RAMADHAN YA NUR RAMADHAN...15#

Assalammualaikum w.b.t.
Doa Ramadhan 
“Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima olehMu melalui jalan keredaanMu serta keredaan rasulMu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam”. amin..
Sambungan..

Soal CINTA sesuatu yang abstrak untuk dijelaskan sebab ianya membawa maksud yang luas.kan? Lain padang, lain belalang, macam tu jugak lain orang, lain pulak pandangan tentang makna CINTA. Tapi yang pastinya, CINTA memberikan kehidupan pada manusia. Tanpa CINTA, ibarat jasad tidak benyawa.kaku!
CINTA BERMULA DENGAN NAMA ALLAH

Sebab tu lah CINTA adalah sesuatu yang amat ajaib untuk diperkatakan. Dari mana datangnya CINTA? Rasullulah s.a.w. ada jawapanya.
Sabdanya, "Allah menjadikan rahmat 100 bahagian. Dian menyimpan di sisi NYA 99 bahagian dan diturunkannya ke bumi ini satu bahagian, Satu bahagian inilahh yang diberikan kepada seluruh makhluk, begitu meratanya satu bahagian yang dibahagikan itu diperoleh pula oleh seeokr binatang yang mengangkat kakinya kerana dorongan kasih sayang, khuatir jangan sampai menginjak anaknya,"
(Riwayat Muslim)

Itulah sumber lahirnya sebuah CINTA. Salah satu dari nama-nama Allah yang ditiupkan ke dalam jasad setiap kejadian makhluk di muka bumi ini untuk dipinjamkan seketika. Ar-Rahim, manifestasi CINTA yang terlalu luas fungsinya. Dan mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Imam Ibn Hazm, yang melihat CINTA dari unsur luhur.

Perasaan CINTA hakikatnya mengalir dalam tiap jiwa. Tiupan kalimah nama-nama Allah dalam tubuh manusia dan haiwan itulah menjadikan makhluk di muka bumi ini mengenal erti CINTA. Subhanallah! Ku bersyukur akan nikmat yang KAU berikan padaku. Kita dapat menghidu, dapat melihat, mendengar,berkata-kata,berfikir, berjalan, dan semua yang kita boleh lakukan adalah kerana kasih sayang Allah pada hambaNYA..masihkah kita tidak bersyukur akan pemberiannya. Jika ada diantra kita yang kehilangan salah satu nya, anggaplah ianya dugaan yang Allah berikan untuk hambaNya supaya menjadi lebih bertaqwa.
Dipetik dari tulisan Mustamir Abdullah dama buku yang bertajuk Quranic Super Healing, menyatakan perasaan CINTA kasih dan sayang seorang ibu yang datang secra semula jadi kepada anknya berpunca dari kalimah ar-Rahman. Kata penulis, kalimah ar-Rahman ini tidak selalu berbentuk sesuatu yang menyenangkan si anak. Kemarahan seorang ibu boleh jadi manifestasi kasih sayang kepada si anak. Memarahi anak dengan mengharapkan anak menjadi insan yang baik.

Namun, seorang ibu tentu ingin mengekspirasikan kasih sayangnya dengan sesuatu yang menyenangkan anaknya dengan membelai, memuji dan belikan pakaian baru and so on. Tindakan itu pula dinamakn ar-Rahim. Jadi ar-Rahim adalah menifestasi kasih sayang Allah berupa kebaikan yang menyenangkan. Berbeza dengan ar-Rahman yang bersifat Maha Pemurah, boleh diekspirasikan sama ada dengan perkara menyenangkan tetapi ada jugak menyakitkan.
Kerana itu dalam Islam, kalimah Basmallah (bismillah) dibaca sebanyak 17kali melalui bacaan al-fatihah dalam solat lima waktu. Dengan sentiasa menyebut kedua-dua kalimah ini, manusia akan menjadikan Allah sebagai pusat hidup seseorang. Dengan kata lain, dari mana CINTA itu datang maka di situlah ia akan kembali!

Kalimah ar-Rahim atau boleh dikatakan sebagai kalimah CINTA dan kasih sayang ini, jika dibaca pada setiap tindakan maka seseorang akan lebih yakin, tenang, tidak gentar dan berusaha melakukannya.

Sebar-sebarkanlah risalah ini. Rasulullah s.a.w bersabda
“Sesiapa yang menunjukkan suatu kebaikan, maka dia akan
memperoleh pahala (sama) seperti pelakunya ”
(Diriwayatkan oleh Muslim, at-Tirmizi, Ibn Hibban, al-Baihaqi
dan at-Thabrani daripada Ibnu Mas’ud al-Badri r.a)
p/s:sumber diatas diambil dari majalah AL-ISLAM..juz 4 sharing wif u guys..=)


Renung2kan & selamat beramal.
Akan bersambung...

Post a Comment

8 Comments

  1. cinta, belum bersedia utk membiarkan diri terluka kerananya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. CINTA pada Allah pasti takkan terluka...=)

      Delete
  2. wahh, sdah nampak pintu hati yaya yg pnuh kacih cyang, hikk...

    ReplyDelete
  3. cinta kepada Allah adalah cinta yang abadi. :)

    ReplyDelete
  4. Sebarkanlah cinta sesama islam :D.

    ReplyDelete