Assalammualaikum w.b.t.

Tengok tajuk dah boleh agak x.....??hehe yes..ulasan entri for WW yang lalu..lau xtau lagi klik SINI yek! Ulasan penuh bagi WW yang lalu adalah seperti berikut.........maaf entri ni agak panjang ceritanya haha =D
Yang anda boleh lihat dalam gambar.......:
Nasi sedikit
Lauk pun sikit
Makan guna 3 jari? eh silap la..cer tengok betul2..;p

Situasi sebenar begini....Yaya sedang berDIET! yup..korang betul (ade yang jwab Yaya tengah diet..hehe)! dan diet Yaya boleh dikatakan EXTREME. Kenapa extreme? ganas? ehh xla..sampai xmakan? ehh pon bukan..DIET Yaya mana boleh xmakan..tu bukan nak sihat tu...itu mendatangkan penyakit namanya..haaaa..
Lagi satu, memang Yaya cuba nak ikut sunnah Nabi SAW ni guna 3 jari je..(baru nak try..) tapi macam payoh sikit.sebab xbiasa kan..huuu tu yang nmpk lebih dari 3 jari tu...;p InsyaAllah kalau selalu buat bleh la tu biasa...^_^ 

Kita kalau nak berDIET jangan sesekali xmakan..ok! atau SKIP BREAKFAST! DONT! ever do that sebab menurut pengetahuan Yaya, yang da banyak research ni..bila berDIET, TIDAK BOLEH skip breakfast...whyyy?? sebab ia akan membuatkan anda berasa lebih lapar pada waktu tengahari dan sekaligus akan mengambil kuantiti yang banyak pada waktu makan tengahri.

Berbalik pada soal EXTREME tadi, kenapa? sebabnya............tak ramai orang akan boleh ikut cara DIET Yaya ni..kecuali orang BETUL-BETUL bertekad (cewah!) nak JAGA BADAN & nak TURUNKAN BERAT BADAN! ok. Selalu kawan dan sedara-mara Yaya tanya kat Yaya macamana boleh kurus la...camana boleh tahan xmakan la...and so on...tapi jawapan Yaya senang je - NAK SERIBU DAYA...! betul x..

Tapi kalau korang jenis yang xboleh kawal nafsu makan, mudah digoda oleh makanan, dan mudah tergoda dengan ajakan kawan2 korang yang jenis suka makan atau seperti nampak makanan tu cam 'melambai-lambai' je kat korang..haaaa nii memang payah! payah nak berDIET! huhu..^o^ 

Mulanya, Yaya memang diet nak turunkan berat badan..nak tau, berat Yaya tahun 2011 57kg, lepas tu Yaya pegi buat 'pembuangan lemak' kat badan di pusat pelangsingan badan (dapat murah sebab ade voucher ;p) dapat turun dari 57kg ke 53kg dalam masa sebulan lebih camtu kot..then tahun lepas, diet lagi,kurangkan makan yang berat2, dan ada wat sauna lagi, dapat turun dalam 50-49kg..lama jugak..

Masa time bulan puasa ingatkan boleh turun lagi berat..ke berat yang diidamkan iaitu 45kg..tapi haruuuuu jekk..punyala kurang makan,xde makan nasi, brat langsung xberubah! aikkk...yang ni Yaya pelik sikit..kenapa ye macam tu..mak Yaya yang makan bnyk dari Yaya pon turun 2-3kg ni kan plak Yaya..aishh! xboleh jadi..

Mula la start research kat internet semua, baca majalah pasal diet la,cara nak kurangkan berat la..selain tu Yaya rajin sangat sauna..sebab sauna boleh turunkan berat badan dengan cepat..sebab ia mengeluarkan banyak peluh. Yela, Yaya malas nak excercise...ngeeeee ^,^ cume bleh excrsce dengan p window shopping je la..haha. 

Akhirnya dapat jugak cara nak turunkan berat badan secara sihat! diulangi...secara SIHAT ok! bukan nak kurus g makan lepas tu muntahkan balik pe yang dimakan tu..owhhhh tidakkkk! Yaya xkan menyakiti diri sendiri..nak tau pe caranya? Iaitu dengan mengira KALORI yang anda ambil setiap hari...dan salah satu cara nya adalah seperti gambar yang korang tengok kat atas tu..nak tau, itu adalah makan kenduri orang kawen ok..meh Yaya bagi tips makan time kenduri ni:

1. Makan nasi putih...jangan sibuk p cari nasi minyak..memangla bukan selalu korang makan tapi yang bukan selalu tu la menjadi sebab utama menu makan korang tu berkalori tinggi! 
2. Nasi tu pulak jangan ambik 1 pinggan penuh ye! Cukup la 1 anggaran dalam 1 cawan atau kalau boleh 1/2 cawan je (cara paling baik adalah saiz nasi adalah segenggam tangan sendiri ok bukan tangan orang lain..hehe.
3. Ambil lauk yang kurang berminyak, lebihkan sayur xpe..atau kuah nye..lau amik lauk ikan or ayam or daging ke pastikan ianya dalam kuantiti kecil/sedikit.
4. Ambil air putih/kosong je..kalori untuk air putih cuma 0 KALORI! saja ok! jadi minum bnyk2 xpe..
5. Kalau ada buah, makan buah dahulu baru makan nasi..tapi orang kate buah ni untuk pencuci mulut bila da makan nasi? owh tidak..korang silap sebenarnya..untuk DIET..ianya perlu diambil sebelum makan yang berat..bukan selepas makan! 
Boleh ke korang amik kuantiti makan tips yang Yaya bagi tu??ehhehe

Sekarang nak tau berapa berat Yaya untuk awal tahun 2013 ni..??heeh..yup! sudah turun..dan sudah melebihi kehendak berat idaman Yaya tu..ngeeee =D..nanti2 la bagitau ye..eh Yaya sibuk bagitau pasal kalori ni..korang tau ke x kalori tu mendeee?? Apa kepentingannya pada badan kita? Anyway lepas ni Yaya akan update lagi banyak tentang DIET & KALORI ni...untuk tambah pengetahuan korang..lepas ni boleh la start ikut bdiet macam Yaya ni..xpyah nak beli produk mahal2 atau ke pusat pelangsingan badan yang mahal2 tu..cuma perlu DIET!

Untuk pengetahuan jugak, Yaya sekrang dah xbdiet untuk KURUS dahh.yela..badan da hampir tinggal tulang..erkkk .tapi berdiet lebih kepada untuk maintainkan berat badan dan juga makan ikut sunnah Nabi SAW..=) Nanti Yaya akan share juga apa sunnahnye bila bab makan ni ye..

*Jangan jadikan makan tujuan utama hidup..*

Nabi Muhammad SAW bersabda : “Tidaklah seorang anak Adam mengisi bekas yang lebih buruk dari perutnya. Sebenarnya BEBERAPA SUAP sahaja sudah cukup untuk menegakkan tulang rusuknya. Jika terpaksa dia harus mengisinya, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya, dan sepertiga lagi untuk bernafas”
Hadis riwayat At-Tarmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad

Sekian,Wassalam =)