KETIKA MASUK UMUR 50 TAHUN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه

20 Syaaban 1444H | 13 Mac 2023
Kredit gambar : depositphoto
BERAPA UMURMU...? SUDAH 50 TAHUN. .!
Firman Allah SWT :

"Bukankah Kami telah memberimu umur sehingga kamu sempat mengingat bagi sesiapa yang mahu mengingat." (Fathir 37)

Dapat difahami maksud ayat ini...
"Kami telah memberimu umur sehingga sempat untuk mengingat..." dari sabda Nabi SAW :

"Allah tidak lagi memberi alasan bagi siapa yang telah dipanjangkan umur hingga 50 tahun" (Bukhari)

Al-Khattabi berkata :

"Maknanya, orang yang Allah panjangkan umurnya hingga 50 tahun, tidak diterima lagi keuzuran/alasan. Kerana usia 50 tahun merupakan usia yang dekat dengan kematian, maka inilah kesempatan untuk memperbanyak taubat, beribadah dengan khusyuk, dan bersiap2 bertemu Allah." (Tafsir al-Qurthubi)

Bagaimana orang yg berusia 50 tahun tapi masih juga lalai..?

Nabi SAW mengabarkan :

"Hati orang tua yang tetap muda terhadap dua perkara : Cinta Dunia dan Panjang Angan2." (Bukhari)

Fudhail bin Iyadh berkata kepada seseorang yang telah mencapai umur 50 tahun,

Maka nasihat Fudhail kepadanya :

"Bererti sudah 50 tahun kamu berjalan menuju Tuhanmu, sekarang hampir sampai...Lakukan yang terbaik pada usia senja-mu, lalu akan diampuni dosamu yang lalu. Tapi jika engkau masih berbuat dosa di usia senjamu, kamu pasti dihukum akibat dosa masa lalu dan masa kini sekali gus..!"

Maka para alim ulama memberi nasihat cara menjalani umur yang sudah mencapai 50 tahun :

🌿Jangan banyak bergurau dan terjebak dalam hal-hal yang tidak ada manfaatnya untuk akhirat.
🌿Jangan berlebihan dalam berhias, bersolek, dan berpakaian.
🌿Jangan berkawan dengan orang yang tidak menambah iman, ilmu, dan amal.
🌿Jangan banyak berjalan dan melancong ke sana sini tanpa manfaat yang dapat mendekatkan diri pada kehidupan akhirat.
🌿Jangan gelisah, berkeluh kesah, dan kesal dengan kehidupan sehari-hari.
🌿Perbanyak doa mengharap keredhaan Allah agar Husnul Khatimah dan dijauhkan dari Su'ul Khatimah.
🌿Perbanyak istighfar dan taubat yang terus menerus setiap hari mulai pagi hingga petang.
🌿Tambahkan ilmu agama, perbanyak mengingat kematian, dan bersiap menghadapinya.
🌿Siapkan wasiat dan lakukan pembahagian harta.
🌿Kerapkan menjalin silaturahim dan merekatkan hubungan yang renggang sebelumnya.
🌿Minta maaf dan berbuat baik terhadap pihak yang pernah dizalimi.
🌿Tingkatkan amal soleh terutama amal jariah yang dapat memberi pahala dan syafaat setelah mati.
🌿Maafkan kesalahan orang kepada kita walau seberat apun kesalahan itu.
🌿Bereskan segala hutang yang ada dan jangan buat hutang baru walaupun untuk menolong orang lain.

Wallahua'lam.

Semoga manfaat bagi semua walaupun Anda belum 50 tahun.
Kerana kematian tidak mengenal umur.
طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِم
Mencari ilmu adalah kewajiban bagi setiap Muslim.”
(HR. Ibnu Majah)

 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا 
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, 
sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
Aamiin

Jom Selawat!! 💕
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Post a Comment

3 Comments

  1. Maknanya Allah sudah panjangkan usia ke-50 tahun sepatutnya waktu itu masa untuk tambah bekalan ke akhirat dan bertaubat.
    Tq atas ilmu.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah utk org2 yg masih hidup atas umur 50 thn. masih sempat utk buat amal ibadah kan yaya

    ReplyDelete