BERIMAN KEPADA MALAIKAT

Assalammualaikum w.b.t.

Salam Jumaat buat semua kawan bloggerku sekalian..entri Yaya hari ni lebih kepada untuk renungan semua ye..juga peringatan untuk diri sendiri dan pembaca2 sayangku sekalian..xnak banyak bebel..selamat membaca! ^_^

Dalam Islam, keimanan kepada malaikat merupakan salah satu rukun iman. Sebagaimana rukun iman yang lain, beriman kepada malaikat merupakan perkara wajib. Seseorang itu tidak akan disebut sebagai seorang yang beriman jika tidak meyakini salah satu daripada rukun iman tersebut. Rasulullah SAW bersabda:
"Iman itu ialah engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya, hari akhirat serta engkau beriman kepada takdir baik mahupun buruk."
(HR Muslim)

Malaikat melaksanakan tugasnya dengan patuh dalam menyelenggarakan sunnah alam sebagaimana perintah Allah SWT serta tugas berkaitan dengan makhluk manusia, seperti menyampaikan wahyu, mencabut nyawa, mencatat amalan kebaikan atau amalan kejahatan, menurunkan rezeki dan seumpamanya.

Para malaikat itu juga sentiasa bertasbih dan berzikir serta berselawat dan mendoakan keampunan Allah SWT kepada umat Islam. Sabda Rasulullah SAW:
"Tidaklah salah seorang dari kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoaknnya: "Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia."

Malaikat juga turut mengaminkan doa seorang muslim, Rasulullah SAW bersabda:
"Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'amin' dan engkau pun mendapat apa yang ia perolehi."

Namun, harus faham bahwa tidak semua manusia yang akan mendpat keistimewaan tersebut. Hanya golongan yang memnuhi syarat-syarat tertentu sahaja berhak mendapat keistimewaan itu. Berdasarkan hadis Nabi SAW terdapat 11 situasi umat Islam yang mendapat doa malaikat seperti berikut:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
3. Orang yang berada di saf hadapan waktu solat berjemaah.
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kosong dalam saf)
5. Orang yang mengucapkan 'amin' bertepatan dengan malaikat ketika imam selesai membaca al-Fatihah.
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
9. Orang yang membelanjakan harta (infaq).
10. Orang yang sedang makan sahur.
11. Orang yang sedang menziarahi orang sakit.

Minggu depan Yaya akn kupas pula golongan2 yang didoakan oleh para malaikat ini ye.InsyaAllah. 
Harap bermanfaat untuk kita semua.

Sekian,Wassalam =)

Post a Comment

29 Comments

  1. salam cik yaya :)

    entry jumaat yg berpahala...klu sesiapa yg amalkan kesan lepas baca entry ni...cik yaya insya Allah akan dpt pahala selama entry ni beri manfaat.

    menunggu solat yg mudah antara maghrib dan isyak kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm ayie =)

      InsyaAllah..ye..btul tu..itu wktu paling mudah..

      Delete
  2. nice sharing.. thanks cik yaya :)

    ReplyDelete
  3. Nice Sharing Cik yaya..Renungan kita bersama...

    ReplyDelete
  4. Peringatan dan nasihat yg baik utk hari Jumaat ni...thanks yer. itu la kehebatan Doa, kan...sehingga Malaikat sndr pun mendoakan utk kita. Hebatnya Islam....

    ReplyDelete
  5. perkongsian yang menarik. Thanks Yaya :)

    ReplyDelete
  6. MasyaAllah yaya...satu perkongsian yg bermanfaat ni..

    Alang kah bertuah dan bangga nya kita sekiranya mendapat doa keampunan dari para malaikat..

    Dan betapa rasa kerdilnya kita untuk mencapai menjadi insan terpilih begitu.. Subhanallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bertuau..mmg hnye org tpilh sje mndpt doa dri para malaikat..
      mudah2an kita mjadi slah satu golongan tu..InsyaAllah..amin

      Delete
  7. semoga kita semua tergolong dlm golongan yg mendapat doa malaikat. tq share ilmu. ;)

    ReplyDelete
  8. suka baca info2 macam nie..thnks yaya

    ReplyDelete
  9. Moga termasuk dikalangan yang mendapat doa malaikat juga :)

    ReplyDelete
  10. Moga kita dikalangan yang diaminkan doa oleh malaikat juga :)

    ReplyDelete
  11. terima kasih atas perkongsiannya :)
    nice one :)

    ReplyDelete
  12. moga kita tergolong antra insan yg terplih... =)

    ReplyDelete