بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه
25 Jamadilawal 1446H | 27 November 2024
Kredit gambar : pinterest-Maria
Ada segelintir manusia yang merasakan sumber rezeki datang hanya dengan hasil kerja keras dan usahanya saja. Sedangkan Allah SWT telah menyediakan pelbagai jalan menuju rezeki yang telah disebutkan dalam al-Quran.
Rezeki, jodoh, dan kematian sudah ditakdirkan oleh Allah SWT dan akan tetap menjadi rahsia-Nya.
Oleh sebab itu, sebagai manusia kita wajib berusaha untuk mendapatkan rezeki tersebut.
Selain itu, usaha itu juga hendaklah diiringi dengan doa dan amalan yang baik kepada Allah SWT. Selebihnya, kita serahkan pada takdir dan ketentuan Allah SWT.
Disini di kongsikan beberapa amalan yang boleh diamalkan supaya kewangan sentiasa stabil dan terus meningkat.
Tetapi perlu diingatkan amalan ini bukanlah menjadi kayu ukur supaya kita terus kaya akan tetapi kita boleh beramal dengannya. InsyaAllah
1. Sedekah subuh
2. Solat dhuha
3. Baca surah al-Waqiah
4. Baca Asma ul-Husna
5. Baca selawat Jibril6. 2 ayat terakhir surah al-Baqarah
7. Baca ayat seribu dinar
8. Zikir pagi dan petang
Nabi Nuh AS berkata: Aku katakan kepada kaumku,
“Beristighfarlah kamu kepada Tuhan, sesungguhnya Dia adalah pengampun. Dengan istighfar Dia akan turunkan kepada kamu hujan dan Dia akan membanyakkan harta dan anak pinakmu dan Dia akan menjadikan untuk kamu kebun-kebun dan sungai-sungai.”
Semoga dengan berkat amalan ini, Allah SWT hadirkan rezeki seperti air yang mengalir buat kita semua. Aamiin yarabbalalamiin.
Wallahu'alam.
Semoga bermanfaat =)
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ
Jom sama-sama amalkan doa ini;
اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْتَعِيْنُكَ وَنَسْتَغْفِرُكَ وَنُؤْمِنُ بِكَ وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ وَنُثْنِيْ عَلَيْكَ الْخَيْرَ وَنَشْكُرُكَ
وَلَا نَكْفُرُكَ وَنَخْلَعُ وَنَتْرُكُ مَنْ يَّفْجُرُكَ
Maksudnya;
"Ya Allah, kami memohon pertolongan dari-Mu, kami memohon ampunan-Mu, kami beriman kepada-Mu, kami bertawakkal kepada-Mu, kami bersyukur kepada-Mu, dan kami tidak ingkar kepada-Mu. Kami meninggalkan dan memutuskan hubungan dengan sesiapa yang menyembah selain daripada-Mu."
JANGAN LUPAKAN DOA UNTUK KAUM MUSLIMIN DI PALESTINA
Syaikh Dr. Shalih bin Abdillah bin Hamd Al-‘Ushaimi hafizhahullahu ta‘ala mengatakan:
الدعاء من حقوق الإخاء: اللهم اجعل للأقصى و أهله فرجًا، و اكفِ المسلمين شرَّ الأشرار، و كيد الفجَّار.
“Doa itu merupakan hak persaudaraan :
'Ya Allaah berikanlah jalan keluar bagi Al-Aqsha dan penduduknya,
serta lindungilah seluruh kaum muslim dari keburukan
orang-orang jahat dan makar para pendosa'.”
Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻
Jom Selawat!! 💕
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
0 Comments