RAMADHAN YA NUR RAMADHAN...14#

Assalammualaikum w.b.t.
Doa Ramadhan 
“Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima olehMu melalui jalan keredaanMu serta keredaan rasulMu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam”. amin..

Sambungan..
PAGI
Tajuk ari ni adalah pagi..ye murid2..hehe..tetiba wat tajuk pagi ni napenyer.....pagi nak g sekolah ke..nk g kerje kee??Ishh..dok ehh..saje jer nak citer pasal kelebihan waktu pagi ni....^_^
Ajaibnya waktu pagi ni umpama bumi baru mula nak bernafas..korang perasan x??bila kua waktu pagi2, dengan cuaca redup sebab matahari lum terpacak lagi, kekadang berkabus..segar je rasa..kan kan kan ^o^ Jika kita merujuk kajian yang dilakukan, antara rahsia Allah s.w.t menyuruh kita bangun pada waktu subuh, bagi mendirikan solat krn pada waktu tu keadaan alam semesta, berada dalam spektrum warna BIRU MUDA, bersamaan dengan frekuensi tiroid yg mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi, warna tu ade rhsia tertentu, berkaitan dengan penawar, rezeki dan jugak komunikasi. Bila kita tak bangun waktu pagi(subuh) secara berulang-ulang kali, lama kelamaan kita akan hadapi masalah komunikasi dan rezeki.haaaaa..baru taw..??! Kenapa jadi macam tu? Sebab, tenaga alam tak dapat diserap oleh tiroid, yg mesti blaku dlm keadaan roh dan jasad bcantum, iaitu terjaga.

Kita pon selalu dengarkan kalau bangun lewat nanti rezki xmasuk..bak kate orang tua-tua..huhuhu...ada benarnya jugak. Contoh la kalau peniaga, kalau buka kedai dia lewat, sampai matahari da tegak atas pale, pastu mula kan tugas dgn keadaan lemah+xmaya almaklumla..da tengahari..huhu besar mungkin membantutkan pelanggan nak masuk ke kedai dia tu..tul x?kalau Yaya pon, g soping kompleks, da nk tghari bru buka kedai, cehh..memang xmasuk la..lambattt...baik g kdai lain dlu yg da memang sedia awal buka..haha ^o^

Dalam kitab Zaadul Maad menyatakan 4 perkara yang menghalang rezeki ialah tidur di waktu pagi, sedikit solat, malas dan berkhianat. Malah tidur pada waktu pagi jugak mnyebabkan penyakit bdn termasuk lemah syahwat. Oppss! huhu ;p baik2 yeee...

Firman Allah: "Dia menyingsingkan waktu pagi, dan menjadikan waktu malam untuk beristirehat."
(Surah Al-Aniam:96)
Kepada mereka yang memanfaatkan waktu pagi, mereka diberi ganjaran pahala di akhirat nanti. Manakala di dunia, mereka ini dikurniakan kesihatan, dibekalkan tenaga, kekuatan, kecergasan dan terhindar dari penyakit. Insyaallah.
Firman Allah: "Di dunia mereka sdikit sekali tidur pada waktu malam. Dan selalu memohon ampunan pada waktu pagi sebelum fajar."
(Surah al-Dzaariyat:17)
Amalan Nabi Waktu Pagi
1. Mandi pagi sebelum subuh. Ini kerana air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan LEMAK yang terkumpul.
2. Mengamalkan minum air sejuk segelas setiap pagi sebelum bersiwak(gosok gigi). Ia bagi mengelakkan penyakit dan ia turut diamalkan oleh orang2 Jepun.
3. Bertafakur atau bersujud sekurang-kurangnya seminit. Ini bagi bagi mengelakkan sakit kepala atau migrain. Menurut saintis yang membuat kajian tentang sujud, mereka menemui beberapa milimeter ruang udara, dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Maka dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.
4. Solat Duha. Dari Umar r.a, berkta Rasullullah s.a.w. Firman Allah dalam hadis Qudsi maksudnya, 
"Hai anak Adam, solatlah kerana Ku da rakaat Duha pada awal hari nescaya aku jamin hingga akhir hari tersebut."
(HR Al-Tabrani)
5. Membaca doa seperti berikut, "Ya Allah, dengan rahmat dan pertolongan Mu kami memasuki waktu pagi, dan dengan rahmat dan pertolongan Mu kami memasuki waktu petang. Dengan rahmat dan pertolongan Mu kami hidup dan dengan kehendak Mu kami mati. Dan kepada Mu kebangkitan (bagi semua makhluk)."
(HR Tirmizi)
6. Berzikir, membaca al-Quran dan mentadabbur isinya.

Sejauh mana kebenaran sumber ini lebih baik anda semak dahulu.
Tetapi dengan perkongsian ini harap dapat memberi sedikit motivasi untuk terus bangun awal kerana Rasulullah SAW pernah berdoa.

“Ya Allah berkatilah umatku di waktu paginya.”
(HR Tirmidzi).

Sebar-sebarkanlah risalah ini. Rasulullah s.a.w bersabda
“Sesiapa yang menunjukkan suatu kebaikan, maka dia akan
memperoleh pahala (sama) seperti pelakunya ”
(Diriwayatkan oleh Muslim, at-Tirmizi, Ibn Hibban, al-Baihaqi
dan at-Thabrani daripada Ibnu Mas’ud al-Badri r.a)
Renung2kan & selamat beramal.
Akan bersambung...

Post a Comment

9 Comments

  1. salam ramadhan sis =) thanx sebab share doa and semua2 ni. semoga hiduo sis diberkati Allah =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin..thanks..=)
      salam ramadhan jugak..moga kita semua diberkati Allah..
      amin ^_^

      Delete
  2. banyaknya keistimewaan waktu pagi. err time2 cuti selalu je tido balik lepas subuh. ruginya. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhe..lepas ni xmaw tido lg lepas subuh..nk tdo tunggu wktu sebelum zohor..tu pon stgh jam je..hikhik =D

      Delete
  3. singgah awal pagi sbb nk komunikasi dgn yaya sementara kaler biru muda still ada ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..patutla kan slalu chat pepagi..hehe ;p

      Delete
  4. Nice. Thanks shared. hehe =D Ramadhan Mubarak.

    http://thenurulee.blogspot.com/2012/08/firecrackers-consumer-be-consider-please.html

    ReplyDelete
  5. perkongsian berguna,betul..pagi2 baru bumi bernafas..segar..:)

    ReplyDelete