بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه
19 Ramadhan 1444H | 10 April 2023
1. Hukum asal bagi Kanak-kanak yang belum baligh adalah TIDAK WAJIB PUASA RAMADHAN.
2. Adapun kanak-kanak yang telah (1) mumayyiz dan (2) usianya telah sempurna 7 tahun (masuk tahun yang ke 8) dengan pengiraan tahun Islam sedangkan dia (3) mampu untuk berpuasa, maka WAJIB KE ATAS PENJAGANYA menyuruh kanak-kanak tersebut berpuasa.
3. Kanak-kanak yang telah cukup 3 syarat di atas, jika puasa itu akan menyebabkan ia perlu menanggung KESUSAHAN YANG amat berat, maka TIDAK WAJIB PENJAGANYA menyuruhnya berpuasa.
4. Adapun jika kesusahannya adalah kesusahan yang biasa seperti terasa lapar dan dahaga ketika sedang berpuasa, maka TIDAK BOLEH IBU BAPA menyuruhnya berbuka.
5. PERINGATAN PENTING:
# Terasa lapar dan dahaga oleh kanak-kanak ketika sedang berpuasa, TIDAKLAH MENGHARUSKAN PENJAGANYA MENYURUHNYA BERBUKA, kerana sudah menjadi lumrah orang yang berpuasa terasa lapar dan dahaga sehinggakan golongan muda dan golongan tua sekalipun tidak terlepas daripada terasa lapar dan dahaga ketika sedang berpuasa.
# Menjadikan lapar dan dahaga sebagai alasan untuk tidak menyuruh kanak-kanak terus berpuasa akan membawa kepada tidak ada seorang kanak-kanak pun yang boleh berpuasa.(Berhati-hatilah dalam mengguna alasan seperti ini)
# Setiap penjaga kanak-kanak perlu mengambil jalan tengah dalam hal yang berkait dengan puasa kanak-kanak.
(1) Jangan membebankan kanak-kanak dengan menyuruhnya berpuasa ketika mereka tidak mampu untuk melakukannya.
(1) Dalam masa yang sama jangan pula mengabaikan tanggungjawab menyuruh kanak-kanak berpuasa jika kanak-kanak mampu untuk berpuasa.
# Tarbiah yang betul dalam mentarbiah anak kecil adalah tarbiah yang bertepatan dengan tuntutan Syarak, bukan tarbiah mengikut perasaan dan acuan kita.
# Akhir sekali, lihatlah bagaimana ketika hayat Rasulullah ﷺ sahabat mendidik anak kecil mereka untuk berpuasa ketika diwajibkan puasa hari Asyura' pada awal Islam,
قَالَتْ: فَكُنَّا نَصُومُهُ بَعْدُ، وَنُصَوِّمُ صِبْيَانَنَا، وَنَجْعَلُ لَهُمُ اللُّعْبَةَ مِنَ العِهْنِ، فَإِذَا بَكَى أَحَدُهُمْ عَلَى الطَّعَامِ أَعْطَيْنَاهُ ذَاكَ حَتَّى يَكُونَ عِنْدَ الإِفْطَارِ
"Kata Rubayyi’ binti Mu’awwidz radhiyallahu ‘anha, Sejak saat itu kami selalu berpuasa Asyura dan kami jadikan anak-anak kecil kami berpuasa Asyura. Kami membuatkan mainan dari bulu untuk mereka. Jika salah seorang di antara mereka menangis kerana ingin makanan, maka kami berikan kepadanya mainana itu, begitulah sehingga datangnya waktu berbuka.”
(HR al-Bukhari no.1960 dan Muslim no.1136)
Apapun, paling afdal seeloknya ibu bapa mengajar anak untuk solat dahulu kemudian baru bab puasa. Jangan terlalu fokus dengan puasa sehingga solat jadi tunggang-langgang pula. Kelak nanti akan jadi apa yang kita boleh lihat pada akhir zaman ini. Ramai yang berpuasa tetapi puasa mereka hanya sia-sia. Kerana apa? Kerana mengabaikan solat atau dalam kata mudah tidak solat!
Wallahua'lam
Setiap hari yang datang
adalah hari yang berharga.
Semoga kita senantiasa berada dalam
rahmat, taufik dan hidayah Nya
طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِم
“Mencari ilmu adalah kewajiban bagi setiap Muslim.”
(HR. Ibnu Majah)
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya,
sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
Aamiin
Jom Selawat!! 💕
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
4 Comments
jgn smpi paksa anak-anak berpuasa. biar mrk buat dgn rela hati..
ReplyDeleteye. solat yg utama. bila anak rajin solat insyaAllah senang ajar puasa =)
Deletetulah bab agama ni jgn ada paksaan. kalau bt dgn rela hati tu alhamdulillah
ReplyDeleteInsyaAllah
Delete