Assalammualaikum w.b.t.

Selamat pagi! Dah sarapan? da mandi ke belum masa baca entri Yaya ni??hehe dah tentula korang da mandi kan..sarapan makan apa? Kalau yang xdiet mesti sarapan Nasi Lemak laa, Mee Goreng la, dan yang sewaktu dengannya..betul x?haha tau daa..tapi kalau yang berDIET macam Yaya ni makan apa? Sarapan diet yang tidak sihat mungkin cuma akan minum air..atau makan dalam roti ke kan.ataupun xmakan langsung sarapan?.sebenarnya bukanla xsihat tapi kurang memberi khasiat untuk badan.

Kalau Yaya selalu pagi2 biasa minum Milo atau air susu dengan roti@biskut@bijirin..bila Yaya kata bijirin mesi teringat iklan kat TV tol x?hehe..dah macam budak2 pula Yaya ni,pepagi makan bijirin plak..makan Koko Krunch la..Honey Star la..haha ehh xsalah tau..makanan bijirin tu memberi kita tenaga di waktu pagi ni..lebih2 lagi kalau ada aktiviti ataupun bagi yang bekerja. Meh Yaya share sikit tentang khasiat bijirin yang elok diambil sewaktu bersarapan pagi ni ^_^
Sebelum tu kita kenela tau dulu apa tu bijirin? Menurut Wikipedia (Bahasa Melayu) bijirin ni adalah merupakan sejenis rumput yang ditanam dimana biji benihnya boleh dimakan. Bijirin ditanam dalam jumlah yang banyak diseluruh dunia melebihi dari semua jenis tanaman lain dan menghasilkan lebih banyak kalori (iaitu tenaga) pada manusia.Dalam sesetengah negara membangun, bijirin merupakan satu-satunya makanan biasa. 

Amalan pengambilan bijirin penuh memberikan kesan yang positif terhadap kesihatan manusia namun begitu adakah bijirin yang diambil tersebut terdiri daripada bijirin penuh? Bijirin penuh terdiri daripada komponen bran, germa, dan endosperma. Ia kaya dengan sumber protein, antioksidans, fiber, kalsium, asid lemak perlu, pelbagai vitamin, dan mineral.
Antara sumber makanan bijirin penuh adalah biskut bijirin penuh, roti bijirin penuh, barli, bertih jagung, beras perang, oat, pasta/mee bijirin penuh, bijirin sedia dimakan, muesli, dan granola bars. Keputusan kajian epidemiologi menunjukkan bahawa individu yang mengambil bijirin penuh melebihi satu saiz sajian sehari mempunyai jisim tubuh yang lebih baik. Hal ini kerana bijirin penuh memberikan rasa kenyang yang lebih lama berbanding produk makanan yang lain. Owh...patutla Yaya rase kenyang je time tengahari..hehehe ;p


Selain itu, penyerapan bijirin penuh dalam tubuh adalah lebih perlahan sekaligus mengurangkan kandungan gula dalam tubuh. Kajian saintifik menunjukkan bahawa kekerapan pengambilan bijirin penuh mengurangkan risiko obesiti, diabetes, penyakit jantung, kanser, strok, dan tekanan darah tinggi.


Untuk kanak-kanak - menurut kajian yang dijalankan, didapati kanak-kanak yang memakan bijirin memiliki badan yang sihat dan normal berbanding kanak-kanak yang tidak mengambil bijirin. Kajian tersebut juga mengesahkan kanak-kanak yang mengambil bijirin sarapan menunjukkan fungsi kognitif yang lebih baik.
Panduan Pengambilan
Satu sajian bijirin penuh adalah bersamaan dengan 16 gram. Berikut merupakan contoh satu sajian bijirin penuh-:
Sekeping roti 100% bijirin penuh
½ cawan pasta/mee bijirin penuh
½ cawan beras perang
½ cawan oat
1 cawan bijirin sedia dimakan
3 keping biskut bijirin penuh

Tapi macam mana nak membezakan produk bijirin penuh dengan bijirin yang terproses adalah dengan melihat “whole grain stamp” pada label makanan. Jika isi kandungan yang pertama dalam label makanan terdiri daripada produk bijirin penuh misalnya oat, makanan tersebut boleh diklasifikasikan sebagai produk bijirin penuh kerana sebahagian besar isi kandungan produk tersebut terdiri daripada bijirin penuh.

Contoh macam yang ni:

Lihat label..ada tulis bijian penuh!
Tinggi ZAT BESI, KALSIUM dan ada VITAMIN A,C,D,E!

Tapi Yaya kurang suka OAT jenis ni..sebab kurang rasa..haha jadi kurang makan..Yaya suka yang ni
NESVITA 3 in1 HONEY..sebab manis..hehe ;p
Tapi punya kebaikan yang sama jgk =)

Kalau biskut pula antara biskut bijirin yang Yaya suka makan macam ni
Perasa strawberi..3 keping sudah mencukupi OK! ^,^

Jadi dengan banyak kebaikan dalam bijirin ni, rajin2 la amalkan bijirin penuh dalam diet harian selain dapat membantu mengawal berat badan dan mencegah dari risiko penyakit yang merbahaya! ^_^ 

Untuk yang tidak sempat ambil makanan bijrin pagi ni untuk sarapan, boleh mula amalkan esok pagi dan hari2 yang seterusnya ok. Semoga bermanfaat. Sama2 kita hidup ke arah yang lebih sihat.

Sekian,Wassalam =)
(Info diambil dari laman Kevin Zahri & Fabulous Taste)