Laa Hawla Wala Quwwata Illa Billah!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه
13 MUHARRAM 1446H | 19 JULAI 2024 
Salam Jumaat💚
"Hari ni saya kuat kerana anak-anak."

"Saya kena kuat. Sebab saya nak hidup."

"Saya kena kuat demi anak-anak."

"Hari ni saya kuat sebab mak ayah saya."

Salah cara awak bercakap. Sebab itu hidup awak penat dan susah.


"Saya kuat demi anak-anak."
Salah cara awak bercakap. Kena betulkan balik cara awak bercakap. Bila awak kata awak kuat kerana anak, memang awak takkan kuat. Awak kena kuat kerana ALLAH. Bukan demi anak-anak!

Bila awak kuat kerana ALLAH, anak-anak pasti terjaga. Hidup kita ni, ALLAH segala-galanya.

Kita tak disuruh sayang mak ayah kita lebih-lebih. Kita tak disuruh sayang pasangan kita lebih-lebih. Kita tak disuruh sayang anak-anak kita lebih-lebih. Kita disuruh lebih sayangkan ALLAH. Kita kena kuat kerana ALLAH. Kita ada ALLAH Yang Maha Kuat.

Kalau awak tahu awak ada ALLAH Yang Maha Kuat, hari ni awak kuat kerana ALLAH yang bantu awak, maka awak lihatlah, akan mudah hidup awak. ALLAH bantu.

Hari ini ramai ibu-ibu tunggal yang gagal untuk mengendali kehidupan mereka sebab mereka cakap benda yang salah.

Kita kena banyak istighfar dan banyak bertaubat kepada ALLAH. Perbetulkan percakapan itu. Perbetulkan kesilapan itu.

Jangan sebut lagi , "Saya kena kuat demi anak-anak."

Tak kiralah kita itu ibu tunggal ke atau balu.

La Hawla Wala Quwwata Illa Billah (لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ)
[ Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan (pertolongan) Allah ]

Kalau kita faham tujuan hidup kita ini untuk ALLAH, demi ALLAH dan kerana ALLAH, maka kita pasti jadi orang yang bersyukur dan bersabar. Kerana orang yang sabar Insya-ALLAH ALLAH jaga dia. ALLAH tak kata sabar itu mudah tetapi ALLAH berjanji bahawa ALLAH berserta dengan orang-orang yang sabar.

Iya benar, kita cetek dengan agama. Tetapi itu bukan alasan untuk kita terus lalai sampai bila-bila. Betul, kita kurang ilmu. Tapi bila ilmu dah sampai, kita kena sedarkan diri kita. Semuanya kuasa ALLAH. Sebab itu kita kena bangun malam menangis kepada ALLAH dalam taubat kita.

"Ya ALLAH, selama ni aku silap , Ya ALLAH. Selama ni aku salah, Ya ALLAH
Tapi KAU masih lagi beri rezeki pada aku. Tapi KAU masih lagi beri mulut aku makan 
ada rasa sedap, ada rasa kenyang. Mata aku masih lagi boleh nampak. 
Telinga aku masih lagi tak pekak. Berdosa aku pada KAU , Ya ALLAH
Rupanya aku dah salah dalam hidup ini."

Kita kena perbaiki semula. 'Repair' balik kesilapan kita. ALLAH bagi ujian sebab ALLAH tahu kita mampu. Tapi kenapa kita rasa kita tak mampu? Kenapa kita rasa tak kuat?

Sebab kita sombong dengan ALLAH.
Kita tak balik pada ALLAH.
Kita tak minta doa dengan ALLAH.
Kita tak bergantung kepada ALLAH.

Sebab itu hidup kita penat dan susah!

ALLAH dah sebut,
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
"ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
[ QS Al-Baqarah 2:286 ]

Terang dan jelas ALLAH sudah sebut. Kita diuji sesuai dengan kemampuan. Yang memberi kita kemampuan itu siapa? ALLAH

Yang memberi kita kuat untuk berhadapan dengan ujian itu siapa? ALLAH

Maka baliklah kepada ALLAH.
Bergantunglah kepada ALLAH.
Minta kekuatan dari ALLAH.
Kuatlah kerana ALLAH.
Kuatlah demi ALLAH.

Supaya kita senantiasa dijaga dan ditolong oleh ALLAH. Insya-ALLAH, akan hilang penat dan susah.

Laa Hawla Wala Quwwata Illa Billah!

Wallahu'alam.
Semoga bermanfaat =)

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ

Jom sama-sama amalkan doa ini;
اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْتَعِيْنُكَ وَنَسْتَغْفِرُكَ وَنُؤْمِنُ بِكَ وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ وَنُثْنِيْ عَلَيْكَ الْخَيْرَ وَنَشْكُرُكَ 
وَلَا نَكْفُرُكَ وَنَخْلَعُ وَنَتْرُكُ مَنْ يَّفْجُرُكَ
Maksudnya;
"Ya Allah, kami memohon pertolongan dari-Mu, kami memohon ampunan-Mu, kami beriman kepada-Mu, kami bertawakkal kepada-Mu, kami bersyukur kepada-Mu, dan kami tidak ingkar kepada-Mu. Kami meninggalkan dan memutuskan hubungan dengan sesiapa yang menyembah selain daripada-Mu."

JANGAN LUPAKAN DOA UNTUK KAUM MUSLIMIN DI PALESTINA

Syaikh Dr. Shalih bin Abdillah bin Hamd Al-‘Ushaimi hafizhahullahu ta‘ala mengatakan:

الدعاء من حقوق الإخاء: اللهم اجعل للأقصى و أهله فرجًا، و اكفِ المسلمين شرَّ الأشرار، و كيد الفجَّار.

“Doa itu merupakan hak persaudaraan :
'Ya Allaah berikanlah jalan keluar bagi Al-Aqsha dan penduduknya, 
serta lindungilah seluruh kaum muslim dari keburukan 
orang-orang jahat dan makar para pendosa'.”

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻

Jom Selawat!! 💕
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Post a Comment

7 Comments

  1. Iman kena kuat dalam ujian yg diberi.. Dan betul ujian diberi ikut kemampuan hamba-Nya.. Apa pun terima kasih atas peringatan yg diberi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama. terima kasih tak bosan singgah blog yang kurng update ni ,, lol =D

      Delete
  2. Terima kasih atas perkongsian ni. Sesungguhnya tiada kekuatan melainkan datangnya dari Allah SWT. Israel hari ni sombong dengan kekuatan dieorang sebab ada senjata dan sokongan dari makhluk Allah tapi saya percaya dengan sekelip mata je Allah boleh tarik kekuatan dieorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. ALLAH ada dan sentiasa ada bersama mereka dan kita semua. Amiin

      Delete