SENTIASA BERSANGKA BAIK PADA ALLAH SWT

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه
09 Muharram 1446H | 15 Julai 2024 

Untuk pertama kali nya entri Yaya untuk tahun 2024 ni. Haha. Kali terakhir entri Yaya tahun lepas bulan November 2023. Lagi beberapa bulan genap setahun blog bersawang 😄Allahu. Entah ada yang singgah lagi blog Yaya ni ke tak entah kan. Hehe

Kenapa Yaya tak padam atau privasikan je blog Yaya ni? Alhamdulillah sebenarnya Yaya takda buat langganan tukar blog dari blogspot.com ke .my sebab berbayar kan. Memang lagi meluas blog akan pergi kalau tukar .my tapi tuan blog/laman sesawang kena la rajin kemaskini laman sesawang dan perlu diperbaharui setiap tahun kan .my tu. Yaya ni pula semakin hari semakin takda masa nak buka taip blog kat rumah. Siang kerja, malam balik memang takda masa. Lagipun memang sengaja entri Yaya kebanyakan nya mengenai hal umum, agama jadi lebih baik biarkan je. Mana tahu ada informasi yang boleh diguna buat mereka yang membaca, kan =)

Ditambah lagi tahun 2024 ni merupakan tahun yang paling mencabar ujiannya buat diri ni. Macam-macam ujian DIA bagi tapi yang paling lama, sampai sekarang ni la sedang hadap ujian 'itu'. Tak tahu samada nak kongsi kat sini atau tak sebab masih berfikir ada lagi ke orang baca blog Yaya ni? Hahaha 😂 Masih ada ke? Kalau ada cuba tinggal komen kat bawah, Yaya akan kongsi cerita untuk next entri.😜

Tapi Yaya rasa akan kongsi juga nanti sebab Yaya nak 'SPREAD AWARENESS' kat semua orang supaya takkan alami apa yang Yaya lalui untuk masa akan datang nanti. InsyaAllah.

Cuma nak ingatkan pada yang membaca ni dan untuk diri Yaya juga, walaubagaimana berat ujian yang kita hadapi, jangan sesekali menyalahkan diri sendiri atau orang lain, jangan menyesali mahupun menangisi segala yang sudah terjadi dan paling penting jangan sesekali bersangka buruk pada ALLAH SWT dan menyalahkan takdir. Itu adalah kesilapan yang terbesar kalau korang lakukan. Percayalah.

Sentiasa bersangka baik pada ALLAH atas tiap ujian yang DIA berikan pada kita. Segala yang terjadi dalam hidup kita baik atau buruk ianya bersebab. Dan pastinya jika dari ALLAH itu adalah yang terbaik untuk hambaNYA. Jika korang REDHA dengan ujian DIA, senyum dan ucap ALHAMDULILLAH. Doa, moga ujian yang diberi menjadi penghapus segala dosa kita yang tak terkira banyaknya tu agar kita dapat kembali pada DIA dalam keadaan yang bersih dan diredhai oleh NYA



Ya. Pesanan dan video-video berkaitan agama yang selalu korang lihat dilaman dan media sosial bukanlah kebetulan lalu didepan mata ye, tetapi memang petanda ingatan dari DIA kerana masih sayang pada kita, hambaNYA yang hina dan selalu berdosa ni 😭 

Bila ada pesanan begini, kalau korang rasa ianya bermaanfaat untuk korang, tolong lah sebar-sebarkan dengan harapan semoga orang yang melihat video dan pesanan itu mendapat kebaikan untuk diri dia dan juga orang lain disekelilingnya.

Wallahua'lam.

Jom sama-sama amalkan doa ini;
اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْتَعِيْنُكَ وَنَسْتَغْفِرُكَ وَنُؤْمِنُ بِكَ وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ وَنُثْنِيْ عَلَيْكَ الْخَيْرَ وَنَشْكُرُكَ 
وَلَا نَكْفُرُكَ وَنَخْلَعُ وَنَتْرُكُ مَنْ يَّفْجُرُكَ
Maksudnya;
"Ya Allah, kami memohon pertolongan dari-Mu, kami memohon ampunan-Mu, kami beriman kepada-Mu, kami bertawakkal kepada-Mu, kami bersyukur kepada-Mu, dan kami tidak ingkar kepada-Mu. Kami meninggalkan dan memutuskan hubungan dengan sesiapa yang menyembah selain daripada-Mu."

JANGAN LUPAKAN DOA UNTUK KAUM MUSLIMIN DI PALESTINA

Syaikh Dr. Shalih bin Abdillah bin Hamd Al-‘Ushaimi hafizhahullahu ta‘ala mengatakan:

الدعاء من حقوق الإخاء: اللهم اجعل للأقصى و أهله فرجًا، و اكفِ المسلمين شرَّ الأشرار، و كيد الفجَّار.

“Doa itu merupakan hak persaudaraan :
'Ya Allaah berikanlah jalan keluar bagi Al-Aqsha dan penduduknya, 
serta lindungilah seluruh kaum muslim dari keburukan 
orang-orang jahat dan makar para pendosa'.”

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻

Jom Selawat!! 💕
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Post a Comment

6 Comments

  1. hati akan lebih lapang, fikiran pun tenang. kita tahu Allah dah aturkan yg terbaik utk kita. just percaya dan taat kepadaNya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyAllah Cik Anies. terima kasih singgah entri Yaya <3 ^^

      Delete
  2. Kalau dah namanya nasihat.. perkongsian yg ilmiah yg boleh memberi peringatan dan kesedaran.. biarkan aja public.. insyallah benda bermanfaat ni akan ada smpai kiamat..
    Apa pun ujian itu.. besar mana pun yakin Allah ada bersama.. Macam org Yemen skrg hidup dh la susah.. Perang lagi dgn US dan Israhell.. Namun bila ditanya.. Allah ada bersama kami.. Hidup Mati Makan Minum kami Allah yg tentukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. MasyaAllah hebat iman mereka. InsyaAllah terima kasih jadi pengomen tegar kat entri Yaya ni walaupun lewat Yaya publish dan reply komen =p

      Delete