TUJUAN HIDUP SEBENAR

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه
11 Muharram 1446H | 17 Julai 2024 

Pernah tak kita berhenti sejenak dan bertanya, "Untuk apa kita hidup di dunia ini?" Kita bangun pagi, sibuk bekerja, mencari harta... dan ianya berulang setiap hari. Tapi, adakah itu saja tujuan hidup kita?


Allah SWT menciptakan kita dengan tujuan yang jauh lebih besar daripada sekadar mencari wang dan kemudian meninggalkan dunia ini. Firman Allah dalam Surah Adh-Dhariyat, ayat 56:

﴾ وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ﴿٥٦
Ibadah kepada-Ku, itulah tujuan penciptaan jin dan manusia.”


Tak salah untuk berusaha dan mencari rezeki, tapi jangan sampai kita terlupa bahawa tujuan utama kita adalah untuk beribadah dan menjalankan perintah-Nya. Harta, pangkat, dan kejayaan di dunia ini hanyalah sementara. Apa yang kekal adalah amalan kita dan apa yang kita sumbangkan untuk kebaikan ummah dan dunia.

Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya. 
 
Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

Jadi, mari kita gunakan waktu dan kekuatan yang diberikan Allah kepada kita untuk hal-hal yang bermanfaat. Bukan hanya mencari wang, tetapi juga memperbaiki diri, menolong orang lain, dan mendekatkan diri kepada pencipta kita.

Ingatlah, kebahagiaan sejati bukan datang dari seberapa banyak kita memiliki, tetapi seberapa banyak kita dapat menyumbang dan berkongsi dengan orang lain. Semoga kita semua diingatkan untuk hidup dengan tujuan hidup kerana Allah SWT.

سُبْحَانَ اللهِ وَالحَمْدُ للهِ وَلاَإِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ
subhanallah
walhamdu lillah
wa laa ilaha illallah
wallahu akbar

Semoga hari ini lebih baik dari semalam =)
Wallahua'lam.

Jom sama-sama amalkan doa ini;
اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْتَعِيْنُكَ وَنَسْتَغْفِرُكَ وَنُؤْمِنُ بِكَ وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ وَنُثْنِيْ عَلَيْكَ الْخَيْرَ وَنَشْكُرُكَ 
وَلَا نَكْفُرُكَ وَنَخْلَعُ وَنَتْرُكُ مَنْ يَّفْجُرُكَ
Maksudnya;
"Ya Allah, kami memohon pertolongan dari-Mu, kami memohon ampunan-Mu, kami beriman kepada-Mu, kami bertawakkal kepada-Mu, kami bersyukur kepada-Mu, dan kami tidak ingkar kepada-Mu. Kami meninggalkan dan memutuskan hubungan dengan sesiapa yang menyembah selain daripada-Mu."

JANGAN LUPAKAN DOA UNTUK KAUM MUSLIMIN DI PALESTINA

Syaikh Dr. Shalih bin Abdillah bin Hamd Al-‘Ushaimi hafizhahullahu ta‘ala mengatakan:

الدعاء من حقوق الإخاء: اللهم اجعل للأقصى و أهله فرجًا، و اكفِ المسلمين شرَّ الأشرار، و كيد الفجَّار.

“Doa itu merupakan hak persaudaraan :
'Ya Allaah berikanlah jalan keluar bagi Al-Aqsha dan penduduknya, 
serta lindungilah seluruh kaum muslim dari keburukan 
orang-orang jahat dan makar para pendosa'.”

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻

Jom Selawat!! 💕
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Post a Comment

4 Comments

  1. cari keberkatan dalam.setiap perkara...

    ReplyDelete
  2. Hurmm susah juga nak menjaga diri sendiri.. Disebabkan kerja kita terlepas solat jemaah di masjid.. Kdg2 solat di hujung waktu sbb nak siapkan kerja cepat.. Kalau nak ke sesuatu tmpt disebabkan keje boleh siap sebelum subuh..tapi bila takde keje.. Dah azan baru nak bangun huuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang penting niat kita. jgn putus asa untuk sentiasa berusaha perbaiki amal ibadah kita pada DIA =)

      Delete