بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه
04 Rejab 1444H | 26 Januari 2023
DAH BERSEDIAKAH KITA ?
Jom kita persiapkan diri, semoga Ramadha kali ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya.
Persediaan yang paling asas untuk Ramadhan adalah persediaan untuk iman. Persediaan dalam iman boleh dilakukan dengan mula mengamalkan kawalan tabiat buruk harian. Ini boleh dilakukan dengan cara yang mudah seperti memastikan Solat Lima Waktu tidak pernah kosong, dan berhenti merokok ( bagi mereka yang merokok ).
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
صدق الله العظيم
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu supaya kamu bertakwa"
Sebagai umat Islam, marilah kita mengambil peluang ini menguatkan azam untuk beramal ibadah dan merebut fadhilat, pahala dan ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT.
Andainya ramadhan kita masih saja sama seperti tahun2 yang sudah maka kita perlu lagi mujahadah terhadap diri sendiri. Ini kerana puasa bukan saja setakat menahan diri daripada berlapar, dahaga, bersahur, berbuka, bertadarus, bertarawih akan tetapi ianya merangkumi semua aspek kehidupan yang diredhai oleh Allah swt. Kalau setakat berpuasa namun akhlak tidak juga berubah walaupun selepas ramadhan, maka ini yang perlu kita renungi.
Firman Allah yg bermaksud:
Wahai orang2 yang beriman!
Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan
atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa
(Al Baqarah ayat 183)
Maka jelaslah kepada kita bahawa puasa itu membina taqwa bagi orang2 yang beriman. Maka yang demikian itu kita perlu faham akan hukum hakam puasa itu sendiri dalam membina taqwa.
Banyak perbuatan halal yang ditegah semasa kita berpuasa dibulan ramadhan seperti makan minum, bersetubuh disiang hari didalam bulan ramadhan (suami isteri). Hikmahnya kalau yang halal dapat kita tinggalkan sepanjang siang hari dibulan ramadhan maka tidak menjadi masalah bagi kita untuk meninggalkan benda benda yang haram dibulan lain.
Kerana itu puasa merupakan latihan yang terbaik bagi kita untuk meninggalkan terus perkara2 yang haram dalam kehidupan seharian kita selepas ramadhan. Malangnya ramai dikalangan kita yang berpuasa berdasarkan adat yakni beramal tanpa ilmu.
Justeru itu marilah kita berazam untuk menjadikan ramadhan pada tahun ini adalah ramadhan yang terbaik berbanding tahun tahun yang sudah dan anggaplah ianya mungkin ramadhan yang terakhir buat kita.
Semoga ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi kita gunakan sepenuhnya untuk mendidik hawa nafsu dan seterus menjadikan kita orang yang benar benar beriman dan bertaqwa kepada Allah swt. InsyaAllah....
Setiap hari yang datang
adalah hari yang berharga.
Semoga kita senantiasa berada dalam
rahmat, taufik dan hidayah Nya
طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِم
“Mencari ilmu adalah kewajiban bagi setiap Muslim.”
(HR. Ibnu Majah)
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya,
sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
Aamiin
Jom Selawat!! 💕
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
6 Comments
kalau x silap tggl 55 hari je lagi msk ramadan
ReplyDeleteSemoga kita ketemu ramadan lagi
ReplyDeletekejap jer masa berlalu..dah nak masuk ramadan semula..huhu
ReplyDeleteTerima kasih ingatkan.
ReplyDeletesangat bermanfaat gan
ReplyDeleteSyair Sdy
Kode Syair Sdy
Syair sgp
Syair hk
Freebet
Gudang Freebet
Ramadhan ni kalau kita dah berpuluh kali kita dgr tentang kelebihan nya setiap tahun tapi ia tetap sesuatu yg exciting utk didengari lagi dan lagi setiap tahun .. kan? alhamdulillah perkongsian yg baik :D
ReplyDelete