بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه
29 Rejab 1444H | 20 Februari 2023
Jarang Yaya rajin menaip nak cerita hal diri sendiri ni. Tapi nak kongsi jugak bukan nak cerita hal diri sendiri tapi ianya berkait dengan semua orang. Ada pegajaran yang boleh diambil.
Alkisah kejadian pagi tadi yang membuatkan Yaya lambat bersiap pergi kerja. Dahla memang spesis lambat bersiap, bila jadi sesuatu yang macam ni, bertambah lambat dan kelam kabut la Yaya haha.
Dipendekkan cerita, Yaya ada buat pesanan makanan melalui satu aplikasi ni. Kedai makan tu dekat je dengan rumah Yaya. Kalau naik motor, yang dah biasa jalan sini kurang 3 min dah sampai rumah Yaya. Jangan tanya kenapa Yaya tak pergi sendiri kedai tu beli makanan ek😝
Lepas tu, Abg Rider ni lepas ambil makanan yang dah siap bungkus kat kedai tu dia terus 'blah' je la kan. Mungkin bagi dia yang dah biasa ambil pesanan makanan ni, apa-apa makanan yang telah siap bungkus bermaksud makanan yang dipesan sudah lengkap tapi sebenarnya ada pesanan yang kurang disitu.
Sampai kedai makan tu telefon Yaya suruh beritahu rider untuk patah balik ambil makanan yang tertinggal.
Yaya pun terus 'chat' dalam aplikasi pesanan makanan tu dengan rider ( sebab memang takda nombor telefon ) tu untuk minta tolong ambilkan pesanan yang tertinggal tu tapi dia beritahu yang dia sudah sampai dan bukan salah dia makanan yang Yaya pesan tu kurang. Bila baca balas dia macamtu, Yaya terdiam jap. Amboi mamat ni.
Bila dia dah sampai depan rumah, masa Yaya ambil separuh makanan yang dah dipesan tu, Yaya masih lagi minta tolong rider tu ambilkan baki makanan yang tertinggal kat kedai dan beritahu akan bayar lebih sebab dia patah balik semula ke kedai.
Tapi panjang lebar betul dia terangkan situasi sebenar dia. Yaya faham dia sebenarnya nak beritahu yang ia bukan salah dia makanan tu tertinggal. Dalam hati Yaya, bukan nak salahkan dia dan faham rider pentingkan masa. Dia boleh ambil pesanan dari orang lain dari dia buang masa patah balik ke kedai ambil baki pesanan makanan yang Yaya dah pesan kat kedai tu.kan
Yaya dah bagitau akan bayar dia patah balik ambil tu, baru dia setuju nak patah balik dengan berat hati.Gitu.
Adoi. Maafla abg rider ye. Janji akan bayar lebih nanti huhu😔
Bila rider dah patah balik rumah Yaya, Yaya nak bayar tambang dia tolak pula. Terkejut sikit Yaya bila dia kata tak payah bayar. Aduhh la abg rider ni buat drama plak dia 😥. Yaya cakap je la terima kasih sambil masuk dalam rumah. Tapi dalam hati, takpa la tak nak terima duit Yaya nak bagi. Yaya guna cara lain untuk bayar dia.
Nasib baik la applikasi pesanan makanan tu ada bahagian untuk bagi 'RATE' rider dan rate untuk kedai. Untuk kedai Yaya kurang bagi rate disebabkan kecuaian mereka dan komen supaya perbaiki servis.
Untuk rider pula Yaya bagi full rating + 'TIP' moga dapat 'cover' kerugian masa dan tenaga rider tu yang sanggup patah balik kedai makan tu.
*antara 'conversation' chatting Yaya dengan rider tu*
Kesimpulan cerita disini, sebenarnya semua orang punya peranan. Perlu faham situasi. Masing-masing boleh ambil pengajaran dari perkara yang dah terjadi. Contoh macam kedai makan yang Yaya pesan tu. Ye, faham aplikasi pesan makanan ni adalah perkara baru bagi kebanyakan kedai makan dan masih dalam proses untuk memahami 'flow' bagaimana menguruskan pesanan yang telah diambil. Jadi disini, mereka boleh perbaiki supaya tidak terjadi lagi pada pesanan yang akan datang.
Macam rider pula, Yaya rasa dalam aplikasi tu ada juga sertakan senarai pesanan pelanggan pada kedai, dan bukan hanya bagi nombor rujukan untuk mereka sahaja, jadi perlu pastikan adakah pesanan makanan yang mereka ambil tu mencukupi atau tidak dan perlu membuat kepastian dengan tuan kedai, bukan hanya terus ambil makanan yang telah siap dibungkus lalu berlalu pergi. Untuk rider-rider diluar sana (macamlah baca apa yang Yaya taip ni kan..huhu), sila teliti pesanan anda, adalah lebih baik 'confirm'kan dengan tuan kedai/restoran sebelum bawa bungkusan pergi dari premis mereka. Cara ni lebih baik dan selamat. Harapnya lah.
Dan untuk Yaya sendiri lah kan, tak tahulah kalau orang lain bagaimana, tapi bagi Yaya tidak ada masalah pun nak bagi kos tambahan penghantaran rider tu pergi balik kedai makan. Tambahan pula waktu itu, ada potongan harga untuk jumlah pesanan yang lebih dari rm20. Memang jimat banyak disitu sebab tu tak jadi masalah untuk Yaya bayar kos penghantaran rider tersebut tapi ikut tempat juga la kan. Kalau jarak kedai tu jauh mungkin takdalah Yaya akan minta rider tu patah balik ambil makanan yang tertinggal..mau nya nanti Yaya dapat kata-kata yang 'BAIK' dari abg rider tu pula kan haha
Tapi Yaya bagi TIP lebih tu bukan hanya sebab Yaya dapat diskaun dikedai makan tu. Memang nak bagi pun kalau rider tu sanggup patah balik kat kedai makan tu. Yaya faham kot orang cari rezki macam tu. Masa dan tenaga diguna. Lagipun rezeki kita bukan hanya untuk diri sendiri je tapi Allah bagi untuk kita kongsi dengan orang lain. Tak rugi pun kongsi dan beri sedikit apa yang kita ada pada yang lebih perlu. Apa salahnya kalau dalam mana-mana pesanan yang kita buat, bagi lebih sikit pada tukang hantar. Saham kat akhirat kelak. InsyaAllah. Betul tak ?😇
Setiap hari yang datang
adalah hari yang berharga.
Semoga kita senantiasa berada dalam
rahmat, taufik dan hidayah Nya
طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِم
“Mencari ilmu adalah kewajiban bagi setiap Muslim.”
(HR. Ibnu Majah)
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya,
sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
Aamiin
Jom Selawat!! 💕
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
8 Comments
pada sy dr cerita ni kecuaian drpd pihak kedai. dia sepatutnya check betul2 pesanan pembeli. lg pn ni bkn pertama kali kan dia terima pesanan? benda ni x sepatutnya terjadi kalau kita ambil peduli
ReplyDeleteye betul tu Anies. pihak kedai mcm ambil mudah je bnda mcm ni. hm. xtau nak kata mcmne
Deletesy penah kena jg. but not a big deal. sy request polistrin kosong n sudu sbb sy oder mknn berkuah. sy ms tu stay kat hotel. tp sikit pn pekedai x endah. kecewa jg laa
DeleteKalau saya cakap terus-terang pada rider supaya teliti pesanan diambil.
ReplyDeleteMacam peristiwa saya alami 2 minggu lepas. Memang susah ada pihak ke-3. Cuma ini pesanan dalam Italian COD. Pesan pada orang lain yang bungkus hantar orang lain. Ada barang tidak dapat walaupun barang itu percuma untuk pembelian tapi sudah janjikan kenalah tepati. Sudahnya tidak dapat. Malas sudah berurusan. Redha sahajalah tiada rezeki dapat.
itu la cik na. yaya nak cakap serba salah jadi nya.kang dimarahnya pula kita.xnak la cmtu kan.huhu adei. tp memang masa tu kalau dia xnak ambil, yaya redha jela. nak taknak kena pegi kedai amik kalau x kira 'burn' je
DeleteSalam Yaya, kekadang kesilapan berlaku tanpa disangka, walau silap orang Yaya sanggup bayar upah double job rider tu, rider pun sesama sanggup tolak, kira kedai la yang patut berhat², sebelum letak makaan di meja rider, cukup baru letak.
ReplyDeletewaalaikumsalam =)
Deletebetul jugak bkn salah rider. sepatutnya tuan kedai kena check sebelum letak di rak utk rider ambil pesanan. kalau tak cukup boleh inform rider kan.. apa pun rider masih ada hati perut
ReplyDelete