بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه
19 Jamadilawal 1446H | 21 November 2024
Kita ni kadang-kadang seronok sangat dengan dunia. Beli barang baru, makan sedap, dapat like banyak di media sosial—semua tu buat kita rasa puas.
Tapi, pernah tak kita fikir, semua ni sementara je? Dalam Quran, Allah dah ingatkan kita:
"Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan,
sesuatu yang melalaikan, perhiasan, dan saling berbangga di antara kamu
serta berlomba dalam kekayaan dan anak keturunan..."
(Surah Al-Hadid: 20)
Dunia ni macam taman permainan. Kita berseronok, tetapi bila dah tiba masanya, kita kena balik ke "rumah" sebenar kita. Bila? Wallahu a'lam. Takde siapa tahu bila "tiket" kita akan tamat tempoh, tapi yang pasti, kita semua akan pulang kepada ALLAH SWT.
Jangan Tertipu dengan Kesenangan Sementara
Kadang-kadang kita tengok orang berjaya, kaya raya, hidup nampak senang. Kita mula cemburu dan rasa hidup kita ni serba tak cukup. Tapi, Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripada kamu, dan janganlah melihat kepada orang yang berada di atas kamu, kerana itu akan lebih menjadikan kamu tidak memandang rendah nikmat Allah kepada kamu.”
(Riwayat Muslim)
Pernah tak kita tengok orang yang susah, yang mungkin tidur di kaki lima, berjuang untuk sesuap nasi? Dari situ, kita belajar bersyukur dengan apa yang kita ada. Harta, pangkat—semua ni Allah pinjamkan sementara je. Apa yang penting adalah amalan dan hati yang sentiasa ingat pada Allah.
Bekalan untuk "Perjalanan" Jauh
Setiap hari adalah peluang untuk kita menambah bekalan. Solat, sedekah, zikir, semua tu jadi "saham" kita diakhirat kelak. Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Sebaik-baik bekal adalah takwa."
(Riwayat Ahmad)
Bila kita kumpul takwa, kita bukan je buat bekalan untuk akhirat, tapi hati kita juga jadi lebih tenang di dunia. Ujian datang pun kita rasa ringan sebab kita tahu ALLAH bersama kita =)
Istiqamah dalam Kebaikan
Hidup ini singkat. Hari yang berlalu takkan kembali. Jadi, daripada kita habiskan masa dengan benda dan perkara yang tidak membawa manfaat, lebih baik kita cari amalan yang boleh mendekatkan kita kepada ALLAH SWT. Bila kita ikhlas, insyaAllah, ALLAH akan mudahkan jalan kita . Betul tak =)
Ya Allah, jadikanlah kami hamba yang sentiasa ingat pada-Mu dalam susah dan senang.
Kurniakanlah kami hati yang ikhlas, dan redha dengan segala ketentuan-Mu. Amin.
Tulisan asal daripada ceramah ustaz ustazah
Wallahu'alam.
Semoga bermanfaat =)
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ
Jom sama-sama amalkan doa ini;
اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْتَعِيْنُكَ وَنَسْتَغْفِرُكَ وَنُؤْمِنُ بِكَ وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ وَنُثْنِيْ عَلَيْكَ الْخَيْرَ وَنَشْكُرُكَ
وَلَا نَكْفُرُكَ وَنَخْلَعُ وَنَتْرُكُ مَنْ يَّفْجُرُكَ
Maksudnya;
"Ya Allah, kami memohon pertolongan dari-Mu, kami memohon ampunan-Mu, kami beriman kepada-Mu, kami bertawakkal kepada-Mu, kami bersyukur kepada-Mu, dan kami tidak ingkar kepada-Mu. Kami meninggalkan dan memutuskan hubungan dengan sesiapa yang menyembah selain daripada-Mu."
JANGAN LUPAKAN DOA UNTUK KAUM MUSLIMIN DI PALESTINA
Syaikh Dr. Shalih bin Abdillah bin Hamd Al-‘Ushaimi hafizhahullahu ta‘ala mengatakan:
الدعاء من حقوق الإخاء: اللهم اجعل للأقصى و أهله فرجًا، و اكفِ المسلمين شرَّ الأشرار، و كيد الفجَّار.
“Doa itu merupakan hak persaudaraan :
'Ya Allaah berikanlah jalan keluar bagi Al-Aqsha dan penduduknya,
serta lindungilah seluruh kaum muslim dari keburukan
orang-orang jahat dan makar para pendosa'.”
Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻
Jom Selawat!! 💕
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
2 Comments
Peringatan yg bagus dari bacaan di sini.. Sepupu baru meninggal minggu lepas.. rasa mcm seperti baru semalam bermain bersama.. hari ini sudah meninggalkan kita..
ReplyDeleteInnalillahiwaiinailahirajiun. Yaya pun ramai kenalan/sedara yg meninggal dunia sejak awal tahun ni.. diri sendiri pun tgu masa je =')
Delete