بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه
27 Rejab 1444H | 18 Februari 2023
✨Iktibar Daripada Kisah Israk Dan Mikraj✨
Peristiwa Israk Mikraj perlu dijadikan iktibar bagi seluruh umat Islam yang menggambarkan betapa pentingnya proses tarbiah (pendidikan) jiwa ke arah kesempurnaan. Israk Mikraj turut membuktikan kehebatan dan kekuasaan Allah. Bukti paling nyata Dia berkuasa ‘membenarkan’ Rasulullah diangkat ke langit untuk bertemu-Nya dalam masa yang singkat.
*Peristiwa pembelahan dada Nabi Muhammad SAW
Sebagai simbolik kepada umat apabila anak menghadap Allah mesti bawa hati yang bersih.
*Peristiwa Nabi Muhammad SAW diuji dengan kesedihan yang hebat
Kita hendaklah sentiasa bersabar dengan segala ujian dan yakin bahawa Allah tidaklah menimpakan ujian kepada kita melainkan apa yang termampu.
*Peristiwa pensyariatan solat lima waktu
Solat itu mencegah kita daripada melakukan perkara-perkara mungkar.
Jagalah Allah, Allah akan menjaga kita..
Jagalah solat, maka kita akan selamat..
Allah akan bersama kita.. sentiasa..
Kisah Isra’ Mikraj adalah satu kisah tentang pensyariatan solat. Dimana pada ketika Rasulullah ﷺ dibawa ke Sidratul Muntaha, solat kita adalah 50 waktu, dan ia telah dikurang-kurangkan menjadi 5 waktu.
Tetapi 5 waktu ini, adakah kita sempurnakan solat dengan baik?.. Adakah awal waktu?.. Ataupun kita leka melayan Facebook sehingga terlupa akan solat?.. Agaknya kalau 50 waktu dulu masih ada, agak-agak sanggupkah kita nak melaksanakan 50 waktu tersebut? sedang 5 waktu ini pun masih lagi kita terkial-kial melaksanakannya..
JAGA LAH SOLAT!
Solat itu saja yang akan melindungi kita dari segala kekacauan dunia. Selamatkan diri kita dari keseronokan terlampau. Bukan tidak boleh berseronok. Berseronoklah...Tetapi ingat, seronok kita biarlah masih DILANDASAN AGAMA, seronok kita biarlah ALLAH REDHA, seronok kita biarlah mengikut acuan agama.
Aturan hidup kita ada batas-batasnya. Batas-batas itu yang akan menyelamatkan kita. Batas-batas itu yang akan memudahkan kita memahami akan kehendak agama.
Ingatlah, jika kita tidak menjadikan solat sebagai perkara yang utama dalam hidup. Maka kita perlu sedar yang solat adalah amalan yang pertama sekali yang akan dihitung pada hari kiamat kelak.
والله أعلم بالصواب
Selamat memperingati Isra Mikraj Baginda Nabi Muhammad SAW
Semoga Allah menghimpun kita dalam rombongan Nabi Muhammad SAW Imam para Nabi dan para Rasul.
*Dari : Kalam Ustadzah Halimah Alaydrus*
Setiap hari yang datang
adalah hari yang berharga.
Semoga kita senantiasa berada dalam
rahmat, taufik dan hidayah Nya
طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِم
“Mencari ilmu adalah kewajiban bagi setiap Muslim.”
(HR. Ibnu Majah)
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya,
sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
Aamiin
Jom Selawat!! 💕
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
6 Comments
ini bermakna Ramadan semakin hampir...
ReplyDeletebetul Anies. tiber rasa berdebar..nak kata lom gnti pose da gnti hbis..haha
DeleteSalam israk mikraj
ReplyDeleteassalammualaikum =)
DeletePuasa hendak dekat.
ReplyDeletemoga kita diberi kesempatan untuk menyambut ramadhan lagi tahun ni =) aamiin insyaAllah
Delete