بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه
03 Syawal 1444H | 24 April 2023
Salam Eidul Fitri. Maaf Zahir & Batin (jika ada..hehe). Masih tak terlalu lewat kan untuk ucapan hari raya. Bulan Ramdhan @ puasa pun ada takda masa nak kemaskini blog inikan pula bulan Syawal @ Raya ni. Takpela ye. Asal ada ok la kan. Bagi tanda blog dan 'Tuan Rumah' masih hidup..haha
Alhamdulillah untuk bulan Ramdhan yang telah berlalu. Allah bagi peluang untuk kita semua menjalani ibadah dibulan Ramadhan. Tahun depan belum tentu lagi dapat kan. Alhamdulillah juga Allah panjangkan umur kita untuk sempat beraya di bulan Syawal.
تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال يارب
( Semoga Allah menerima dari kami dan darimu amal soleh ya Rabb )
Macamana sambutan raya tahun 2023 ni? Okay ke tak tu? Raya kat mana? Tahun ni Yaya beraya rumah suami. Tapi sebenarnya rumah Yaya atau suami pun takda beza pun sebab 1 daerah je. Pagi rumah sana petang rumah sini, haha. Gituu. Senang kan. Alhamdulillah rezeki pasangan asal ditempat yang sama.
Esok dah kerja. Memang sengaja tak ambil cuti panjang sebab tiada keperluan. Lagipun cukupla kot beraya 3 hari. Sabtu sampai isnin. Tak perlulah nak raya ikut bulan. Kalau ikut bulan, memang lah Syawal tu sebulan kan. Takpelah. Bersederhana tu lebih baik. Kalau ada yang buat rumah terbuka datang je la kalau dijemput, kalau takda ya udah haha rilek ja bah! Ha gitu kan. Perut pun senang nak jaga sebab tak pergi banyak rumah dan tak perlu makan banyak 😜
Teringat satu kisah sahabat Rasulullah SAW, seseorang bertamu ke rumah Amirul Mukminin Sayyidina Ali RA di hari raya saat itu beliau sedang makan roti kering tanpa ada sayur atau lauk apapun, maka orang itu berkata: " Ya Amirul Mukminin bukankah hari ini hari raya antum makan dengan makanan yg sangat sederhana
"Maka Sayyidina Ali menjawab : " Hari ini hari raya, besok pun hari raya, bagiku setiap hari di mana kita tidak berbuat maksiat dan dosa itu adalah hari raya, "Bukan lah orang yang berhari raya dengan busana baru tapi orang yang berhari raya adalah orang yang bertambah taatnya kepada Allah, bukan orang yang berhari raya dengan makan makanan yang enak dan berkendaraan mewah tapi orang yang berhari raya adalah orang yg terampuni dosa-dosanya".
MasyaAllah. SubhanAllah. Semoga kita termasuk orang-orang yang berhari raya yang haqiqi, Allahumma Amin
Eh nak selit juga gambar kat sini..haha.
1-1 nya gambar raya yang ada dengan encik suami heeee =p
Ada banyak khilaf salah
Ada banyak aib cela
Ada banyak alpa kecewa
Mohon dimaafkan ya
Selamat hari raya idul fitri, syawal 1444 H
Minal Aidin wal faizin
Kullu Aam wa antum bikhair
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya,
sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
Aamiin
Jom Selawat!! 💕
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
8 Comments
salam aidilfitri utk yaya sekeluarga...
ReplyDeletesalam eidulfitri anies. terima kasih beraya kt blog yaya..haha
Deletesama laa kite... smlm dah keje. alhamdulillah dpt cuti 4 hari dah ckp... lelama sgt cuti tkt lemau😁
ReplyDeleteAlhamdulillah. ok la tu kan..pikir kje mkin tmbh je ni..huhu
DeleteBetul bersyukur diberi peluang berpuasa dan beraya lagi. Salam Aidil Fitri Maaf zahir batin.
ReplyDeletePs dah ada post baru🤭 Tq sis
salam eidul fitri . terima kasih singgh awk ^_^
Deletesemoga bahagia selalu bt yaya dan suami..
ReplyDeleteaamiin. doa yg sama juga buat nina sekeluarga <3 ^_^
Delete