WAHAI SUAMI, HARGAI ISTERIMU

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه

27 Syaaban 1444H | 19 Mac 2023
Kredit gambar : jentikhati
Ketahuilah wahai lelaki saat kamu menerima perempuan yang kamu nikahi itu sebagai amanah dari Allah yang dahulunya dalam jagaan walinya. Maka saat itu segalanya kini terletak pada bahu kamu. Sesungguhnya kehidupan alam perkahwinan itu juga menentukan pengakhiran kehidupan kita selepas dah hidup berdua nanti.

Saat kamu memilih dia menjadi yang halal dalam hidup kamu. Kamu bukan hanya menerima dia sebagai isteri kamu. Tapi itu juga bermakna kamu menerima segala kekurangan pasangan kamu. Sedarilah isteri kamu itu juga manusia biasa yang serba kekurangan. Lengkapilah kekurangan yang ada pada pasangan kamu dengan kelebihan yang kamu miliki.

Wahai lelaki

Saat kamu menerima dia dalam hidup kamu. Maka itu bermakna kamu sedia menerima tanggungjawab sebagai suami kepada isteri kamu dan kamu akan menjalankan tugas sebagai suami dengan berusaha sedaya upaya memberi nafkah zahir dan batin, memelihara dan memberi tanggungan serta keselamatan. Bimbingan dan panduan ke jalan yang diredhai Allah.

Ingat lagi lafaz penyerahan amanah dari ayah si perempuan saat kamu mengambil puterinya dari jagaannya?

"Adalah saya ayahnya, wali kepada pengantin perempuan, dari saat ini menyerahkan tanggungjawab nafkah, pemeliharaan, keselamatan, kasih sayang dan tanggungjawab agama islam kepadamu sebagai suami yang sah, semoga diberkati Allah swt ke atas kamu dan orang di bawah tanggungan kamu serta zuriat keturunan kamu."

Isteri itu adalah amanah dari Allah untuk kamu bimbing dia menjadi wanita solehah. Didiklah dengan Agama. Bukan dengan kekerasan yang tak akan mampu menewaskan kelembutan. Berilah kasih sayang dan cinta kamu sepenuhnya pada dia. Kerana kelak nanti kamu akan di pertangungjawapkan atas amanah yang kamu pikul.

Berkahwinlah kerana taqwa dan rasa takut kepada Allah serta mengharapkan redha Allah dalam rumah tangga kalian. Kerana dalam hidup ini redha Allah jua lah yang kita harapkan.

Wallahua'lam
Setiap hari yang datang 
adalah hari yang berharga.
Semoga kita senantiasa berada dalam 
rahmat, taufik dan hidayah Nya

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِم
Mencari ilmu adalah kewajiban bagi setiap Muslim.”
(HR. Ibnu Majah)

 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا 
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, 
sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
Aamiin

Jom Selawat!! 💕
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Post a Comment

4 Comments

  1. saya perasan, suami yg sentiasa membahagiakan isterinya, rezekinya tak putus2

    ReplyDelete
  2. in shaa allah suami yg berjaya membentuk isteri akan berjaya bentuk keluarganya

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum puan yaya. selamat berpuasa :)

    ReplyDelete