Tuesday, 11 December 2012

KHASIAT BIJIRIN

Assalammualaikum w.b.t.

Selamat pagi! Dah sarapan? da mandi ke belum masa baca entri Yaya ni??hehe dah tentula korang da mandi kan..sarapan makan apa? Kalau yang xdiet mesti sarapan Nasi Lemak laa, Mee Goreng la, dan yang sewaktu dengannya..betul x?haha tau daa..tapi kalau yang berDIET macam Yaya ni makan apa? Sarapan diet yang tidak sihat mungkin cuma akan minum air..atau makan dalam roti ke kan.ataupun xmakan langsung sarapan?.sebenarnya bukanla xsihat tapi kurang memberi khasiat untuk badan.

Kalau Yaya selalu pagi2 biasa minum Milo atau air susu dengan roti@biskut@bijirin..bila Yaya kata bijirin mesi teringat iklan kat TV tol x?hehe..dah macam budak2 pula Yaya ni,pepagi makan bijirin plak..makan Koko Krunch la..Honey Star la..haha ehh xsalah tau..makanan bijirin tu memberi kita tenaga di waktu pagi ni..lebih2 lagi kalau ada aktiviti ataupun bagi yang bekerja. Meh Yaya share sikit tentang khasiat bijirin yang elok diambil sewaktu bersarapan pagi ni ^_^
Sebelum tu kita kenela tau dulu apa tu bijirin? Menurut Wikipedia (Bahasa Melayu) bijirin ni adalah merupakan sejenis rumput yang ditanam dimana biji benihnya boleh dimakan. Bijirin ditanam dalam jumlah yang banyak diseluruh dunia melebihi dari semua jenis tanaman lain dan menghasilkan lebih banyak kalori (iaitu tenaga) pada manusia.Dalam sesetengah negara membangun, bijirin merupakan satu-satunya makanan biasa. 

Amalan pengambilan bijirin penuh memberikan kesan yang positif terhadap kesihatan manusia namun begitu adakah bijirin yang diambil tersebut terdiri daripada bijirin penuh? Bijirin penuh terdiri daripada komponen bran, germa, dan endosperma. Ia kaya dengan sumber protein, antioksidans, fiber, kalsium, asid lemak perlu, pelbagai vitamin, dan mineral.
Antara sumber makanan bijirin penuh adalah biskut bijirin penuh, roti bijirin penuh, barli, bertih jagung, beras perang, oat, pasta/mee bijirin penuh, bijirin sedia dimakan, muesli, dan granola bars. Keputusan kajian epidemiologi menunjukkan bahawa individu yang mengambil bijirin penuh melebihi satu saiz sajian sehari mempunyai jisim tubuh yang lebih baik. Hal ini kerana bijirin penuh memberikan rasa kenyang yang lebih lama berbanding produk makanan yang lain. Owh...patutla Yaya rase kenyang je time tengahari..hehehe ;p


Selain itu, penyerapan bijirin penuh dalam tubuh adalah lebih perlahan sekaligus mengurangkan kandungan gula dalam tubuh. Kajian saintifik menunjukkan bahawa kekerapan pengambilan bijirin penuh mengurangkan risiko obesiti, diabetes, penyakit jantung, kanser, strok, dan tekanan darah tinggi.


Untuk kanak-kanak - menurut kajian yang dijalankan, didapati kanak-kanak yang memakan bijirin memiliki badan yang sihat dan normal berbanding kanak-kanak yang tidak mengambil bijirin. Kajian tersebut juga mengesahkan kanak-kanak yang mengambil bijirin sarapan menunjukkan fungsi kognitif yang lebih baik.
Panduan Pengambilan
Satu sajian bijirin penuh adalah bersamaan dengan 16 gram. Berikut merupakan contoh satu sajian bijirin penuh-:
Sekeping roti 100% bijirin penuh
½ cawan pasta/mee bijirin penuh
½ cawan beras perang
½ cawan oat
1 cawan bijirin sedia dimakan
3 keping biskut bijirin penuh

Tapi macam mana nak membezakan produk bijirin penuh dengan bijirin yang terproses adalah dengan melihat “whole grain stamp” pada label makanan. Jika isi kandungan yang pertama dalam label makanan terdiri daripada produk bijirin penuh misalnya oat, makanan tersebut boleh diklasifikasikan sebagai produk bijirin penuh kerana sebahagian besar isi kandungan produk tersebut terdiri daripada bijirin penuh.

Contoh macam yang ni:

Lihat label..ada tulis bijian penuh!
Tinggi ZAT BESI, KALSIUM dan ada VITAMIN A,C,D,E!

Tapi Yaya kurang suka OAT jenis ni..sebab kurang rasa..haha jadi kurang makan..Yaya suka yang ni
NESVITA 3 in1 HONEY..sebab manis..hehe ;p
Tapi punya kebaikan yang sama jgk =)

Kalau biskut pula antara biskut bijirin yang Yaya suka makan macam ni
Perasa strawberi..3 keping sudah mencukupi OK! ^,^

Jadi dengan banyak kebaikan dalam bijirin ni, rajin2 la amalkan bijirin penuh dalam diet harian selain dapat membantu mengawal berat badan dan mencegah dari risiko penyakit yang merbahaya! ^_^ 

Untuk yang tidak sempat ambil makanan bijrin pagi ni untuk sarapan, boleh mula amalkan esok pagi dan hari2 yang seterusnya ok. Semoga bermanfaat. Sama2 kita hidup ke arah yang lebih sihat.

Sekian,Wassalam =)
(Info diambil dari laman Kevin Zahri & Fabulous Taste)


68 comments:

  1. bagus infonya... hehe.. kena jaga kesihatan sekarang ni... dari sekarang.. dah tua .. dah sakit.. tak guna dah nak jaga... hehe.. ye tak

    ReplyDelete
  2. selalu ambik nesvita oat je tiap2 pagi.. dengan 3 in 1 milk tea old town.. xsuke sgt mkn berat2 breakfast ni.. nnti mengantok.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol..kan kan kan..
      tu menu pagi terbaik.. ^_^

      Delete
  3. makanan berkhasiat kan bijirin. cikna pagi2 minum susu + nestum je. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok la tu..asalkn xmkn yg berat2.. =)

      Delete
  4. u make me hungry ! hahah. teringt pula yg fitness kat rumah dah hbis. eeii. lapar~

    ReplyDelete
  5. anna sarapan kekadang makan ns lemak tapi smggu skali je la.. slain 2 anna makan kuih.. kalo x lapo sangat anna minum susu je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala xpe..mcm smngu sekali kan..
      ^_^

      Delete
  6. acik suka nesvita wrna pink tu..

    cik yaya bce neh..
    http://kauakukitaaa.blogspot.com/2012/12/skuad-penyokong-bertuah.html#comment-form

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kann...
      hehe ok..bca dah Acik..ouhhh sgt suke..hehe ;p

      Delete
  7. pernah cuba tapi gagal..kalau dah biasa melantak nasi lemak/roti canai tiap pagi...memang tak lalu la segala bagai tu...hahahha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eleh..nak seribu daya...kannn..
      haha ;p alsn je tu

      Delete
  8. saya slalu makan nestum tak tau nama betul die ape slama ni mlantak je..tp yg pasti bkan oat..hahaha..
    btw thankz for the info :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh main msuk je xtau apa khasit dlm tu eaa..
      hehe xpela..nestum tu pon bjirin jgk.. kan ^_^

      Delete
  9. Hui hui tengkayu for info yew cik Yaya manis , hehe . Kena makan selalu lah macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup! amalkan lah selalu utk kesihtn =)

      Delete
  10. sarapan pagi? nasi lemak tetap di hati :P hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...
      nak wat cmne lau dah terbiasa kannnnn ^,^

      Delete
  11. yup, compare dgn oat nesvita 3 in 1 honey lebih sedap ^^

    ReplyDelete
  12. Thanx for info..memang suka minum nestum..& biskut oat tu memang sentiasa ada..sedap kan.. :)

    ReplyDelete
  13. oat ngn nestum,,
    lgi sdap oat kot.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. urm...yaya jrng mkn nestum..nesvita mkn la..
      ehh same ke? ;p hehe

      Delete
  14. dari zaman sekolah memang jarang amik brekpes sebab nanti mesti sakit perut -_-'

    ReplyDelete
  15. sayang sekali disini tak ada, kalu ada musti lah enak juga rasakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ow..xde ke dekat sana?tapi msti ada mknan lain yg bijirn penuh kannnn ^_^

      Delete
  16. Yaya belanja sy biskut yg bawah sekali tu... Nakkk... hu3

    ReplyDelete
    Replies
    1. lau yg bwh skali tu boleh je ba.....hehe

      Delete
  17. In pun suka mkn bijirin ni semua,sedap dan berkhasiat :)

    ReplyDelete
  18. woahhh baru tahu ni...tp suka minum nestum ^^

    ReplyDelete
  19. tq sharing yaya. banyak khasiat bijirin ni sbnrnya. hehe

    ReplyDelete
  20. dlu korn rajin amik nesvita tu mase dok ostel.... sedap.. hehehe

    ReplyDelete
  21. zaty suke makan nestum dari oat..tapi kan yaya, org kate kite kena bersarapan bagaikan raja. tp biar lah berkhasiat kan? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. org kate?sape2??? haha
      aslkan mkanan yg siht ok dah tu..tp jgn mknan blemak tiap2 hari kan... =)

      Delete
  22. suka makan koko krunch dan honey star... biasanya makan kosong macam tu aje...
    tak suka makan oat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..ok dah tu kann..
      da besa still suka lg bijirin kan ^,^

      Delete
  23. kite makan.... coco crunch.. nesvita...nestum...

    nasi lemak pon oraiiiitttte,, hihihi

    ReplyDelete
  24. saya suke makan corn flake campur dengan honey star campur dengan koko crunch campur dengan m&m ..pastu letak susu ..sedapnyeeee ..berkhasiat lagi ... :D

    ReplyDelete
  25. sng kalau brekfast dgn koko crunch or sgla bijiran yg ada.. cara penyediaan sng, tambah susu dan mkn. cukup untuk mulakan pg kte kan?

    yana xsuka jenama nesvita.. suka nestum lg..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. btulll....
      2-2 tu 1kumpulan jugk kan..hehe
      xpe..aslkan bijirin..kan =)

      Delete
  26. 3 in 1 tu tak bagus untuk kesihatan sebab dia guna kelapa sawit sebagai susu. Cuba check ingredient bahan 3 in 1. Kalau tak boleh bayangkan bentuk bahan yang digunakan dalam sesuatu makanan, better jangan makan. Eat clean and healthy.

    Lagi satu, list bahan yang digunakan disusun mengikut berat bahan tersebut dalam makanan. Contoh kalau dalam biskut ingredient dia tepung, gula etc ni bermaksud tepung guna banyak tapi gula pun guna jugak. Better kurangkan makan makanan yang bergula banyak.

    ReplyDelete
  27. Tapi memang.. minum susu dengan nestum.. perut sentiasa kenyang hehehe

    ReplyDelete
  28. Kalau nestum original berapa kalori? Kalau nak mkn nestum mkn ngan susu ke air panas je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. original 90++
      lah..tpulng nk mkn cmne nestum tu..hehe
      mana2 pon boleh

      Delete
  29. Tq cik yaya.. info yg padat ... sy pun baru ada kesedaran utk mengamalkan pgambilan bijirin secara konsisten setiap hari insyaallah .. kalau d kira sblm ni mmang mkn juga sumber2 bijirin mcm bread , nuts , biskut tp x lah tau sgat fungsi kebaikan utk tubuh badan kita .. bila dah baca artikel cik yaya smakin bersemangat la sy hehehe...

    ReplyDelete

Popular Posts

BLOGLIST SEPTEMBER 2016