Assalammualaikum w.b.t.
Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.
Hadis:
Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.”
(Al-Bukhari)
Antara amalan2 yg amat digalakkan dalam bulan Syaaban ni:
- Mengikut dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
- Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
- Bertaubat
- Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.
Wallahualam...
Apa yang penting, semuanya bergantung pada niat kita..semoga segala apa ibadah yang kita lakukan, semata untuk mendapat REDHA Allah S.W.T. dan diterima segala amalan kita..Info semua kat atas ni Yaya just copy n paste skit dari laman web Jakim-Himpunan Hadith. Just for sharing. Sesapa yang xberkesempatan nk surf mengenai bulan Syaaban ni. =)
Alhamdulillah, dapat berpuasa dalam bulan Rejab yang dah lepas ni..dan berharap dapat sempurnakan puasa dalam bulan Syaaban seterusnya bulan Ramadhan yang dinanti2..yela..kita xboleh ramal masa depan kita, apa yang bakal terjadi di masa akan datang, jangan cakap setahun atau dua tahun, mngkin bbrapa bulan akan datang, atau minggu, atau hari..entah kita masih bernyawa atau tidak..entah kita sempat bpuasa lagi atau tidak..waktu yang ada ni la kita kene hargai..jangan sampai nanti kita termasuk dalam golongan orang2 yang rugi dan menzalimi diri sendiri nanti sudahlah..nauzubillah..! semoga dijauhkan..
Tak lupa jugak pada yang belum ganti pose Ramadhan tahun2 sebelum ni..bile kome nak ganti??tinggal sebulan je masa ni..jangan tangguh2..kita xtaw bila ajal dtang menjemput kita kembali, jangan sampai menyusahkan orang lain untuk mengganti pula puasa anda..ok..^_^
Renung2kan...
Renung2kan...
Sekian, Wassalam..=)
17 Comments
nauzzubillah, minta minta dijauhkan dari tergolong dalam orang orang yangg rugi. amin.
ReplyDeleteAlhamdulilah. Habis syaaban, insyaAllah kita tggu ramadhan sesama. :))
ReplyDeleteInsyalh... =)
Deleteterima kasih infonye..;)
ReplyDeletesame2..=)
Deletenice sharing en3 ^^
ReplyDelete^_^ untuk tatapan bersama
Deletethnks 4 the info .
ReplyDeletewelcme..
DeleteBagus artikel yaya.......mmm...blog pun cantik orangnya pun manis.....heheh...
ReplyDeleteamboi..huuu pe pun thanks! ^_^
Deletekunjungan siang disini :)
ReplyDeletetrimas..=)
Deletealhamdulillah..semoga kita semua ketemu ramadhan mendatang :)
ReplyDeleteInsyaallah..^_^
Deletetak sabar nak masuk ramadhannn...:)
ReplyDeletekan..^_^
Delete