بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه
12 Ramadhan 1444H | 03 April 2023
Alhamdulillah. Dah masuk 12 Ramadhan. Dah lepas FASA pertama (10 hari awal ramadhan) Bulan Ramadhan. Sibuk betul sejak masuk bulan puasa ni. Pergi kerja awal, balik memang la awai tapi banyak juga kerja rumah nak buat. Nak rehat kan badan dan otak lagi...heee Jadi memang tak sempat kemaskini dan 'wish' selamat menyambut bulan ramadhan buat semua yang terjah blog Yaya ni..sorang dua pun jadilah kan..haha =p
Awak semua okay tak? Macamana puasa 11hari yang lalu ni? Banyak sibuk nak buat persiapan untuk raya ke? Tak kira sibuk mana pun dengan hal dunia ni jangan kita leka dan abaikan bulan ramadhan yang penuh keberkatan ni ye. Bulan ni je untuk kita tingkatkan amal ibadah dari bulan bulan yang lain. Pesanan untuk mengingatkan diri sendiri sebenarnya 😅
Dan jangan tinggal untuk BERSAHUR kalau boleh ye. Seteguk air pun jadilah.Kerana banyak keberkatan dalam waktu bersahur ni.
Kredit gambar : Neuroversiti by Dr Rizal
Sahur turut dikaji oleh pengkaji sains. Antara kebaikan iaitu:
1. Aktifkan sistem penghadaman.
2. Seimbangkan paras gula dalam darah.
3. Kekalkan keseimbangan fungsi seluruh badan.
4. Cegah letih, sakit kepala dan masalah perut.
5. Aktifkan kadar basal metabolik (bantu turun berat).
6. Turunkan paras kolesterol.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ يَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ
Dari Abu Hurairah, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
“Allah Tabaraka wa Ta’ala turun ke langit dunia pada setiap akhir sepertiga malam lalu berfirman,
“Siapa sahaja yang berdoa kepada-Ku, maka Aku tunaikan untuknya. Sesiapa sahaja yang meminta kepada-Ku, Aku berikan kepadanya. Sesiapa sahaja yang memohon ampun kepada-Ku, Aku ampunkannya.”
(HR Bukhari No: 1077)
Status: Hadis Sahih
PENGAJARAN:
1. Sepertiga akhir malam adalah waktu istimewa untuk ahli ibadah (sekitar jam 3 pagi hingga sebelum subuh).
2. Waktu akhir sepertiga malam (waktu sahur) merupakan waktu mustajab doa (doa diperkenan).
3. Waktu akhir sepertiga malam (waktu sahur) waktu Allah mengampunkan dosa kepada yang memohon keampunan.
وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُون
Ketika waktu sahur (akhir-akhir malam), mereka berdoa memohon keampunan”
(QS. Adz Dzariyat: 18)
4. Rugilah mereka yang bangun di penghujung malam hanya untuk makan sahur atau ke tandas semata-mata.
Ayuh rebut peluang waktu istimewa ini (sahur) bukan hanya bangun untuk makan dan minum tetapi juga dengan solat sunat seperti tahajud dan berdoa serta memohon keampunan dari dosa.
Jadikan ibadat sahur kali ini lebih baik untuk merubah kehidupan kita. Aamiin insyaAllah
AAMIINN....
Kredit gambar : Ustadzah Halimah Alaydrus
Wallahua'lam
Setiap hari yang datang
adalah hari yang berharga.
Semoga kita senantiasa berada dalam
rahmat, taufik dan hidayah Nya
طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِم
“Mencari ilmu adalah kewajiban bagi setiap Muslim.”
(HR. Ibnu Majah)
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya,
sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
Aamiin
Jom Selawat!! 💕
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
11 Comments
Aamiin
ReplyDeleteterima kasih berkongsi...
ReplyDeletetak ada apa2 persiapan pun. tgk laa nnt dah nk dkt raya...biasa last min punya persiapan😀
last minit tu biasa kan anies..heee (giler lama komen baru nak reply yaya ni..haha jgn mara ye =p)
Deletep/s selamat berpuasa utk yaya sekeluarga
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteTerima kasih ingatkan sebab tertumpu doa ketika hampir berbuka.
ReplyDeletesesama cik na =)
DeleteTerima kasih Yaya atas ingatan waktu sahur juga wajtu mustajab unt berdoa. InshaAllah Aameen YRA
ReplyDeleteAlhamdulillah =)
Deleteperkongsian yg bagus ni yaya.. nina pun baru tahu pasal ni
ReplyDeleteAlhamdulillah ^^
Delete