuk solat berjemaah dan merebut saf pertama kerana ganjaran yang bakal diperoleh tidak dapat digambarkan. =)

Orang Yang Memenuhkan Saf

Daripada Aishah RA bahawasanya Rasulullah saw bersabda maksudnya:
"Sesungguhnya Allah SWT dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang yang menyambung saf. Dan sesiapa menutup kekosongan pada saf, makan Allah mengangkat darjatnya."
(HR Ibnu Majah)

Menyambung saf ialah merapatkan saf makmum dalam solat berjemaah dan tidak membiarkan terdapat ruang kosong di antara jemaah solat. Menyambung saf dalam solat berkait rapat dengan melurus atau merapatkan saf.

Apakah cara sebenar meluruskan saf? Ada beberapa perkara yang diperintahkan oleh Rasulullah saw berhubung kesempurnaan saf:
1) Merapatkan bahu dengan bahu orang yang solat bersebelahan dengannya.
2) Merapatkan lutut dengan lutut orang yang solat bersebelahan dengannya.
3) Merapatkan buku lali dengan buku lali orang yang solat bersebelahan dengannya.

Hikmah merapatkan saf:
1. Merupakan faktor yang membawa kepada kesempurnaan solat. Rasulullah saw bersabda:
"Luruskan saf kamu, kerana meluruskan saf merupakan sebahagian kesempurnaan solat."
(HR Muslim)
2. Amalan merapatkan saf boleh menyatukan hati umat Islam. Sabda Rasulullah saw:
"Luruskanlah saf solat kamu dan janganlah kamu bercerai-berai (dalam mendirikan saf), akan tercerai-berai hati kamu."
(HR Muslim)
3. Dapat menghindari gangguan syaitan ke atas orang yang bersolat. Sabda Rasulullah saw:
Rapatkanlah saf kalian, dekatkanlah antara saf, tegakkanlah tengkuk kamu. Demi zat yang jiwaku berada dalam gengaman tangan-Nya, sesungguhnya aku melihat syaitan menyusup di celah-celah saf seperti anak kambing.
(HR Abu Dawud).
4. Allah SWT menyukai mereka yang menyempurnakan saf. Sabda Rasulullah saw:
Tidak ada suatu langkah yang sangat dicintai oleh Allah daripada langkah seseorang hamba untuk menyambung (menyempurnakan) saf  (dalam solat).
(HR Abu Dawud).
5. Mendapat ganjaran  pahala yang besar. Sabda Rasulullah saw:
Orang yang paling baik di antara kalian adalah seseorang yang paling lembut bahunya di dalam solat, tidak ada suatu langkah yang pahalanya lebih besar daripada langkah seseorang yang melangkah untuk menutup celah dalam saf.
(HR at-Thabrani)
6. Allah SWT dan para malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada mereka yang menyempurnakan saf dalam solat. Sabda Nabi saw:
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada di saf pertama. Para sahabat bertanya lagi: "Ya Rasullulah, bagaimana dengan yang kedua." Rasulullah menjawab: Ya, demikian juga bagi saf kedua.
(HR Ahmad)

Suatu peristiwa, diceritakan bahawa Sayidina Umar bin Khattab RA pernah memukul Abu Utsman al-Nahdi kerana keluar dari barisan solatnya. Demikian juga yang dilakukan oleh Sayidina Bilal RA sebagaimana yang diceritakan oleh Suwaid bin Ghaflah:
"Umar dan Bilal pernah memukul bahu kami dan mereka tidak akan memukul orang lain, kecuali kerana meninggalkan sesuatu yang diwajibkan:.
(Fathul Bari, 2/447).
Anas bin Malik RA ketika tiba di kota Madinah ditanya, "Apa yang engkau ingkari (tidak suka) daripada perbuatan kami sejak sepeninggalan Rasulullah?" Dia menjawab, "Tidak ada perbuatan kalian yang aku engkari kecuali ketika kalian tidak meluruskan saf-saf kalian."
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Sahihnya)

Sama2 kita renungkan ye..wahai kaum Adam dan Hawa..(khusus bagi kaum Adam).
Sekian,Wassalam =)

Post a Comment

22 Comments

  1. thanks nasihat n info kat atas.

    jom join segmen:http://lelakiini89.blogspot.com/2013/04/segmen-bloglist-bulan-april-lelaki-ini.html

    ReplyDelete
  2. terima kaseh atas perkongsian ni

    ReplyDelete
  3. salam cik yaya..
    nice sharing ^__^

    ReplyDelete
  4. jarang berjemaah dimasjid. time bulan puasa je.

    ReplyDelete
  5. salam Jumaat yaya.

    yaya dah buang shoutbox ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..
      ha a la cik naa..heee
      sbb xde masa nak blogwalking.. >,< cian pula kengkawan dtg tapi yaya xsinggh balik kan..huuu

      Delete
  6. salam cik yaya :)

    waaah..lengkap nyer entry cik yaya nih..sgt2 bermanfaat...:)

    p/s:keputusan GA dah dipublish :)

    ReplyDelete
  7. soalan nie dh lama bermain difikiran tirah knp pmpuan baik duk blakang ea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. knp pmpn baik duk blakang?
      yaya pun kurng arif utk mjwabnye..heee

      Delete
  8. seriusly, saya baru tahu tentang saf belakang & depan,,saya selalu dok saf belakang huhu..thank tentang info..

    ReplyDelete
  9. perkongsian yang hebat!!

    saya masuk utusan... jom tengok :D

    ReplyDelete