KELEBIHAN MEMBACA AL-MATHURAT

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه

4 Jamadil Akhir 1444H | 28 Disember 2022

KELEBIHAN MEMBACA AL-MATHURAT 

Al-Ma’thurat merupakan satu himpunan zikir dan wirid yang diambil daripada Rasulullah SAW. Nas-nas alQur’an dan Sunnah-sunnah Rasulullah SAW. 

Zikir dan wirid yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dan yang diajarkan oleh Baginda kepada para sahabat semasa hayat Baginda dinamakan (al-Azkar Wa al-Aurad al-Ma’thurat), iaitu zikir-zikir dan wirid Rasulullah SAW yang merupakan syariat dan Sunnah Rasulullah SAW yang semestinya diikut. 

Firman Allah SWT:
Maksudnya:
“Katakanlah (wahai Muhammad) jika benar kamu mengasihi Allah, maka ikutlah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampuni dosa kamu”...
(Surah Ali ‘Imraan: 31)
Rasulullah SAW juga ada menegaskan dalam Hadith yang bermaksud :
“Mereka yang beramal dengan sesuatu amalan yang tidak didapati 
dalam agama adalah ditolak.”
(Riwayat Muslim)
Dalam Hadith yang diriwayatkan daripada Abi Najih al-Ubaadi bin Sairyah RA:
Maksudnya:
...“Hendaklah kamu ikut Sunnahku dan Sunnah khalifah ar-Rasyidin yang telah mendapat petunjuk. Gigitlah sunnah itu dengan geraham kamu 
(peganglah Sunnah itu dengan sekuatkuatnya).
Dan jauhkanlah diri kamu daripada melakukan sesuatu perkara yang tidak didapati dalam agama. Maka sesungguhnya melakukan sesuatu perkara yang tidak didapati
dalam agama itu adalah satu perbuatan yang sesat.
(Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)

Terdapat dua jenis yang boleh dibaca iaitu Sughra dan Kubra. Andainya anda diburu waktu, sudah memadai membaca jenis Sughra kerana surah pilihan dan doanya lebih ringkas.

Wirid, doa, zikir dan istighfar dalam Al-Mathurat ini akan memantapkan jiwa di samping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan. Mendidik hati agar sentiasa merindui Ilahi, memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani.

Bagi seorang Muslim masanya tidak berlalu begitu saja. Di kala pagi dan petang, dia sentiasa bertasbih, istighfar, tahmid dan berdoa kepada Allah SWT dengan zikir yang ma’thur (yang berasal daripada Nabi SAW).

Jika sesiapa mengamalkan zikir Al-Mathurat, anda akan merasakan perbezaannya dengan hari-hari yang tidak dimulakan dengan zikir Al-Mathurat. Begitulah kekuatan doa dan wirid dalam Al-Mathurat yang dianggap senjata orang mukmin.

Kredit pada pemilik status 😄
Kelebihan Mengamalkan Al-Mathurat
1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselamat daripada perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya dengan apa yang sangat diperlukan dari segi urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Diredhai Allah SWT.
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Membacanya di waktu pagi akan dipelihara Allah SWT hingga ke petang. Siapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14. Mengamalkannya umpama mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dari sudut zikir dan berdoa, dan pelbagai lagi kelebihan.

TIPS ISTIQOMAH BACA AL-MATHURAT👇

1. Sediakan satu buku al-mathurat di rumah.
2. Sediakan satu buku al-mathurat di dalam kereta.
3. Install application al-mathurat dari google playstore. Antara link yang Yaya boleh kongsikan seperti dibawah. 
Bahan bacaan Matsurat pagi & petang 
Link kalau yang guna android la. Kalau IPhone dan yang sewaktu dengannya korang boleh cuba cari sendiri je. Taip AL MATSURAT je nanti akan keluarlah beberapa pilihan. Bagi Yaya, AL MATSURAT Apps yang Yaya kongsi tu antara terbaik la. Dalam tu memang khas bacaan AL MATSURAT waktu pagi dan petang dan paling penting boleh dimainkan secara OFFLINE, tak perlu guna data internet pun masih bole buka 😄

Wallahua'lam. Sekian #yayakongsi. Semoga bermanfaat. Sama2 kita amalkan segala perkara mahupun amal ibadah yang baik. Moga Allah bantu untuk meluruskan niat kita setiap masa. Aamiin Allahumma Aamiin

p/s: teringat antara 'doorgift' masa majlis nikah Yaya tahun lepas (2021). Selalu orang bagi buku kecil bacaan Surah Yassin kan tapi bacaan Al Matsurat yang jadi pilihan Yaya sebagai hadiah. Sebab ? Tahu orang sekarang kurang amalkan bacaan Al Matsurat ni, jadi bagi dengan harapan mereka boleh jadikan amalan harian..harapnya la..😇
Setiap hari yang datang 
adalah hari yang berharga.
Semoga kita senantiasa berada dalam 
rahmat, taufik dan hidayah Nya

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِم
Mencari ilmu adalah kewajiban bagi setiap Muslim.”
(HR. Ibnu Majah)

 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا 
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, 
sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
Aamiin

Jom Selawat!! 💕
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Post a Comment

7 Comments

  1. saya cuma sempat baca Ma'thurat sughra shj..

    thanks 4 sharing👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaya baca juga mana yang sempat.kadang xsempat baca, buka apps dengar =)

      Delete
    2. skrg dah mudah kn? x payah lg bw kitab kecik tu. buka hp je dah boleh dgr

      Delete
  2. Terima kasih atas peringatan. Dah lama tak amalkan

    ReplyDelete
  3. Krik Krik Krik... hurmmm dpt amalkan pun satu rezeki Allahu.. moga diberi kekutan menjadikan ia satu amalan harian ..

    ReplyDelete
  4. terima kasih share yaya.. semoga bermanfaat buat semua pembaca

    ReplyDelete