Wednesday, 20 June 2012

Tuesday, 19 June 2012

TIBA SYAABAN PULA..=)

Assalammualaikum w.b.t.

Rejab sudah sampai ke penghujungnya..tiba pula bulan Syaaban...antara bulan yang diberkati. Macam dalam bulan Rejab jugak..Syaaban pun ade kelebihan2 nya yang tersendiri..

Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan
Hadis:
Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.”
(Al-Bukhari)
Antara amalan2 yg amat digalakkan dalam bulan Syaaban ni:
- Mengikut dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin) 
Bertaubat 
- Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat. 


Wallahualam...
Apa yang penting, semuanya bergantung pada niat kita..semoga segala apa ibadah yang kita lakukan, semata untuk mendapat REDHA Allah S.W.T. dan diterima segala amalan kita..Info semua kat atas ni Yaya just copy n paste skit dari laman web Jakim-Himpunan Hadith. Just for sharing. Sesapa yang xberkesempatan nk surf mengenai bulan Syaaban ni. =) 

Alhamdulillah, dapat berpuasa dalam bulan Rejab yang dah lepas ni..dan berharap dapat sempurnakan puasa dalam bulan Syaaban seterusnya bulan Ramadhan yang dinanti2..yela..kita xboleh ramal masa depan kita, apa yang bakal terjadi di masa akan datang, jangan cakap setahun atau dua tahun, mngkin bbrapa bulan akan datang, atau minggu, atau hari..entah kita masih bernyawa atau tidak..entah kita sempat bpuasa lagi atau tidak..waktu yang ada ni la kita kene hargai..jangan sampai nanti kita termasuk dalam golongan orang2 yang rugi dan menzalimi diri sendiri nanti sudahlah..nauzubillah..! semoga dijauhkan..
Tak lupa jugak pada yang belum ganti pose Ramadhan tahun2 sebelum ni..bile kome nak ganti??tinggal sebulan je masa ni..jangan tangguh2..kita xtaw bila ajal dtang menjemput kita kembali, jangan sampai menyusahkan orang lain untuk mengganti pula puasa anda..ok..^_^
Renung2kan...

p/s: Yaya dari tahun lepas lagi dah ganti puasa Ramadhan yang tertinggal...anda?sudah?

Sekian, Wassalam..=)

Thursday, 14 June 2012

CARI JODOH?

Assalammualaikum w.b.t.

Amboi ko Yaya tajuk nak ‘panas’ jek..! cari jodoh la sangat...gatai bebenor! >,< eh, owang da 20++ laahh..xkan nak tunggu umo 30 baru pikir nak cari..??tol x?? ;p Tapi, xpayahla nampak sangat ‘perigi cari timba’..tawakal n doa je, moga DIA memberi kita jodoh yang terbaik dan sesuai dengan diri kita..=> ♥♥♥


Sebab gatai tangan dan lagi tetibe few day ni asik dok cakap pasal pakar motivasi terkenal Dr.Fadzilah Kamsah, g la dok google apa2 yg best pasal Dr.Fadzilah Kamsah ni then, ternampak plaks tips2 yang dia bagi untuk cari jodoh..hehe..korang leh r rujuk kat bawah ni ye..Yaya copy n paste je..for sharing..petua yang amat berkesan! Hooo ^o^
60 PETUA MENDAPAT PASANGAN
1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan. (@o@)

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Harap sangat dapat jodoh yang sesuai dengan Yaya..(hoho ^o^) boleh ik0t tips2 yg Dr. bagi nih! @o@ heeee... =D

Renung2kan....=)

Sekian,Wassalam...^_^

Saturday, 9 June 2012

SHOPPING - SATURDAY!!

Assalammualaikum w.b.t.

Takde keje len nak wat dak Yaya ni..bsoping lak ari sbtu ni..xreti nak menyimpan!huh! >,< alaaa bukan tiap2 hari soping..kan kan kan ;p

Pagi2 je nak besiap kua..plan pagi nak g amik brg order kt Sis dealer Catalyst:VCO kat Sek.7..pas amik brg terus drift ke PAS, S.alam lak. Hajat nak beli barang yg telah awal bulan lagi di'bajet'kan..perbelanjaan kehendak saya..diulangi..barang KEHENDAK bukan KEPERLUAN..^o^ hooo membazir......

Banyaknyerr barang kat PAS..kasut lawa2..ade kat 1 kedai ni..FOOTIN kot namanyer...err..lebih kurng la..tpikat dengan kasut wedges nyer..mura..tapi cuci mate je la..sbb kasut xde dalam list bajet saya bulan ni..heee >,< tapi sandal adela..haha ;p banyk jugak tundg n shwl lawa2..dalam list cume beli anak tudng je.okeyh! huuu nak cari Radio MP3 dengan speker skali memang payah la..semua kedai komputer kat sana Yaya redah..dengan muke xmalu menanya kat sume uncle2 n abg2 encem psl radio mp3 tu sume xde..yg ade mp3 kecik yg mhal tu..ceh! tu bukan dalam list den ni ha...Yaya beli barang mura tp bkualiti jee...^o^

Ni barang soping ptg tadi..bju cardigan,sandal,ank tudng dgn Catalyst VCO..! da nk habis da..^,^

Lepas habis soping kat PAS..tengok jam da lewat kul 2 dah..terus lik uma..relax jap pastu continue soping smbil cuci mate g Bukit Tinggi kat GM Klang plak..hoho ^o^ nak cari jugak Radio Mp3 tu..lame da smpan uet utk mende alah tu..xsngup nk smpan lagi..kalo x,memg habis Yaya wat beli kasut plak nti..huuu ;p 

Jalan punye jalan...cuci mate sane sini tengok orang, tengok barang...^o^ akhirnye jumpa jgak! yeaaa!! suke sangat..
*Antara radio MP3 kat kedai Uncle ni..comel n kiut2 jek.murah lak tu  =)*

Yaya g tengok kat 1 kedai..je..walaupon mungkin ade kedai lain jgak yg jual lagi lawa tpi Yaya malas nak g survey...Yang da dapat ni pon rasenyer ok n berbaloi kot..memang yang dicari...

*Tapi Yaya pilih ini!! hehe..petak!pink!lak tuh..huhu;p ade warne lain lagi, itam,silver,hijau..n pink..so as a girl Yaya pilih pink.laa..haha ^o^ (gedik weii..nympah orang!xble bla.. -_-)*

 
*Terbaik...! ini yang aku cari2! hoho..boleh dibawa kemana sahaja...eceh..!*

*Guna bateri hp NOKIA yang xble blah tuu...huuu ^o^ kene cas cm biasela..kan..*

Ok da beli MP3...balance uet ade lagi...so nak g cari button untuk tudng..^o^ lame da usha...nmpk beli banyk dpt hrga lagi mura..pe lagi..borong sedozen laa..^o^ !

*Button dier tomei2...huuu rambang mate..kene hati2 jugak pilih..taw2 jela pin mcm ni kann..^_^*

*hah! yang ni plak lain hrge..huuu..xdapat nak beli button riben yg tomei ni..geramm..!*

(hajat nak ikut cara FL pakai....>,< comei kan..xpela..ade rezki lebih nanti bru g beli lagi)

*nahhhh....sedozen! semua wrne ade..amik ko! huhu..pandai x Yaya pilih yg tomei2..?? heee ^o^*

Ok..da habis..puas soping menghabiskan uet..balik r pe lagii...ponat berjalan besesak dengan orang ramai..>,< trlalu ramai smpai sush cari parking kt GM tadi.. smpai nak fedup n ptus asa cri prking lol! ;p dahla g sensorang...huuuu xpela..memang da selalu n biase kua jenjalan sensorang..nasib baik xpopular..lau x, kene culik! hoho ^0^ giloss...

*Ok..da lik umah..terus cas n testing radio MP3 ku...^,^ comeinyer..tengok antena dier tuuu...dengan lampu biru kat bawah tu..stylo laa..haha!*

Sekian, Wassalam...=)

  *today:9/6*


Wednesday, 6 June 2012

WORDLESS WEDNESDAY =)

Assalammualaikum w.b.t.

*ngantuk pon bole makan lagi..haha*


p/s: suke tengok memek muke dier..alolololo grrr..geget pp! ^0^


Sekian, Wassalam...=D

Tuesday, 5 June 2012

RAHSIA SAYA: VCO


Assalammualaikum w.b.t.

Hari ni Yaya tetibe je nak update entri pasal satu produk supplement  yang Yaya gune ni..saje nak share..=) sebab Yaya rase produk ni ade kesannya kat Yaya. Produk apa? Produk tu ialah ‘Virgin Coconut Oil’ (VCO) atau dalam bahasa, biasa kita dengar Minyak Kelapa Dara..keluaran CATALYST tapi Yaya xmakan minyak macam tu je ea..ni dalam bentuk softgel…hehe. Ade jugak dalam bentuk cecair tapi xmau la..xsuke..kalo softgel je kan senang, telan sekali cmtu jek..;p


Yaya baru start makan dalam buln 4 kot..bulan ni da masuk botol yg ke-3..(1 botol, 1bulan) n skarang da jadi amalan harian dah ni..Masa awl ambil 1 botl kurng rase/nampak  kesannyer..tapi bila da masuk botol ke-2 Yaya baru perasan yg pimples pon xterlalu bnyk yg kua dah, kalo kua pimples  akan cepat susut. Lepas tu bekas jerawat yg slalo kalo pepagi tngok kat cermin je, mesti pkir cmne la nk ilangkan parut kt muke ni kan..pon dah kurang kt muke ni. Dalam hati kate “berkesan jugak VCO ni ea..”huhu..yela sbb mase mula ambil pimples ade kua skit..tapi Alhamdulillah da bkurang..n Insyallah akan terus gune VCO ni.  ^o^
Bagi yang kurang taw pasal VCO, Yaya share skit kat kome bagi kome taw tentang kebaikan dia. ^_^

VCO adalah ''Virgin Coconut Oil'' atau minyak kelapa dara diproses tanpa menggunakan haba atau kimia menyimpan pelbagai khasiat yang tidak diketahui umum. Kajian ke atas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar-pakar negara Barat sejak awal tahun 1930an lagi. Kebanyakan kajian dilakukan ke atas penduduk di Kepulauan Pasifik di mana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian. Pakar-pakar tersebut merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelbagai kesan positif ke atas kesihatan manusia. Sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser.

Antara khasiat nya:
  Menghilangkan parut jerawat dan strechmark bagi wanita yang hamil.
  Tiada masalah keputihan ketika hamil.
  Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak, dan kering.
  Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
  Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari.
  Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
  Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin.
  Melawaskan pembuangan air besar dan kecil.
  Melindungi tubuh daripada kanser.
  Jerawat cepat susut.
  Sistem penghadaman lebih baik.
  Kesuburan.
  Agen pelincir dalam hubungan suami isteri.
  Melancarkan kitaran haid dan kurangkan rasa senggugut.
  Batuk dan Selsema cepat hilang.
  Mengurangkan tidur berdengkur.
  Memperbaiki kandungan asid dalam rahim.
  Memperlambatkan proses monopaus bagi wanita.
  Membantu pesakit Hepatitis C, Cacar dan Herpes.
  Mengelakkan penuaan awal dan kedutan kulit.
  Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang dan lembut.
  Mengekalkan fungsi tiroid yang sihat.
  Mencegah dan mengatasi jangkitan bakteria, virus dan kulat (yis) dan masalah sakit kulit pada kemaluan (masalah keputihan).
  Mencegah risiko penyakit jantung dan kadar kolestrol tinggi.   
  Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang.
  Terhindar dari segala alahan.
  Tidak meningkatkan paras kelekitan platlet dalam darah yang menjadi punca serangan jantung.

Ha, bagus x VCO ni?? Memang dari dulu lagi Yaya da dengar psal minyak kelapa dara ni  tapi baru sekarang dapat merasa khasiat dier..korang pon cubelah..untuk kecantikan luaran dan kesihatan dalaman..xsalah kalau mencuba tapi macam biasa, kenela berhati2..sekarang kan banyak produk tiruan..nanti  pe yg nak xdapat, sakit lain pulak yang datang. Kalau ade yang berminat, yg nak taw lebih pasal vco ni, pe lagi kebaikan dia, macammana nak makan, boleh beli online. 1st botol Yaya beli kat sini la, meh KLIK SINI –tolong pomot plak dah blog orang..huu. Lepas tu utk botol seterusnyer Yaya beli kat dealer dia yg kat area Klang-Shah Alam je..COD..jimat uet pos ;p

Selamat mencuba ye! ^,^
Sekian,
Wassalam…=)



Popular Posts