PESANAN INDAH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه

25 Syaaban 1444H | 18 Mac 2023
Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia  yang mampu mengolah hidupnya  yang sesaat dan yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati. Jangan juga mencari mati. Jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah akhir cerita dalam hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya. Maka sambutlah kematian dengan penuh Ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap Hari iaitu :
1. TAHAJUD
Tahajjud kerana kemuliaan seorang Mukmin terletak pada Tahajjudnya.

2. AL-QURAN
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit Matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat Dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh Pemahaman.

3. MASJID
Jangan tinggalkan Masjid terutama di waktu Subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke Masjid, kerana Masjid merupakan pusat Keberkahan, bukan kerana panggilan Muadzin tetapi panggilan Allah SWT, yang memanggil orang Beriman untuk memakmurkan Masjid Allah.

4. SOLAT DHUHA
Jaga solat Dhuha kerana kunci Rezeki terletak pada solat Dhuha.

5. SEDEKAH
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada Orang yang bersedekah setiap hari.

6. WUDHU'
Jaga wudhu terus menerus, kerana Allah menyayangi Hamba2-nya yang berwudhu. Khalifah Ali bin Abi Thalib berkata, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa Ia akan merasa selalu Shalat walau ia sedang tidak Shalat, dan dijaga oleh Malaikat dengan dua Do'a, ampuni dosa dan sayangi Dia Ya Allah”.

7. ISTIGHFAR
Amalkan Istighfar setiap saat. Dengan Istighfar masalah yg terjadi kerana Dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. 

Tiga Do'a jangan dilupakan saat kita bersujud , iaitu :

1. Mintalah diwafatkan dalam keadaan Husnul Khatimah : Allahumma inni as'aluka husnal khotimah Ertinya : Ya Allah aku meminta kepada-MU Husnul Khatimah."

2. Mintalah agar kita diberikan kesempatan Taubat sebelum Wafat : Allahummarzuqni taubatan nasuha qoblal maut Ertinya: "Ya Allah berilah aku rezeki Taubat Nasuha (atau sebenar-benarnya Taubat) sebelum Wafat ".

3. Mintalah agar Hati kita ditetapkan di atas Agamanya : 
Allahumma yaa muqollibal quluub tsabbit qolbi 'ala diinika 
Ertinya: "Ya Allah wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah Hatiku pada Agama-MU ".

Lakukanlah Kebaikan walau sekecil apapun itu, kerana tidaklah Kau ketahui, Amal Kebaikan yang mana yang dapat menghantarkanmu ke Syurga.

Semoga Kita semua termasuk dlm Golongan Orang-orang yang Bertaqwa. Aamiin...
Wallahua'lam..
Setiap hari yang datang 
adalah hari yang berharga.
Semoga kita senantiasa berada dalam 
rahmat, taufik dan hidayah Nya

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِم
Mencari ilmu adalah kewajiban bagi setiap Muslim.”
(HR. Ibnu Majah)

 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا 
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, 
sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
Aamiin

Jom Selawat!! 💕
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Post a Comment

13 Comments