Doa Ramadhan
“Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima olehMu melalui jalan keredaanMu serta keredaan rasulMu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam”. amin..
Sambungan..
Sebenarnya tidak sukar untuk kita mencari keredhaan Allah s.w.t. Sebagai hamba, kita hanya perlu melakukan setiap ibadah dan amal kebajikan yang disuruh dengan tidak meninggalkan sebarang ibadah yang telah difardukan seperti solat lima waktu, berzakat, puasa, menutup aurat, dan lain2. Selain tu, kita digalakkan bagi melakukan amalan2 sunat, kerana bagi pendapat Yaya, amalan2 sunat ni adalah penambah baik kepada setiap amalan yang telah difardukan. Contoh macam solat, kan banyak amalan solat2 sunat..jika solat fardu kita kemungkinan ada cacat cela sedikit, amalan yang sunat tu la yang akan membantu kita menutup kecacatan itu. Insyaallah. Selain tu, amalan yang dilarang sama sekali jangan dibuat, samada kita sedar atau tidak, banyak juga kesalahan yang kita buat. Sentiasalah perbaiki diri dan jangan sesekali menilai orang lain.
Menurut At-Tirmizi, terdapat 7 cara bagaimana memikat keredhaan Allah iaitu:
1. Bertaubat kepada Allah s.w.t. Taubat, jalan utama bagi manusia meraih keredhaan Allah s.w.t. Taubat adalah salah satu cara penyucian jiwa dan menjernihkan hati dari sebarang dosa. Allah sangat suka pada orang2 yang bertaubat sebagaimana dalam firmanNYA:
"Allah menyukai orang2 yang bertaubat dan membersihkan diri."
(Surah Al-Baqarah: 222)
2. Hidup dalam keadaan zuhud. Rasullullah s.a.w. menyatakan zuhud pada dunia bukan bererti mengharamkan yang halal, dan tidak mahu menambah harta. Tetapi zuhud pada dunia, kamu tidak lebih yakin dengan apa yang di tangan mu, daripada apa yang ada di tangan Allah. Menurut Ibn Taymiyah pula, zuhud bererti meninggalkan segala sesuatu yang tidak memberi manfaat untuk akhirat.
3. Berusha melawan hawa nafsu. Dari Abu Dardai, Rasullullah s.a.w., bersabda,
"Rasa cinta pada sesuatu boleh membutakan dan menulikanmu. Dunia itu lawan akhirat. Oleh itu sesiapa sahaja yang mencintai dunia bererti, telah buta dan tuli dari akhirat. Sebaliknya sesiapa sahaja yang mencintai akhirat, bererti dia telah buta, tuli dari dunia. Nafsu itu lawan dari Tuhannya. Hawa nafsu mengajak manusia untuk mentaatinya. Sesiapa shja yang mcintai hawa nafsu bererti telah buta dan tuli dari Allah s.w.t. Sebaliknya sesiapa yang mcintai Allah, telah buta,tuli dari hawa nafsu."
4. Mencintai Allah lebih dari segalanya.
"Katakanlah! Kalau benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku nescaya kamu akan dicintai Allah."
(Surah Ali-Imran: 31)
5. Mengekang hawa nafsu.
"Sesiapa sahaja yg dtg kepada Tuhannya, sbg org yg beriman dan bersungguh-sungguh melakukan amal soleh, nescaya akn memperolehi drjt yg tinggi iaitu syurga Aidn yg didlmnya mengalir sungai-sungai. Mereka kekal disna. Itulah gnjaran bgi orang yang suci.
(Surah Thaha:75 & 76)
6. Takut kepada Allah s.w.t.
"Allah menurunkan pemberitaan yang terbaik iaitu kitab (Al-Quran) yang berupa ayat2 Al-Quran. Tubuh orang2 yang takut terhadap Tuhannya dilihat gementar kerana kitab tersebut."
(Surah Az-Zumar:23)
7. Mendekati Allah s.w.t. Memperbanyakkan sujud kerana menurut Abu Hurairah r.a., drpd Rasullullah s.a.w. bersabda:
"Tempat yang paling hampir seorang hamba dengan Allah adlah kita mana ia bersujud. Maka perbanyakkanlah berdoa.
(HR Muslim & Abu Daud)
Sebar-sebarkanlah risalah ini. Rasulullah s.a.w bersabda
“Sesiapa yang menunjukkan suatu kebaikan, maka dia akan
memperoleh pahala (sama) seperti pelakunya ”
(Diriwayatkan oleh Muslim, at-Tirmizi, Ibn Hibban, al-Baihaqi
dan at-Thabrani daripada Ibnu Mas’ud al-Badri r.a)
Renung2kan & Selamat beramal.
Akan bersambung...
Sekian, Wassalam..=)
2 Comments
Sama-samalh kita mencari keredhaan-Nya. salm Ramadhan :)
ReplyDeleteInsyaallah...
Deletesalam ramadhan jg =)