Amboi ko Yaya tajuk nak
‘panas’ jek..! cari jodoh la sangat...gatai bebenor! >,< eh, owang da
20++ laahh..xkan nak tunggu umo 30 baru pikir nak cari..??tol x?? ;p Tapi,
xpayahla nampak sangat ‘perigi cari timba’..tawakal n doa je, moga DIA memberi
kita jodoh yang terbaik dan sesuai dengan diri kita..=> ♥♥♥
Sebab gatai tangan dan lagi
tetibe few day ni asik dok cakap pasal pakar motivasi terkenal Dr.Fadzilah
Kamsah, g la dok google apa2 yg best pasal Dr.Fadzilah Kamsah ni then,
ternampak plaks tips2 yang dia bagi untuk cari jodoh..hehe..korang leh r rujuk
kat bawah ni ye..Yaya copy n paste je..for sharing..petua yang amat berkesan!
Hooo ^o^
60 PETUA MENDAPAT PASANGAN |
1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang
menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu
dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib
berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan
tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum
bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu
jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda
dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal
pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati
yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang
negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar,
baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran
positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda
akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal
pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus
sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa.
Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan
pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi
tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda
anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta
mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke
hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan
penuh kasih sayang.
12. Kita boleh
berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan
hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara
berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati
sebab lewat menyatakan hasrat kepada
bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan
(iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan
usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang
memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat
menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal
pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang
dia suka. Beri tumpuan kepada minat
dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti
kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera
agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi
yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal
dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai
mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang
perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri
sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap
sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik
kepada kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan
hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah
berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan
penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat
atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah
orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan
kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan
kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau
memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan
bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan
sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak
sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan
yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan
sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal
pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa
atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan
membentuk hubungan dengan berbual dan
bercakap. Lelaki bentuk hubungan
dengan melakukan sesuatu kegiatan secara
bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan
yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik,
aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh
serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang
mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal
pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas,
serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan
emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira,
sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai
pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan,
kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal
pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk
ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai
ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa
syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya
bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda
jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk
keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau
memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan
diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak
sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan
baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang
digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai
dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda
yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan
dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering
dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang
tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap
pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya
terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan
keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia
akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’
bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut.
Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu
cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara
dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk
mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan
diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang
gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan
yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan
belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan
hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya
di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin,
memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan
disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan,
memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu
bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya
tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya
atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan
harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai
sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal
pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut.
Ini cara terbaik memutuskan hubungan. (@o@)
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki
yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai
mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan
harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang
berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki
terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan
kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen
atau cuba
beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar
dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah,
jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan
kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia
merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara
terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara
berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.
Harap sangat dapat jodoh yang sesuai dengan Yaya..(hoho ^o^) boleh ik0t tips2 yg Dr. bagi nih! @o@ heeee... =D
Renung2kan....=)
Sekian,Wassalam...^_^
14 Comments
bagusnya ada tips2 mcm ni. boleh dijadikan panduan. huhu.. TQ yaya. moga dpt jodoh yg diimpikan. :)
ReplyDeletesesama...
Deletetq jgk ea..hihi ;p
ada tips la.. leh la digunakan.. :)
ReplyDelete^,^
Deletekunjungan gan .,.
ReplyDeletesaat kau kehilangan arah ingatlah masih ada yang menolong mu
dan tetap berdoa mengharap untuk menemukan jalanmu.,.
di tunggu kunjungan balik.na gan.,.
er...xpaham..tp apepun thanks.. =)
Deletenice tips ni ^^
ReplyDeletehehe.. =D
Deletelaju laju membaca :)
ReplyDeletelaju baca ke xbce lgsung...??huuu
Deletewahh..post ini...sgt berkaitan untuk sy :P
ReplyDeletehehe...bace2..!
Deleteehh, lelaki tu ada janggut iras2 sy laa, hikk...
ReplyDeleteehhh..yekeee??hehe
Delete